Thursday 8 September 2011

KAMUNIKASI ALTERNATIF DAN AUGMENTATIF(PKB 3104 SEM 2)

Komunikasi Alternatif dan Augmentatif

Ø  Definisi
*      Definisi  Komunikasi Augmentatif:

“Kaedah-kaedah & alatan yang dapat   meningkatkan   kemahiran komunikasi   verbal yang telah sedia wujud”.
           
         (Mustonen, Locke, Reiche, Solbrack, & Lindgren, 1991)

*      Definisi Komunikasi Alternatif:

“Teknik-teknik yang menggantikan komunikasi lisan bagi individu yang tidak berupaya atau tidak mampu menguasai kemahiran bahasa lisan”.       
                                                                        (McCormick & Shane, 1990)
*      Definisi:

Satu sistem multimodal yang mengandungi empat komponen yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai kombinasi untuk meningkatkan komunikasi

*      Rumusan:

-       Secara praktiknya tidak ada pemisah yang jelas antara Komunikasi Augmentatif dengan Komunikasi Alternatif.
-       Oleh kerana keduanya mempunyai matlamat yang sama maka pendekatan bersama digunakan iaitu Komunikasi Augmentatif & Alternatif (AAC).



Ø  Kepentingan dan Jenis Komunikasi

Ø  Komunikasi Seluruh

-       Kaedah ini dikenali dengan total comunication.
-        Digunakan dalam pendidikan kanak-kanak pekak, menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, pertuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis.
-       Komunikasi Seluruh hanya dapat di lakukan secara berhadapan.
-       ‘Komunikasi seluruh’ merujuk kepada situasi yang mana guru menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan murid-murid memahami bahasa. Mimik muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya digunakan

-       Bahasa isyarat piawai
-       Gestur
-       Bacaan bibir
Ó Bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi melalui memahami pertuturan dengan mengikut atau memerhatikan bibir penutur termasuk memahami atau mentafsir hingga ke otot muka dan gerak badan penutur.
Ó organ pertuturan yang terlibat ialah paru-paru, tenggorok, larkins, peti suara, tekak, hidung, rahang dan mulut.
Ó Bacaan bibir adalah pertuturan tulin (pure oral) yang memberi tekanan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui pertuturan secara ‘sengaja’.

-       Ejaan jari
Ó Ejaan jari  (FINGERSPELLING) adalah bahagian mustahak dalam komunikasi Orang-Orang Berkeperluan Khas Pendengaran yang digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.

-       Pertuturan kiu
Ó Merupakan satu kaedah sistem pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyi-bunyi apabila melihat pergerakan bibir contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur disingtif seperti bunyi vokal dan bunyi nasalisasi (sengau).
Ó Tangan digerak hampir dengan muka penutur yang bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk menidentifikasikan bunyi-bunyi fitur distingtif.
Ó Ianya mengandungi lapan konfigurasi dan empat kedudukan tangan digunakan sebagai tambahan informasi bibir untuk membuat suku kata nampak berbeza dari yang lain sama ada di bibir atau di tangan.
Ó Penutur menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap suku kata yang dituturkan.
Ó  Ini bermakna petuturan kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat.


Ø  Bahasa Isyarat Malaysia
Ø  Komunikasi Makathon

KAJIAN SUKATAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN (PKB 3104 SEM 2)

Kajian Sukatan dan Huraian Sukatan  Pelajaran

Aspek-aspek Dalam Sukatan Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas Bahasa
-       Kandungan / kemahiran
*      Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.
*      Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. 
*      Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.
*      Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.
*      Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi,jeda, dan kelancaran yang betul.
*      Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman danpenaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagaiteknik bacaan.
*      Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca.Kemahir an menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.
*      Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

-       Hasil pembelajaran
œ Hasil pembelajaran dalam lajur pertama mengandungi pernyataan hasil pembelajaran yang terdapat dalam Saukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
œ Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu memberikan tumpuan pada murid untuk menguasai hasil pembelajaran
œ Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur merangkumi kemahiran berbual, bercerita, menyampaikan maklumat dan berbincang.
œ Kemahiran membaca pula memberikan penekanan pada kemahiran membaca kuat, membaca dan memahami maklumat, serta membaca, menaakul, dan menghayati teks yang dibaca.
œ Bagi kemahiran menulis, tumpuan diberikan pada kemahiran menggunakan pelbagai jenis ayat, dalam menghasilkan penulisan.
œ Penekanan juga diberikan pada kemahiran mencatat dan menyusun maklumat serta menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreati

-       Aktiviti
Ø  Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah.
Ø  Cadangan tersebut disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum, contohnya kemahiran meramal dan membuat pilihan menggunakan kajian masa
depan atau mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid.
Ø  Semua cadangan ini hanyalah sebagai panduan untuk guru. Guru boleh mengubah suai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang sesuai dengan kebolehan murid.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA(PKB 3104 SEM 2)

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Tahap Perkembangan Bahasa
  1. a)    Umur

v  Apabila sampai  pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak sudah  boleh menuturkan  perkataan-perkataan, frasa atau ayat mengikut tahap penguasaaan bahasa mereka.
v  Menurut Marilyn Friend(2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak.

          
           Umur
·             1   - Mengenal nama
-       Mula menuunjukkan kefahaman pada perkataan yang disebut
-       Faham arahan mudah
-       Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan

·         1-2   - faham perkataan “tidak”/ “no”
-       Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan termasuk nama
-       Menggabungkan dua perkataan – “Mak. Makan”
-       Meniru bunyi binatang yang yang sudah biasa seperti lembu
-       Melambai-lambai selamat jalan

·         2-3   - mengenal anggota badan
-       Guna dua perkataan dalam frasa negatif – “tak mau”, “ no want”
-       Memahami konsep masa yang mudah – “ esok”, “semalam”
-       Selesai masalah dengan bercakap, bukannya secara memukul atau menangis
-       Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang “kecil” dan “besar”

·         3-4   - sudah boleh bercerita
-       Mrnguasai lebih kurang 1000 patah perkataan
-       Memahami makna “kelmarin”, “makan tengah hari”
-       Mula menurut arahan/permintaan – “ Letak kasut di luar”
·         4-5   - menguasai lebih kurang 1500 patah perkataan
-       Mengenal pasti segi tiga,bulatan atau  segi empat
-       Boleh bercakap angan-angan – “saya harap…..”
-       Banyak menyoal, termasuk “ Mengapa…?”

·         5-6   - menguasai lebih kurang 2000 patah perkataan
-       Memahami hubungan ruang seperti “atas” dan “belakang”
-       Tahu alamat sendiri
-       Tahu perkataan antonym mudah seperti “kecil- besar”
-       Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan
-       Menggunakan berbagai jenis ayat


  1. b)   Kemahiran berbahasa




  1. 1)    Teori Kognitif


  • *      Teori Kognitif berlandaskan  pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. 
  • *      Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya
  • *      Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. 
  • *      Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.
  • *      Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun.
  • *       Pada peringkat  ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif  dengan persekitaran.
  • *       Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk  simbolik. 
  • *      Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. 
  • *      Dalam peringkat ini penguasaan  bahasa kanak-kanak semakin berkembang.
  • *      Dalam lingkungan  umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. 
  • *      Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. 
  • *      Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.


  1. 2)    Teori Behavioris

 ! Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). 
! Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila  ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut  perkataan yang diajar itu.
!  Ganjaran yang  diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak.
! Di antara ganjaran yang diberikan adalah  pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. 
! B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa.
!  Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang  terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu; 

 Rangsangan                  gerak / tindak balas  

! Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak.
! Pengaruh  rangsangan persekitaran  dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat.
! Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya. 



 3)    Teori Mentalis

ØTeori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. 
Ø  Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan  alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal.
Ø   Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja
Ø  Chomsky mendasarkan teorinya kepada  satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa  otak manusia telah dipersiapkan secara  semula jadi (genetik) untuk berbahasa. 
Ø  Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur  bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).
Ø  Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

i.              proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan  sama;
ii.            proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya  dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa  pada masa dan cara yang hampir sama );
iii.           proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan
iv.           tatabahasa yang dihasilkan  oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Ø  Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

i.              wujudnya unsur-unsur kesejagatan  dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;
ii.            bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan
iii.           kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.



  1. 4)    Teori Interaksionalis

 *   Bloom (1970) mengatakan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa yang tepat
*      Pemerolehan bahasa kanak-kanak hasil daripada interaksi penjaga   atau ahli masyarakat dengan kanak-kanak terbabit
*      Ciri-ciri :

a)    Pembelajaran bahasa adalah proses mental dan linguistik
b)    Dalam interaksi bahasa, penyampaian makna diutamakan daripada struktur bahasa
c)    Struktur bahasa dapat dikuasai dengan aktiviti bermakna
d)    Pembelajaran proses yang aktif


Jenis-jenis Pendekatan

a)    Induktif
Ó Definisi :
§  Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya
§  Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama
§  Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan
§  Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa.



Ó Konsep :
*        Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.
*        Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
*        Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa.
*        Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.


b)   Deduktif
¨      Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan.
¨       Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.
¨      Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.
¨      Kaedah deduktif digunakan sebagai :
1.    Penyelesaian masalah
2.    Membuat hipotesis baru
3.    Membuat generalisasi

¨      Kelebihan :
-       Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran
-       Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan
-       Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran


c)    Cerakinan
Q  Pendekatan ini dinamai cerakinan kerana pengajaran dimulai dengan perkataan, frasa atau ayat.
Q  Unit-unit ini pula dicerakinkan kepada yang lebih kecil yang menjadi dasar pembentukkan unit-unit besar tersebut.
Q  Satu cara yang berlawanan prinsipnya dengan cara sintesis
Q  Menggunakan prinsip analisa atau cerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian besar kepada bahagian-bahagian lebih kecil
Q  Misalnya dalam mengajar ayat ‘Nina ada baju baru’

d)   Eklektik / gabungan
  • œ Merupakan gabungan daripada dua pendekatan lain iaitu pendekatan deduktif dan induktif
  • œ Pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru
  • œ Pendekatan ini amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak
  • œ Pendekatan ini digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja
  • œ Pendekatan ini merupakan satu usaha bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di antara berbagai-bagai pendekatan
  • œ Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut
  • œ Walau bagaimanapun, penggabungan tidak boleh disamakan dengan teori eklektif, tetapi di antara satu kaedah dalam teor eklektif adalah penggabungan
  • œ Langkah-langkah yang digunakan :

i.      Perkenalkan ayat (Nina ada baju baru)
ii.    Perkenalkan rangkai kata
iii.   Perkenalkan perkataan
iv.   Perkenalkan suku kata
v.    Perkenalkan huruf
  • œPada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang digabungkan dalam kaedah pandang sebut
  • œ Namun begitu, telah terbit satu cara yang lain yang dipercayai dapat mengurangkan masalah yang dihadapi



Prinsip-prinsip Intervensi Bahasa
*      Sedikit kepada banyak
ü  Prinsip intervensi adalah dengan cara guru mengajari muridnya penggunaan perkataan baru yang biasa digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih sukar, iaitu dari sedikit kepada banyak.
ü  Contohnya, guru mengajari murid dengan perkataan seperti ’bola,ayam,baju’.
ü  Contoh-contoh tersebut adalah perkara yang paling biasa pada murid dan merupakan objek yang di sekitar mereka
*      Mudah kepada sukar
ü  Guru memulakan intervensi bahasa dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu kepada murid.
ü  Kemudian diikuti dengan konsep atau peraturan membina ayat mengikut urutan perkembangan bahasa yang normal iaitu dari mudah kepada yang lebih sukar.
ü  Ini bertepatan dengan pandangan Al-Ghazali seorang tokoh pemikir dalam Tamadun Islam telah memperkenalkan beberapa metodologi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan prinsip moral, metodologi, disiplin dan beberapa perkara penting iaitu di antara yang dikatakan ialah ‘pembelajaran haruslah dimulai daripada yang mudah kepada yang lebih sukar dan kompleks’.

*      Konkrit kepada abstrak
*      Pelbagai situasi
*      Pelbagai media