Friday 18 November 2011

TAJUK 8 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATI


TAJUK 8
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MATEMATIK

8.0 SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tantang Sukatan Pelajaran Matematik Pendidikan Khas, rancangan mengajar harian dan format penulisan rancangan harian

8.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.   mengenalpasti komponen-komponen dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik
2.   Meneliti komponen matematik dalam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik
3.   Menyediakan rancangan mengajar harian
4.   Membincangkan format rancangan pengajaran harian

8.2 Pengenalan

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) talah merangka satu Sukatan Pelajaran Matematik yang disesuaikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk memberi pendidikan kepada semua.

8.3       Huraian Sukatan Pelajaran Matematik

Huraian Sukatan Pelajaran merupakan dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.

Rajah 8.1  Huraian Sukatan Pelajaran Matematik
OBJEKTIF
KANDUNGAN
1.  Pra Nombor
Membolehkan murid:
1.1    menamakan objek

1.2    menentukan kumpulan
         objek

Klasifikasi objek melalui:
1.1.1  bentuk
1.1.2  saiz
1.1.3  warna

Perbandingan objek
1.2.1  panjang/ pendek
1.2.2  besar/kecil
1.2.3  tinggi/ rendah
1.2.4  tebal/ nipis
1.2.5  berat/ ringan
1.2.6  banyak/ sedikit
1.2.7  sama banyak/ tidak sama
          banyak
1.2.8  kumpulan lebih/ kurang

2.  Nombor Bulat
Membolehkan murid:
2.1    menamakan nombor
2.2    membilang nombor
2.3    menentukan nilai nombor
2.4    menulis nombor
2.5    menggunakan nombor

2.1.1  nombor
2.2.1 bilang tertib menaik/menurun
2.2.2  rangkaian nombor
2.3.1  nombor mempunyai kuantiti
2.3.2  Perbandingan nilai nombor
2.4.1  Simbol nombor
2.4.2 Penulisan nombor dalam
         perkataan
2.5.1  Nombor dalam kehidupan
          harian



3.  Operasi tambah

Membolehkan murid:
3.1    menyatakan situasi tambah dalam bahasa harian
3.2    menambah sebarang dua nombor
3.3    menulis ayat matematik bagi operasi tambah
3.4    melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah
3.5    menyatakan secara spontan fakta asas tambah
3.6    menambah sebarang tiga nombor
3.7    membina cerita
3.8    menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah

3.1.1  Penyatuan dua kumpulan
3.1.2  Penambahan dengan
          membilang semua
3.2.1  Dalam lingkungan fakta asas
3.2.2  Sebarang dua nombor
          a. tanpa mengumpul semula
         b. dengan mengumpul
             semula
3.3.1  Pengenalan simbol (+) dan (=)
3.3.2  Ayat matematik bagi operasi
         tambah
          a.  Bentuk ayat matematik
          b.  Bentuk lazim 
3.4.1 Penekanan kepada operasi  tambah melengkapkan ayat matematik
3.5.1 Penambahan secara spontan fakta asas
3.6.1  Sebarang tiga nombor
          a.  tanpa mengumpul semula
          b.  dengan mengumpul semula
3.7.1  Cerita daripada ayat matematik
3.7.2  Ayat matematik daripada cerita
3.8.1  Masalah harian yang melibatkan literasi mudah, cerita, rajah dan jadual


4.  Operasi tolak

Membolehkan murid:
4.1    menyatakan situasi tolak dalam bahasa
4.2    menolak sebarang dua nombor
4.3    menulis ayat matematik bagi operasi tolak
4.4    melengkapkan ayat matematik bagi operasi tolak
4.5    menolak sebarang tiga nombor
4.6    membina cerita
4.7    menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak

4.1.1 Penolakan melalui proses     pengasingan dua kumpulan
4.1.2 Penolakan dengan mencari perbezaan
4.2.1    Dalam lingkungan fakta asas
4.2.2    Sebarang dua nombor
           a.  tanpa mengumpul semula
           b. dengan mengumpul semula
4.3.1    Pengenalan simbol (-) dan (=)
4.3.2    Ayat matematik bagi operasi tolak
           a.  bentuk ayat matematik
           b.  bentuk lazim
4.4.1    Penekanan kepada melengkapkan ayat matematik operasi tolak
4.4.2    Songsangan fakta
4.5.1    Sebarang tiga nombor
           a.  tanpa mengumpul semula
           b.  dengan mengumpul semula
4.6.1    Cerita daripada ayat matematik
4.6.2    Ayat matematik daripada cerita
4.7.1    Masalah harian melibatkan literasi mudah, cerita rajah atau jadual

5.  Gabungan dua operasi
Membolehkan murid:
5.1  Membina cerita
5.2  Menyelesaikan masalah
5.1.1    Pembinaan cerita daripada ayat matematik
5.1.2    Pembinaan ayat matematik daripada cerita
5.2.1   Operasi tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas
5.2.2   Masalah harian yang melibatkan literasi mudah, cerita, rajah, graf atau jadual

6.  Operasi darab
Membolehkan murid:
6.1  Menyatakan operasi darab dalam bahasa harian
6.2  Mendarab sebarang dua nombor dalam lingkungan fakta asas
6.3  Menulis ayat matematik bagi operasi darab
6.4  Melengkapkan ayat matematik bagi operasi darab
6.5  Menyatakan secara spontan fakta asas darab
6.6  Membina cerita
6.7  Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi darab
6.1.1   Pengertian darab dalam proses tambah berulang
6.1.2   Kenal pasti kumpulan dan ahli
6.2.1   Sifir 1 hingga 9
6.2.2   Darab sebarang nombor dengan sifir
6.3.1   Pengenalan simbol (x) dan (=)
6.3.2   Ayat matematik bagi operasi darab
           a.  bentuk ayat matematik
           b.  bentuk lazim
6.4.1   Lingkungan fakta asas
6.5.1   Fakta asas darab
6.6.1   Cerita daripada ayat matematik
6.6.2   Ayat matematik daripda cerita
6.7.1   Masalah harian yang melibatkan literasi mudah, cerita, rajah dan jadual

7.  Operasi bahagi
Membolehkan murid:
7.1  Mrenyatakan operasi bahagi dalam bahasa harian
7.2  Membahagi sebarang dua nombor dalam lingkungan fakta asas
7.3  Menulis ayat matematik bagi operasi bahagi
7.4  Melengkapkan ayat matematik bagi operasi bahagi
7.5  Membahagi secara spontan
7.6  Membina cerita
7.7  Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi

7.1.1    Konsep bahagi
a.  pengumpulan
b.  pengongsian         
7.2.1   Dalam lingkungan fakta asas
7.3.1    Pengenalan simbol (+) dan (=)
7.3.2    Ayat matematik bagi operasi bahagi
7.4.1    Dalam lingkungan fakta asas
7.5.1    Fakt asas bahagi
7.6.1    Cerita daripada ayat matematik
7.6.2    Ayat matematik daripada cerita
7.7.1    Masalah harian yang melibatkan literasi mudah, cerita, rajah, jadual atau graf (graf palang)
8.  Wang
Membolehkan murid:
8.1  Mengenal mata wng Malaysia
8.2  Menentukan nilai wng
8.3  Menyelesaikan operasi tambah melibatkan wang
8.4  Menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan wang
8.5  Menyelesaikan operasi darab yang melibatkan wang
8.6  Menyelesaikan operasi bahagi yang melibatkan wang
8.7  Membina cerita
8.8  Menyelesaikan masalah yang melibatkan wang
8.1.1    Wang syiling
8.1.2    Wang kertas
8.2.1    Nilai wang syiling
8.2.2    Nilai wang kertas
8.2.3    Persamaan nilai wang
8.2.4    Persamaan nilai wang dengan harga barang
8.3.1    Operasi tambah yang melibatkan wang
          a.  tanpa mengumpul semula
          b.  dengan mengumpul semula
8.4.1   Operasi tolak yang melibatkan wang
          a.  tanpa mengumpul semula
          b.  dengan mengumpul semula
8.5.1   Nombor 1 digit dengan sen
8.5.2   Nombor 1 digit dengan ringgit hingga RM100
8.6.1   Pembahagian sen dengan nombor 1 digit
8.6.2   Pembahagian ringgit dengan nombor 1 digit hingga RM100
8.7.1   Cerita daripada ayat matematik
8.7.2   Ayat matematik daripada cerita
8.8.1   Masalah harian yang melibatkan nilai wang

9.  Masa dan waktu
Membolehkan murid:
9.1  Menamakan waktu dalam satu hari
9.2  Menamakan hari dalam seminggu
9.3  Menamakan bulan dalam setahun
9.4  Merekodkan aktiviti dalam setahun
9.5  Menyatakan waktu dalam unit jam
9.6  Menyelesaikan masalah yang melibatkan tempoh masa
9.1.1   Konsep waktu dalam satu hari
9.1.2   Aktiviti harian mengikut waktu
9.2.1   Hari dalam seminggu
9.2.2   Aktiviti-aktiviti dalam seminggu
9.3.1   Bulan-bulan dalam setahun
9.3.2   Bilangn hari dalam setahun
9.3.3   Bilangan minggu dalam setahun
9.3.4   Bilangan bulan dalam setahun
9.4.1   Tarikh
9.4.2   Jenis peristiwa
          a.  peristiwa khas
          b.  peristiwa individu
9.5.1   Muka jam
9.5.2   Unit jam dan waktu
9.5.3   Waktu dalam jam dan minit
9.5.4   Tempoh masa dalam jam dan minit
9.6.1   Masalah harian

8.4       Komponen-komponen dalam HSP Matematik

Guru perlu memastikan pengajaran matematik difokuskan sepenuhnya kepada penguasaan kemahiran asas matematik sebelum kemahiran penyelesaian masalah.  Pengajaran kemahiran asas matematik dan penyelesaian masalah perlu diselaraskan dari awal pengajaran.  Komponen kemahiran asas matematik berdasarkan HSP ialah asas nombor, nombor bulat dan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.  Komponen HSP matematik masalah pembelajaran boleh dilihat dengan lebih jelas dari segi objektif dan kandungannya seperti dalam jadual 8.1.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Masalah
Pembelajaran, bincangkan dua contoh kemahiran penyelesaian
masalah dan kepentingan kemahiran tersebut kepada murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran.

8.5       Perancangan dan Persediaan Mengajar

8.5.1   Pengertian konsep pengajaran
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.

8.5.2   Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran

Perancangan perlu dilakukan untuk
  • memenuhi masa yang diperuntukan
  • menepati kehendak objektif/matlamat
  • berkesan sepanjang waktu pengajaran
  • menarik perhatian dan tidak membosankan
8.5.3   Objektif pengajaran

Objektif pengajaran matematik mestilah merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Matematik.  Guru terlebih dahulu perlu memastikan pelajar telah menguasai pelajaran lepas.  Sekiranya terdapat pelajar yang belum menguasai pelajaran lepas, objektif pembelajaran perlu diulang semula.  Objektif pengajaran boleh di tulis dalam bentuk:
  • Objektif implisit
    • melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
      • memahami
      • atau mengetahui
      • atau menghargai
        sesuatu yang telah diajar
  • Objektif eksplisit
    • melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
      • menyenaraikan
      • menjelaskan
      • memberikan contoh
      • menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan
8.5.4   Buku rekod mengajar

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
  • Rancangan Pelajaran Tahunan
    • Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
    • Butiran yang perlu ada ialah :
      • Mata pelajaran
      • Tingkatan
      • Minggu
      • Tajuk/isi
      • Objektif
      • Kemahiran
      • Nilai dan
      • bahan bantuan mengajar
  • Rancangan Pelajaran Harian
    • Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
    • Butiran yang perlu ada ialah :
      • Hari dan tarikh
      • Mata pelajaran dan tingkatan
      • Masa
      • Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
      • Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi
Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak
  • sekolah
  • PPD
  • JPN
  • dan jemaah nazir sekolah
Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.
Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Kegagalan menyediakan buku rekod pengajaran merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

8.5.5   Jadual Waktu
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada
  • Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid
  • Setiap hari persekolahan
  • Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar
  • diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan
8.6       Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P

 Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah
  1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
  2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai
  3. Merancang pengajarannya
    • Set iduksi
    • Perkembangan P&P
    • Penutup
  4. Menentukan strategi P&P
  5. Menyediakan bahan bantu pengajaran
  6. Menyediakan penilaian
8.6.1   Komponen Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah
  • Objektif pengajaran
  • Strategi pengajaran yang sesuai
  • Bahan bantu pengajaran
  • Maklum balas pelajar
  • Penilaian
8.7      Peringkat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Seseorang guru perlu membuat perancangan sebelum dia memasuki kelas untuk menyampaikan isi kandungan matematik kepada muridnya.  Beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.  Terdapat empat peringkat yang perlu dipertimbangkan iaitu pra perancangan, perancangan aktif, perancangan semasa dan pasca perancangan.  Perancangan juga perlu mengikut Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.  Manakala aktiviti yang dilaksanakan pula perlu mengambilkira faktor masa, keupayaan murid, pengetahuan sedia ada murid, bahan bantu mengajar dan situasi dalam bilik darjah.
  1. Pra perancangan
    • Guru mempunyai gambaran mental mengenai
      • keseluruhan pengajaran
      • pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain
      • isikandungan pelajaran
      • strategi
      • bahan yang diperlukan dan boleh digunakan
  2. Perancangan aktif
    • Guru perlulah
      • menulis rancangan mengajar
      • menyediakan nota,
      • membina transperansi/power point/model
      • memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakan
      • menyediakan senarai semak
  3. Perancangan semasa
    • Guru perlu
      • mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar
      • mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa
      • mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas
  4. Pasca perancangan
    • Guru perlu
      • menyedari kelemahan pengajaran
      • mengesan kekuatan pengajarannya
      • membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan
8.7.1   Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti
  • buku teks
  • buku rujukan
  • buku latihan
  • lampiran nota
  • Alat audio visual
    • LCD
    • komputer
    • peta
    • gambarajah dan
    • TV
8.8       Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Terdapat tiga langkah utama dalam penulisan rancangan pengajaran matematik iaitu set induksi, perkembangan (penyampaian isi) dan penutup
                  I.            Set Induksi
    • Langkah permulaan dalam proses P&P
    • Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku
    • Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran
    • Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi
                    II.        Perkembangan P&P
    • Bahagian kedua
    • Penyampaian isi pelajaran
      1. Teknik penyampaian guru
        • disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak
        • suara yang jelas dan terang
        • menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira pengalaman dan potensi murid
        • berfokus kepada apa yang diajar
        • mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KBSM/KBSR
        • Membuat penilian berterusan
      2. Teknik Menyoal
        • Soalan yang dikemukakan
      3. Penggabungjalinan
      4. Penyerapan
      5. Pengukuhan
        • memberikan latih tubi
        • memberikan tugasan / kerja rumah
        • mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran
      6. Pengayaan
        • membimbing murid mencari maklumat tambahan
        • menyediakan bahan maklumat tambahan
        • menggalakkan murid belajar daripada maklum balas
        • membimbing murid membuat jangkaan masa depan
      7. Pemulihan
        • membimbing murid secara individu
        • menggunakan pelbagai bahan
        • memberi latihan ulangan
        • menggunakan pelbagai teknik pengajaran
      8. Penilaian
        • pemerhatian
        • soal jawab
        • perbincangan
        • kerja bertulis
        • kerja rumah
      9. Hasil pembelajaran murid
        • memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti pelajaran
        • melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-directed)
        • mengaplikasikan kemahiran mengambil nota
        • mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran
        • mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
        • mengemukakan pendapat semasa perbincangan
        • berdisplin
                   III.                                        Penutup
    • Bahagian terakhir
    • Aktiviti yang dijalankan seperti :
      1. susulan
        • folio
        • pengayaan
        • membuat projek
      1. penilaian objektif pengajaran
                                                       .        pemerhatian
        • teknik menyoal
        • memeriksa kerja pelajar
      1. membuat kesimpulan
      2. rumusan
        • menegaskan isi-isi penting
        • memberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan kefahaman
        • mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu
        • mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian
        • mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan
        • pengubahsuaian pelajaran
Rajah Proses P&P
Latihan 1
Azlan merupakan pelajar ADHD berumur 10 tahun, telah diajar membaca dan menulis nombor.  Beliau boleh menambah nombor asas tetapi apabila menolak nombor asas beliau menunjukkan kesalah seperti berikut. 

                                    43                       56                    61
                                 -  26               - 28                  - 49
                                    23                 32                     28
 
 




Berdasarkan situasi di atas, terangkan masalah yang dihadapi oleh
Azlan dan sediakan satu rancangan pengajaran harian untuk mengajar
asas kemahiran menolak dengan menggunakan format RPH yang betul

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Latihan 2
Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip pengajaran matematik
”mengajar daripada diketahui kepada yang tidak diketahui”?.

Itu saja yang perlu anda lakukan ...... SELAMAT BERJAYA.