Thursday 15 November 2012

TAJUK 1 – PENGENALAN KEPADA PDK


TAJUK  1 – PENGENALAN KEPADA PDK

Definifi, konsep dan falsafah PDK

DEFINISI PDK
  • Pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif Ibubapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan Kanak- kanak Kelainan Upaya, khususnya di peringkat tempatan dalam konteks struktur perkhidmatan dan rancangan pembangunan yang sedia ada.

KONSEP PDK
  • Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan
  • Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti
  • Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan daripada keluarga dan komuniti
  • Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka
  • Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU

 OBJEKTIF PDK
  • Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap bertanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya.
  • Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
  • Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
  • Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU
  • Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan. 

FALSAFAH PDK
  • Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh; ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, komuniti tempatan dan tenaga kerja tempatan digunakan secara optimum

CIRI – CIRI PDK
  • Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan.
  • Ibu bapa atau ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan penting
  • Menggunakan teknologi dan kos yang rendah
  • Kaedah dijalankan secara di pusat dan seliaan di rumah
  • Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada

FAEDAH PDK
  • Membantu ibu bapa  mengetahui lebih terperinci mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa ini.
  • Ibu bapa dapat berkongsi masalah yang dihadapi dengan ibu bapa lain.
  • Mendapat pendidikan yang sesuai dengan keadaan mereka dan dapat meminimumkan kecacatan.
  • Meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa anak mereka mempunyai kebolehan sekiranya mendapat bimbingan.
Sejarah penubuhan PDK di dalam dan luar negara

SEJARAH PDK DALAM NEGARA
  • ·    Salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR).
  • ·   Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka.
  •    Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila.
  • ·  Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profil orang kurang upaya yang terdapat di Mukim  Batu Rakit.
  • ·   Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9) buah kampung sejumlah 17,149 orang.
  • ·  Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim berkenaan.
  • ·   Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu.
  • ·  Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu ketika itu.
  • ·   PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55 kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini.



SEJARAH PDK DI LUAR NEGARA

·   Pemulihan dalam komuniti atau PDK lebih dikenali sebagai Community Base Rehabilitation atau singkatannya CBR. CBR adalah strategi dalam pembangunan masyarakat umum untuk pemulihan, kesamaan peluang dan inklusi sosial untuk semua kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya.
·   CBR dilaksanakan melalui usaha bersama orang kurang upaya, keluarga dan masyarakat, dan perkhidmatan kesihatan pendidikan, vokasional dan perkhidmatan sosial.
·    CBR ini diwujudkan selepas perang dunia kedua dimana ramai askar-askar yang terlibat dalam peperangan tersebut yang mengalami kecacatan anggota badan ditempatkan untuk menjalani pemulihan terhadap anggota fizikal mereka.
·   Ianya bertujuan untuk membantu mereka suapaya dapat menjalani kehidupan mereka bersama masyarakat seperti biasa.
·    Pada tahun 1951 sebuah Unit Pemulihan Bangsa Bersatu telah ditubuhkan dengan berpandukan kepada dengan berpandukan kepada kemahiran dan menggunakan kemudahan yang sama seperti CBR.
·   Pada tahun 1960, CBR cuba disebarkan kepada negara-negara membangun untuk membantu mangsa perang yang mengalami kecacatan. Namun ia tidak cukup untuk membantu keseluruhan mangsa di negara tersebut kerana ia hanya diwujudkan di ibu negeri sahaja di mana mangsa perang yang berada di kawasan kampung dan pedalaman tidak dapat merasai perkhidmatan ini.
·    Pada tahun 1969 dan 1970 beberapa pertemuan telah diadakan oleh International Rehabilitation ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan kumpulan berkaitan yang lain untuk membincangkan tentang cara untuk memastikan CBR dapat disebarkan kesemua negara termasuk negara miskin.
·  Pada lewat 1970s dan sepanjang 1980s dan 1990s projek-projek perintis banyak telah dilancarkan di negara membangun di Afrika, Asia dan untuk satu takat lebih berkurangan di Amerika Latin, di bawah naungan CBR, sebilangannya mengikuti buku panduan yang dibangunkan oleh WHO, “Training in the community for people with disabilities,” lainnya disokong oleh ILO, UNESCO atau UNICEF, dengan selebihnya yang dimulakan oleh NGOs telah pun bekerja dengan orang kurang upaya dalam projek-projek bantuan teknikal. Satu sejarah terperinci dan penjelasan evolusi CBR, “Prejudice and Dignity: An Introduction to Community Based Rehabilitation,” adalah ditulis oleh penulis utama manual WHO CBR iaitu Einar Helander.
·   Dua puluh tahun selepas pengenalannya, satu perundingan global bagi semakan semula negeri CBR telah dipanggil oleh WHO dalam kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan PBB, NGOs, Organizations Disabled People, dihoskan oleh Kerajaan Finland. Diadakan pada Mei 25-28, 2003 di Helsinki, ia telah dihadiri oleh kira-kira 100 dijemput pengamal-pengamal CBR dan penyelidik-penyelidik dari seluruh dunia.
Kertas kerja pertemuan itu menyatakan :
        Oleh kerana semua masyarakat adalah berbeza dari segi sosioekonomi, tanah, budaya dan sistem        politik, maka tidak mungkin ada satu model CBR untuk dunia; umpuan CBR telah berkembang dari pemulihan perubatan ke arah sektor pelbagai yang lebih komprehensif pendekatan-pendekatan seperti akses untuk penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan vokasional, program penjanaan pendapatan dan penyertaan masyarakat dan inklusi dan; CBR sekarang ialah dilihat sebagai satu komponen penting pembangunan masyarakat



Model PDK

Model PDK terbahagi kepada 3 iaitu :
  • Home Based.
  • Centre Based.
  • Centre-Home Based.
 HOME BASED
  • Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.
  • Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas selama 4jam sehari.
  • Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan.
CENTER BASED
  • Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari.
  • OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan.
CENTER-HOME BASED
  • Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam sehari.
  • Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.

Friday 12 October 2012

TUGASAN BMM 3103



TUGASAN BMM 3103


KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

1. Berikan maksud pentaksiran

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.


2. Berikan maksud pengujian

 

Pengujian adalah satu proses yang menggunakan satu tugasan (task) atau satu siri tugasan untuk memperoleh pemerhatian sistematik yang diandaikan mewakili ciri-ciri atau atribut pendidikan atau psikologi.

( Sax, 1997)


Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu proseduryang bersistem untuk   memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan ban-tuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contohnya, skala bernombor seperti 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran. Semen-tara contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti atau rabun warna bagi ujian penglihatan.












3. Berikan maksud penilaian

Penilaian merupakan suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.
 Stufflebeam et al.(1971:xxv) menyatakan bahawa:
penilaian sebagai the process of delineating, obtain­ing, and providing useful information for judging decision alternatives.
 Definisi ini menjangkau sehingga melepasi maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bertujuan untuk membolehkan guru dapat membuat per­timbangan atau keputusan yang tepat berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berbeza daripada peng­ukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

SENARAI ARAS TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN

4. Senaraikan aras taksonomi Bloom dan contoh kata tanya.

Aras Taksonomi Bloom
a.    Pengetahuan
b.    Kefahaman
c.    Penggunaan
d.    Analisis
e.    Sintesis
f.     Penilaian

Contoh kata tanya

a.    Pengetahuan

“___________ umur ibu kamu?” Tanya Husain kepada Ramy.
A         Apakah                                  C         Berapakah
B         bagaimanakah                     D         Siapakah




b.    Kefahaman

_____________ harikah ayah kamu ke Melaka?
           A          Di mana                                 C           Apa
           B          Berapa                                  D           Siapa

c.    Aplikasi

Bagaimanakah bentuk sebenar bumi kita?
A         Bulat                                      C         Segi empat
B         Segitiga                                 D         Bujur

d.    Analisis

Adakah Rina _______________ meja dan membasuh pinggan selepas makan?
A         menggilap                             C         mengelap
B         menggosok                           D         Menyapu

e.    Sintesis

Adakah Yoke Kwan telah berada _________ stesen bas itu sejak _____________ pukul 8.00 pagi lagi?
A di….ke                                            C         ke…pada                                                                                                                               B di….dari                                        D         pada…dari

f.     Penilaian

Antara berikut, kata tanya manakah yang betul?
A         Bagaimanakah suasana di Pesta Belon Panas itu?                                                                   B         Berapakah Pesta Belon Panas itu berlangsung?                                                             C            Dimanakah yang menganjurkan Pesta Belon Panas itu?                                                              D         Siapakah suasana di Pesta Belon Panas itu sesak?









5. Dalam objektif pembelajaran, ada 3 domain mengikut aras. Apakah domain-domain itu?

Domain Kognitif
ü  Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
ü  Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
ü  Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
ü  Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini. 
                                                                
Domain Afektif
ü  Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.
ü  Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.
ü  Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan). 

Domain Psikomotor
ü  Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf. 
ü  Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu. 
















6. Huraikan peringkat domain Krathwoohl secara mendalam.
Domain Taksonomi Krathwoohl diasaskan oleh David R. Krathwohl. Domain ini merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.  Taksonomi Krathwohl terdiri daripada 5 aras iaitu penerimaan, gerak balas, menilai, organisasi dan perwatakan. Antara aras Taksonomi Krathwohl adalah seperti berikut :

1.  Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2.  Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3. Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4. Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

5.  Perwatakan
Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan dan sistem nilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.





JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

7. Apakah tujuan Jadual Spesifikasi Ujian .

ü  Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)
ü  Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.


8. Senaraikan 5 kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian.

ü  Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
ü  Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran.
ü  Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
ü  Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
ü  Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun
ü  Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.

9. SENARAIKAN LANGKAH PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.
                                                                                                              
Langkah – Langkah Membina Jadual Spesifikasi Ujian

Langkah 1

Ø  Senaraikan tajuk – tajuk yang hendak diuji.
Bil
Tajuk-Tajuk Pengajaran dan Pembelajaran
Jam
1.1
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu
5

  • Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka

1.2
Linguistik BM
15

  • Pengenalan linguistik


           Definisi , sejarah, Linguistik Diskriptif

1.3
Fonologi
20

  • Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan


  • Fonem Segmental


  • Fonem suprasegmental


Jumlah
40
   



  Langkah 2

Ø  Tentukan soalan yang akan dibina itu.

a)    Soalan objektif  ( 30 soalan )

b)    I markah bagi 1 item

c)    Jumlah soalan bagi setiap topik dikira :

= Jumlah masa                      x  Jumlah soalan
Jum. Masa Keseluruhan


Langkah 3
Ø  Tentukan model aras kesukaran item. Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom.
 

























Domain kognitif
 





















Langkah 4
Ø  Tentukan jenis ujian yang ingin guru uji. Jenis-jenis ujian ialah ujian objektif, ujian struktur, ujian esei dan lain-lain.
Ø  Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
Ø  Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.











Contoh pengiraan bilangan soalan mengikut topik
Bil
Bidang/topik
Masa belajar
Anggaran jumlah
Jumlah item
1.1
Sejarah perkembangan bahasa melayu
5
           5
____ X 32
          40
4

·         Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka.
1.2
Linguistik BM
15
         
          15
____ X 32
          40
12

·         Pengenalan linguistik

·         Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif
1.3
Fonologi
20

         20
____ X 32
         40
16

·         Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan

·         Fonem segmental

·         Fonem suprasegmental

Jumlah
40

32
                             

Langkah 5
Ø  Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen yang hendak diuji. Contohnya jumlah untuk soalan objektif, subjektif dan esei.
Ø  Tentukan aras kesukaran bagi setiap soalan. Susun soalan mengikut aras mudah ke sukar.
Ø  Tentukan pemarkahan/skema jawapan bagi soalan.

Langkah 6
Ø  Membuat muka hadapan soalan – menyatakan mata pelajaran, nama murid, tingkatan.
Ø  Susun nombor soalan mengikut tajuk-tajuk pembelajaran.











JENIS UJIAN

10. Nyatakan jenis-jenis ujian.

a) Soalan Objektif
Definisi
Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.  Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).
Antara contoh soalan berbentuk objektif:
·         Item jenis pendek
·         Item jenis padanan
·         Item jenis aneka pilihan
·         Item kloz

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
1.    Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;
a)    Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
b)    Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.


2.    Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Jenis soalan respon tetap;
i. Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
a) Hitam – Putih ( )

ii. Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA7jNYJl1R5OYbGKFX_7LMZVSOWaOSZUkqbMfbhSbHWjHtZY2yxP-6Dl8yDjRJy00DwmBHj6OI5Q6OLZOwAxEXur75jsmySA261kebU08F8buY-48kaMO_PhCyKAOtS24gb69iBJpMwQAy/s320/padan.jpg




iii. Aneka pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
    1. Berbentuk soalan
    2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
    3. Jenis jawapan terbaik
    4. Analogi
    5. Antonim
    6. Jenis negatif
    7. Mengisi tempat kosong
    8. Item jenis campuran
    9. Teknik kloz

Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:
a. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.
b. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
c. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.







Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
a) Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
b) Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
c) Jawapan yang disediakan haruslah logik.
e) Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
f)  Aras kesukaran haruslah setara.
g) Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
h) Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif
Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:
a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.
b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.


Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:
a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.
b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.
e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.

b) Soalan Subjektif

Definisi
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis soalan subjektif:
1. Item jenis struktur
2. Item jenis esei

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasanya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
Contoh:
1.    Nyatakan dua jenis pantun.
i)________________________________________________
ii) _______________________________________________
                    (2 markah)




2.    Berikan jenis ayat di bawah ini.
i)             Ceramahnya menarik di hati penonton.__________________
ii)            Usah dikenang peristiwa lalu. ________________________
iii)           Jadi, dia mesti bertanggungjawab bukan? _______________

                                                                                                      (3 markah)


Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Terdapat dua jenis item esei
  1. Item tindak balas terhad
Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

Contoh :
a. Bagaimanakah bahan sosiobudaya  dapat membantu mewujudkan keharmonian kaum melalui pengajaran bahasa Melayu di Malaysia?
                                                                                                                   (12 markah)
  1.  Item tindak balas lanjutan
Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.
Contoh :
a. “ Membaca Kunci Kejayaan ”. Cogan kata ini menunjukkan betapa pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar hari ini.
                                                                                                                  (25 markah)








Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif

Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.
e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.
g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.

Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:
a) Nilai potensi diagnostik yang rendah
b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.














JENIS PENILAIAN BAHASA

11. Nyatakan jenis-jenis penilaian bahasa

Ujian Formatif

adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diujian. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Ujian Kefasihan

Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Kemajuan

Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Ujian Bakat

Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian ini biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

Ujian Pencapaian

Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.


KAEDAH PENILAIAN BAHASA

12. Huraikan secara ringkas mengenai kaedah penilaian bahasa.

Penilaian melalui Portfolio

Portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Jenis Portfolio

1. Porfolio kerja harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

2. Portfolio hasil terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.

3. Portfolio dokumen.
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Kepentingan Portfolio
 
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.



 Penilaian melalui Pemerhatian
 
1. Kualiti Pemerhatian

ü  Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. ‘
ü  Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
ü  Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
ü  Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
ü  Tekal dan stabil dalam penilaiannya

2. Bentuk perancangan

ü  Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
ü  Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
ü  Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.






3. Merekod penilaian pemerhatian

ü  Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi   pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
ü  Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
ü  Menjalankan Tugasan
ü  Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
ü  Cara merekodkan dapatan dan rumusan
ü  Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
ü  Tindakan Susulan
ü  Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

4. Jenis Pemerhatian

ü  Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
ü  Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan.
ü  Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
ü  Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
ü  Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
ü  Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

5. Strategi pelaksanaan

ü  Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
ü  Menggunakan senarai semak.
ü  Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
ü  Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
ü  Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
ü  Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.











Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran

Konsep
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
ü  Mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
ü  Kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
ü  Bukti menunjukkan objektif tercapai
ü  Bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
ü  Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
ü  Menghasilkan kerja yang terancang
ü  Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

Bagaiamana  Kontrak Pembelajaran  digunakan ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif tugasan
ü  Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
ü   Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
ü   Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

2. Hasil Pembelajaran
ü  Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
ü  Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru


3. Penilaian
ü  Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
ü   Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
ü   Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
ü  Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya.

Penilaian melalui Projek
Projek  ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu  tempoh masa  yang  tertentu.   Ia  biasanya melibatkan  kutipan  serta  analisis  data persediaan  satu  laporan  yang  betul.  Dalam  konteks  kurikulum  sekolah, projek  bermaksud  secara  amali. Tugasan  ini  boleh  dijalankan  secara individu  atau  secara  berkumpulan  dan  dilaksanakan  dalam  satu  jangka masa yang munasabah.  Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada  tahap hasil disediakan.   
Tujuan penilaian Projek
  • Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.  
  • Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.  
  • Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
Ciri-ciri penilaian Projek
  • Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
  • Memerlukan jangka masa yang panjang . 
  • Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. 
  • Murid boleh membina penyelesaian alternatif.
  • Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
  • Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.






Langkah-langkah untuk menjalankan Projek

  • Langkah 1 :  Penentuan tajuk dan skop Projek.
  • Langkah 2 : Penilaian awal projek.
  • Langkah 3 :  Pelaksanaan strategi.
  • Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
  • Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

Penilaian melalui Soal Jawab
ü  Teknik  soal  jawab  merupakan  teknik  yang  paling  lama  dan  paling  popular digunakan dalam bidang pendidikan. 
ü  Penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu  akan  dapat    melahirkan  interaksi  antara  guru  dan  pelajar  secara berkesan. 
ü  Di samping  itu,  ia dapat dijadikan  teras kepada pembinaan konsep- konsep,  kesanggupan  memberi  penyataan  dan  melahirkan  perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
Cara perlaksanaan Soal Jawab
ü  Teknik  ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang  sewajarnya.   
ü  Biasanya,  soalan-soalan  yang  dikemukakan  memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. 
ü  Kejayaan penggunaan  teknik  ini  dalam  pengajaran dan pembelajaran  bergantung  kepada  kebolehan  guru  untuk menguasai teknik menyoal. 





Penilaian melalui Kertas Kerja
Definisi
Hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan dalam sesuatu bengkel atau seminar.
Ciri-siri
Memenuhi tema dan objektif program
-       Tidak melebihi 4000 patah perkataan
-       Berikan nombor pada setiap muka surat
-       Tiada akronim
-       Keterangan penulis pada muka surat pertama
Kepentingan
-       Mendapatkan kelulusan kewangan
-       Mendapat kelulusan menjalankan projek
Tajuk-tajuk format
-       Tajuk kertas kerja
-       Tujuan
-       Objektif
-       Maklumat projek
-       Penyertaan
-       AJK/Penganjur
-       Aturcara
-       Sokongan
-       Belanjawan
-       Penutup
-       Lampiran










UJIAN DIAGNOSTIK

13. Jelaskan Ujian Diagnostik
                  
Definisi ujian diagnostik

Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan ujian diagnostik :-

1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid.
2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Membina Ujian Diagnostik

1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan :
    1.1.Objektif ujian
    1.2.Kemahiran yang hendak diuji
    1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
    1.4.Siapa yang hendak diuji – sasaran.

2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.-

3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.
Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik

1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.

2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.

5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.

7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa.

8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.

9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.

10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.


Analisis ujian diagnostik

1. Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis.

2. Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK)



Ujian Diagnostik Pengamatan


Rasional:

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.

Apa itu pengamatan:
1- Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita.

2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.

6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.









Objektif Ujian Pengamatan:

Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ;

1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.

2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain.

3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

4- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

5- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

6- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Komponen Ujian Pengamatan:

1- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

2- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

3- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

5- Koordinasi Motor –mata –tangan.
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.



6- Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

7- Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

8- Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.

10- Menyalin ( Visual Copying)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.


Panduan melaksanakan ujian pengamatan:

ü  Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.
ü  Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.
ü  Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
ü   Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
ü  Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
ü  Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.


Ujian  Pencapaian

1. Pengenalan

Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif.

1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahiran-kemahiran tertentu. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan dalam kelas.
1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti proses pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian adalah untuk menilai penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar. Ianya menjadi asas kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Bahan ujian dan keputusan ujian hendaklah difailkan sebagai rujukan.


2. Pelaksanaan.
Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikuti program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas Pemulihan Khas.
Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa, maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan.

Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian.



14. Nyatakan 3 tujuan penilaian kemahiran menulis mekanis dan 4 teknik penulisan kreatif.

Peringkat Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /sempit.

Tujuan kemahiran menulis mekanis :
· Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
· Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
· Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.




4 teknik penulisan yang boleh digunakan ialah;
      Menekan dan menyambung garis
      Memadankan
      Menyalin
      Mengisi ruang atau petak kosong
      Melabel dan menamakan gambar
      Membetuk perkataan daripada  suku kata


15. Berikan contoh aktiviti penilaian kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.


a) Penilaian kemahiran Lisan 
Kemahiran mendengar
o   Kemahiran paling asas
o   Berlaku pada peringkat penerimaan
o   Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yang didengar.
Kemahiran bertutur
o   Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
o   Peringkat penglahiran
o   Perlu ditiru dan diajuk
o   Model bahasa lemah hasil ajukan yang lemah, tetapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
·         Bacaan kuat
·         Syarahan
·         Perbahasan
·         Bercerita
·         Perbincangan
·         Hafazan
·         Temu bual
·         Soal jawab
·         Nyanyian
·         Deklamasi sajak
·         Mendengar dan memberi respon secara lisan


b)  Penilaian Kemahiran Membaca

Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca

Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3:

1. Mengenal pasti idea keseluruhan.

Mengenal pasti idea keseluruhan:

a.Mesej utama yang disampaikan penulis.
b. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.
c. Kenal pasti prinsip penulisan:
-Pengelasan mengikut kronologi.
-Pengelasan mengikut hierarki.
-Pengelasan mengikut ciri-ciri.

2. Mengenal idea utama dan sokongan.

Mengenal idea Utama dan Keterangan:

a. Idea Utama.
-satu atau lebih idea utama.
-satu idea utama dalam satu perenggan

b. Sokongan
-Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama.
-Disertai dengan contoh-contoh.

3. Membuat ramalan dan kesimpulan.

Membuat Ramalan dan Kesimpulan:

a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.
b. Mesti baca dan teliti seluruh teks.
c. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.
d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.

Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid.

c) Penilaian Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan merupakan satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran, pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi menguji kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan.

1. Seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi borang, menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan perdebatan.
2. Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat.
3. Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan.

Jenis Tugasan:
1. Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki menulis tanpa bimbingan guru
2. Tugasan Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar atau bahan bahasa yang lain untuk ditulis.
3. Tugasan Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk dilaksanakan.

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti
·         Karangan
·         Laporan projek/kerja kursus/folio
·         Latihan dan ujian bertulis
·         Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :

·         Kemahiran menulis
·         Menyusun idea
·         Penggunaan tanda baca
·         Perbendaharaan kata
·         Mengaplikasi
·         Mentafsir Menilai