Friday 18 May 2012

BAB 7 PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA


PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

PENGENALAN
*      Masyarakat orang Asli, indigenous dan pedalaman dikatakan agak ketinggalan dalam arus perdana sistem pendidikan negara.
*      Etnik ini perlu diberi peluang untuk menerima perubahan yang segalanya bermula dengan menerima pendidikan yang dapat menjamin masa hadapan mereka.
*      Maka, pelan tindakan yang harus, telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran ialah untuk mengangkat maruah mereka.

PELAN TINDAKAN
  • ORANG      ASLI
  • INDIGENOUS
  • PEDALAMAN

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN ORANG ASLI
a)    RMK-7
-       Pembangunan fizikal OA diberi tumpuan sepenuhnya terutama dalam usaha keselamatan dan integrasi kaum.
b)    RMK-8
-       Tumpuan pembangunan OA semakin meluas.
-       Peningkatan peruntukan drpd kerajaan berjumlah kira-kira RM 303.5 juta berbanding RM 148.9 juta pada RMK-7.



PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN  PENDIDIKAN
Ø  Perancangan pendidikan dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Ø  Objektif: menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan dengan keperluan peruntukan di kawasan OA.
Ø  Kumpulan Sasar
a)    Peringkat prasekolah (5-6 thn)
b)    Peringkat rendah ( 7-12 thn)
c)    Peringkat menengah (13-18 thn)
d)    Peringkat tertiari

Peringkat Pertama  Pra-sekolah (5-6thn)
ü  Tumpuan kepada pendidikan prasekolah yang bertujuan untuk menyediakan asas kukuh sebelum pendidikan formal.
ü  Diberi persediaan emosi dan kemahiran sosial supaya bersedia menerima perubahan.
ü  Memperolehi pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran lain sebagai persediaan.

Peringkat Kedua  -peringkat rendah (7-12thn)
ü  Tujuan: menyediakan asas yang kukuh dlm kemahiran 3M – membaca, menulis, mengira
ü  Didedahkan kpd aspek kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni&rekreasi,penerapan nilai-murni murni.
ü  Penekanan program kpd pembangunan & pengembangan domain kognitif, afektif, dan selari dgn FPK.

Peringkat ketiga -peringkat menengah (13-18thn)
ü  Tujuan:penekanan kpd kemahiran berfikir secara kritis & kreatif dgn memberi fokus kpd pendidikan umum pada tahun ke 7&8 persekolahan
ü  Pendedahan kpd pelbagai bidnag ilmu
ü  Kanak-kanak Asli menerima peluang yang sama seperti kanak-kanak di bandar.

Peringkat tertiari  -pendidikan selepas menengah hingga peringkat tinggi
ü  Tujuan: membangunkan minda anak-anak OA spy lebih kritis, kreatif, & inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara dlm persaingan global.

Ø  Pihak kerajaan juga memberi tumpuan kepada golongan yang tercicir.
Ø  Memberi kesedaran akan pentingnya pendidikan.
Ø  Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dgn minat dan kebolehan akan diperkenalkan spy mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh.
Ø  Kumpulan wanita dewasa OA diberi peluang mengikuti program-program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pertubuhan seperti Penggerak Wanita Orang Asli.
Ø  Diberi peluang mengikuti latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan, kerohanian, serta pendidikan literasi fungsian.
Ø  Pelaksanaan pelan tindakan ini dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Juruperunding swasta dan para akademik.
Ø  Agensi kerajaan banyak terlibat dgn program berbentuk penyediaan prasarana pendidikan.
Ø  NGO pula memberikan lebih tumpuan kpd program yang membawa kpd perubahan minda masyarakat OA.
Ø  Juruperunding pula dilibatkan dengan program & projek kajian seperti kajian penilaian semula pelan & kajian program scr outsearching.
Ø  Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM 6 171 000 00 diperlukan.
Ø  Antara yang telah dilaksanakan ialah Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEQA.
Ø  Skim ini bagi membantu pelajar OA di semua peringkat.
Ø  Bantuan ini meringankan beban dalam membiayai persekolahan anak-anak.
Ø  Bagi meningkatkan minat belajar, sistem pendidikan 3M ditukar kepada 6M. (dgn tambahan main,makan,muzik)
Ø  Dengan cara ini, kehadiran dan minat anak-anak OA dapat ditingkatkan.
Ø  Contoh anak-anak OA yang berjaya:
      Murid terbaik PMR 2006 = Nurul Atikah Kamaruddin.
      Pemenang tokoh Maulidur Rasul 2007 = Najmil Faiz Mohamed Aris, Abdul Majid Yusof, Dr. Hassan Yaakob, dan Mary Yap Kain Ching.

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN INDIGENOUS
v  Kementerian pelajaran telah memberikan penekanan dan fokus kepada keperluan mendefinisikan semula persekolahan mereka.
v  Pendefinisian semula dilakukan untuk membnatu anak-anak indigenous supaya tidak tercicir dlm arus pendidikan.
v  Melalui pendemokrasian pendidikan, kemudahan infrastruktur yang sempurna meliputi kemudahan sekolah yang mempunyai asrama & peralatan lengkap, penggunaan bahan bantu mengajar yang terbaik diharap dapat membantu golongan ini.
v  4. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan tindakan kolektif dengan mengadakan Program ‘Outreach’ Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan anak OA dan indigenous.
v  5. Terdapat pegawai yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, mendaftarkan anak OA & indigenous, memberi ceramah, menggalakkan tabungan, dsb.
MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN PEDALAMAN
*      Kerajaan mengakui terdapat keperluan untuk mengatasi kelemahan dlm capaian, ekuiti, dan kualiti pendidikan, khasya dlm kalangan kumpulan kanak-kanak pedalaman.
*      Ini membabitkan peningkatan dalam kapasiti institusi serta sumber manusia dalam melatih guru dan kaunselor sekolah, menambah baik penjagaan dan pembangunan awal kanak-kanak dan menggalakkan pendidikan berasaskan kemahiran hidup.
*      Kerajaan telah menyediakan dana dan sokongan teknikal kepada Kementerian Pelajaran untuk menilai impak dan keberkesanan Program Pembacaan Tambahan.
*      Program Pembacaan Tambahan dimulakan pada 2006 untuk menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan bagi murid sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak.
*      Kerajaan juga berusaha meningkatkan program Pendidikan Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup (LSBE), yang memberi kapasiti kepada guru untuk mengajar mengenai pencegahan HIV, dgn sasaran 100 buah sekolah di Malaysia dan turut melibatkan sekolah di pedalaman.
*      Pada tahun 2005, 4.4% murid sekolah rendah  dan 0.8% pelajar sekolah menengah masih belum menguasai kemahiran 3M.
*      Mulai tahun 2006, KPM telah memperkenalkan Kelas Intervensi Awal membaca dan Menulis (KIA2M) bagi memastikan murid-murid Tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis selepas 6 bulan mengikut persekolahan.
*      Murid yang mempunyai masalah pembelajaran akan mengikuti kelas pemulihan.
*      Sehingga tahun 2005, KPM telah mengadakan pendidikan prasekolah kpd 92 303 kanak-kanak berumur 5+ dengan menyediakan 3 868 kelas prasekolah.
*       Manakala, agensi swasta telah  menyediakan sebanyak 13 130 prasekolah kpd 610 714 orang kanak-kanak.
*       Cabaran KPM ialah untuk memperluas pendidikan prasekolah ke semua SK.
*       KPM juga memperluas Program Pemulihan dengan menaiak taraf 2 800 kelas pemulihan dan menyediaka guru yang cukup.
*      Kerajaan telah membantu KPM dan Mercy Malaysia untuk meningkatkan pelaksanaan program-program kesiapsagaan kecemasan yang disasarkan kepada kanak-kanak luar bandar yang terdedah dengan bencana alam.
*       KPM juga telah memperkenalkan m/p Bahasa Arab Komunikasi (BAK), Bahasa Cina Komunikasi (BCK), dan Bahasa Tamil Komunikasi (BTK).
*       Pada tahun 2007: BCK dan BTK ditukar ditukar kepada Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
*      BAK pula diserap dalam program Jawi, Al-Quran, Bahasa arab dan Fardhu Ain (j-QAF).
*      Tindakan kerajaan ini membuktikan penerimaan kepelbagaian budaya dalam masyarakat kita.
*       Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar : menyempurnakan infrastruktur, penyediaan kemudahan ICT, insentif guru, program intervensi murid serta aspek sokongan dan bantuan utk murid.

Projek Berimpak Tinggi
  1. Memperluas program pendidikan prasekolah KPM dgn menyediakan lebih 2 400 kelas prasekolah di lur bandar termasuk menyediakan latihan guru prasekolah dan kemudahan komputer serta perisian.
  2. Membaiki penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik 24 jam bagi 900 buah sekolah dan bekalan air bersih bagi 300 buah sekolah.
  3. Meningkatkan kemudahan bilik darjah luar bandar supaya mencukupi dan berkualiti dengan menyediakan bangunan baru.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
  1. Menyediakan asrama sekolah baru dan membaiki asrama sedia ada bagi menampung hampir 65 000 penghuni, meyediakan peruntukan makanan tambahan.
  2. Meningkatkan kelas pemulihan di luar bandar sebanyak 5000 kelas bagi memperkukuh penguasaan kemahiran 3M.
  3. Memperluas penawaran m/p vokasional (MPV) kpd 480 sekolah luar bandar nagi meningkatkan peluang murid kurang cenderung akademik utk mengikutinya.
  4. Membestarikan sekolah luar bandar.

BAB 5 PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA


PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL
*      Satu proses mendapat penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif organisasi dalam gerak kerja.
*      Lemlech(1988)-pengurusan sebagai orkestra dalam kehidupan.
*      Penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan,pemantauan, perkembangan serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah yang timbul.
*      Marzano (2003)-tindakan guru dalam bilik darjah memberi impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan dengan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

Aspek 1- penyediaan persekitaran fizikal yang efektif
Ø  Mempunyai peralatan asas-papan hitam, papan kenyataan,ruang yang selesa,meja, kerusi, almari, bahan-bahan bacaan, bahan bantuan mengajar.
Ø  Susunan meja dan kerusi sesuai-untuk memudahkan murid mengadakan aktiviti kumpulan dan  berpusatkan murid.
Ø  Bilik darjah berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 murid.
Ø  Cahaya cukup serta pintu dan tingkap yang terbuka- untuk peredaran udara.
Ø  Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamata, sudut mata pelajaran, sudut bacaan, kata motivasi,komputer,CD dan LCD-melahirkan budaya bilik darjah yang kondusif.
Ø  Penyediaan persekitaran fizikal dapat membentuk budaya disiplin, kerjasama,sayang kepada keindahan alam, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualit, yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.
Ø  Juga menyeronokan,bermotivasi,bermoral,kreatif menjadi pengajaran dan pembelajaran lebih fokus.
Aspek 2-persediaan untuk mengahsilkan P&P yang berkesan.
Ø  Merangkumi alatan dan bahan bantu mengajar.

Aspek 3-keselamatan
Ø  Menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah.
Ø  Peraturan diwujudkan bukan untuk menyekat tetapi mengawal dan mencorak tingkah laku yang positif dan mencegah perlakuan negatif.
Ø  Peraturan berpandukan pekeliling sekolah
Ø  Pelanggaran peraturan akan mengakibatkan murid diberi nasihat, amaran dan tindakan.
Ø  Ruang dan pergerakan harus fleksibiliti.
Ø  Ianya melibatkan susun atur meja dan kerusi murid.
Ø  Ia akan memberi keselesaan kepada murid untuk belajar.

Aspek 4-kebersihan dan keindahan bilik darjah
Ø  Guru boleh menggunakan daya kreativiti murid untuk memastikan kelas bersih dan ceria.
Ø  Rasa hormat perlu diterapkan supaya mereka sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan keceriaan dalam kelas.
Ø  Kelas yang ceria meransang ingin belajar yang tinggi.

Aspek 5-pengcahayaan,pengudaraan dan kedudukan murid
Ø  Mendorong murid untuk memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Ø  Penggunaan papan kenyataan akan meningkatkan amalan membaca dan perbincangan bersama rakan sebaya.


PENGURUSAN PERSEKITARAN SOSIO-EMOSI
*      Pengurusan socio-emosi berkesan dapat meransang dan mengekalkan minat murid untuk mencapai matlamat.
*      Woolfolk(1990)-motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku murid.

Bagaimana menguruskan persekitaran sosio-ekonomi?
Ø  Guru memberi pujian kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti bilik darjah.
Ø  Ganjaran dalam bentuk hadiah seperti token ekonomi turut boleh diberikan kepada murid.
Ø  Peneguhan positif –untuk menambahkan kebarangkalian gerak balas daripada murid.
Ø  Peneguhan negatif-membawa kesan yang tidak menyeronokan.
Ø  Menguruskan emosi murid-supaya murid dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan diri.
Ø  Mereka perlu belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi secara seadanya.
Ø  Kesan emosi stabil-minat yang dalam,disenangi rakan,boleh menerima demokrasi secara terbuka, suka berjenaka,boleh menanggung konflik dalam kelas.
Ø  Kesan emosi tidak stabil-sentiasa dalam kebimbingan, sikap putus asa dan akan jejaskan prestasi murid.
Ø  Menguruskan emosi dengan:
v  bina hubungan positif dengan guru dan murid
v  guru harus mengamalkan kepimpinan demokrasi dan tidak terlalu mengongkong murid.
v  pengajaran harus lebih menggunakan pendekatan asertif dan berpusatkan murid.
v  guru perlu mengambil berat keperluaan fisiologi dan akademik murid.
v  bina hubungan positif denga rakan
v  murid diberi pelunag bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P.
v  guru mengajar murid untuk mengenali perasaan diri dan perasaan orang lain.
Kepentingan perkembangan sosio-emosi
  • Kanak-kanak dapat menunjukkan kesedaran, menerima kanak-kanak yang berbeza serta meluahkan emosi dan perasaannya.
  • Perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah mengembangkan esteem kendiri dan perasaan hormat-menghormati dikalangan kanak-kanak.
  • Nilai-nilai murni,keyakinan,initiatif pergaulan diri dan initiatif pergaulan srta persefahaman antara mereka juga berkembang bila mereka digalakkan membuat keputusan yang bertanggungjawab.
Tindakan guru untuk meningkatkan motivasi murid
*      Murid diberi ruang kenestetik,mengadun unsur musical, puitis dan teater untuk mengelakkan bosan supaya emosi tidak terjejas
*      Aktiviti yang ringan dan menyeronokkan yang tidak berkaitan dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan topik yang dipelajari.

BAB 4 ISU-ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN


ISU – ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

*      ORANG ASLI
*      INDIGENOUS
*      MASYARAKAT PEDALAMAN

ORANG ASLI
v  Orang Asli merujuk masyarakat yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan.
v  Mereka terdiri daripada tiga rumpun bagsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.
v  Umumnya, ekonomi majoriti orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifatkan sara diri.

FAKTOR
Ø  Kebanyakan Orang Asli masih lagi terpinggir kerana infrastuktur dan prasarana kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka.
§  Keadaan ini berlaku di sekolah dan menyebabkan mereka tidak dapat nikmati keadaan bilik darjah yang selesa kerana mereka tidak mendapat bekalan elektrik dan prasarana seperti kipas yang tidak mencukupi.
Ø  Di samping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka.
§  Ini menyebabkan tiada persaingan yang sihat dalam aspek kemajuan pendidikan.
Ø  Tempat kediaman terlalu jauh dari sekolah.
Ø  Taraf ekonomi yang agak rendah.
Ø  Ketiadaan tenaga pengajar yang berjuang untuk memajukan Orang Asli.
Ø  Latar  belakang akedemik yang rendah
§  Minat belajar dalam kalangan mereka masih berada di tahap yang rendah
Ø  Tahap pendidikan isi rumah Orang Asli juga rendah
§  Ibu bapa kurang mengambil berat akan pelajaran anak-anak mereka.
INDIGENOUS
v  Merujuk kepada Penduduk Pribumi pedalaman Sabah dan Sarawak.
v  Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi dan budaya.
v  Mereka juga masyarakat etnik yang tinggal jauh di pedalaman  dan masih belum dapat menerima sebarang perubahan dunia luar.

FAKTOR
Ø  Mereka masih taksub kepada sistem kehidupan mereka yang telah dibina sejak dulu lagi.
Ø  Sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh sistem belajar orang asli.
§  Mereka masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan.
Ø  Mereka juga masih berpegang kepada budaya dan pendidikan tradisional mereka.
§  Proses pendidikan itu sesuai dengan kudrat dan perkembangan mereka.
§  Proses belajar mereka mencakupi 4 hal.
§  Mengalami sesuatu secara nyata
§  Memikirnya secara konseptual
§  Mengamati sesuatu sambil merenung
§  Mencubakannya dalam situasi lain
§  Sistem belajar asli, memiliki kepekaan terhadap  alam dan nilai-nilai budaya.


MASYARAKAT PEDALAMAN
v  Merujuk kepada semua masyarakat atau kelompok etnik yang tinggal di kawasan pedalaman.
v  Berlaku kerana migrasi, nomad atau faktor perubahan geografi bumi.
v  Ia juga boleh terjadi kerana penerimaan kemajuan yang lembab oleh penduduk atau suatu kawasan tertentu.

FAKTOR
Ø  Kekurangan guru pakar yang berpengalaman dalam satu – satu bidang.
Ø  Pertumbuhan pusat urban yang lembab.
§  Kegagalan sesuatu kawasan untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif.
Ø  Jurang digital yang wujud.
§  Perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT
Ø  Bahasa pertuturan yang berbeza.
§  Menyebabkan interkasi dua hala antara guru dengan penduduk tempatan kurang berkesan.
Ø  Jurang antara pelajar normal dan berkeperluan khas.
§  Kekurangan tenaga pengajar dan kemudahan untuk mengajar pelajar normal dan berkeperluan khas secara berasingan.

KESIMPULAN
*      Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid.
*      Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.
*      Usaha merapatkan jurang sejak RMKe–3 dan diteruskan dalam RMKe-9
*      Jesteru, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut.
*      Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan melalui dasar-dasar yang terdapat dalam KPM.