JURNAL
2 : MINGGU 2
TARIKH
: 30 SEPTEMBER – 3 OGOS 2012
MENGENALPASTI
MURID YANG MEMPUNYAI MASALAH TINGKAH
LAKU
Masalah
/ Peristiwa
- Definisi Disleksia
Perkataan
Disleksia (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys”
yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan
kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan
untuk kategori ini.
Seorang
Profesor Berlin merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah
memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ pada tahun 1887 (Hammond dan Hugges,
1996:3)
Disleksia ialah satu
‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak
memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek
World
Federation Of Neurology, 1968
Selain
itu, terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, di
antaranya ialah;
- Diskalkulia (Dyscalculia)
iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
- Disgrafia (Dysgraphia)
iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
- Dispraksia (Dyspraxia)
iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi motor – mata –
tangan
- Apa itu Disleksia
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu
kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik
pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini
bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya,
sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah
serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam
keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam
otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri
seseorang dengan cara yang berlainan.
- Siapa yang mengalami
Disleksia
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang
tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diwarisi
daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
- Jenis-jenis Disleksia
Disleksia
boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
- Disleksia visual (penglihatan) – Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk
mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol
perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk
melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara
terbalik.
- Disleksia auditori
(pendengaran) – Kesukaran untuk
mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan
menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan.
Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat
dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga
dihadapi oleh dislaksia auditori
- Disleksia visual –
auditori – Kesukaran membaca yang amat
teruk kerana mempunyai kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan
audio
- Punca-punca Disleksia
Mengikut
Mercer (1997); Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser (1996),
antara punca-punca disleksia ialah;
- Keturunan atau genetik – Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga
yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh
diwarisi, cuma yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat
kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh
kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diwarisi secara turun-temurun.
- Biologi – Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya semasa
dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau
kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau
ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang
menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini
minimum.
- Kematangan – Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya
pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya, kanak-kanak
lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan
pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.
Analisis
Masalah
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran
iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap
disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya
masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk
mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini
dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta
penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan
terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak,
selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang
dengan cara yang berlainan.
Masalah
utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakkanya adalah dalam proses
pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada:
- Mengeja – Kelemahan mengeja
akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi
adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang, kelemahan dalam
proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya
masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti
terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
- m – w
- y – g – j
- u – n
- m – n
- c – e
- p – q
- h – n
- b – d
- Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan
huruf seperti;
- Membaca – Kesukaran ini
menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada
rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat
kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung
menterbalikkan perkataan seperti;
§ batu – tuba
§ gula – lagu
Selain
itu, mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;
§ pada masa yang sama – dapa
sama yang masa
Kekeliruan
perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti
berikut;
§ jam (BI) – jem (BM)
§ cat (BI) – cat (BM)
Menulis
– Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas
kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat
menulis mengikut garisan yang disediakan. Selain itu, mereka cenderung menulis
perkataan yang pelik-pelik.
Bercakap
dan mendengar – Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk
bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal
ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka
juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
– Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan
dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka
menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;
§ 3 – 5 – 8
§ 9 – 6
Masalah
fizikal, pengurusan diri dan sosial – Pakaian mereka sentiasa tidak kemas
tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali
kasut. Sebenarnya mereka kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi seringkali
tersalah anggap dan dilabel sebagai pemalas dan kelihatan bodoh. Ada juga skop
penglihatan yang terhad dengan masalah yang dihadapinya ialah keliru antara
depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.
-
Murid
untuk diuruskan tingkah laku
Daripada apa yang saya pemerhatikan terhadap murid yang
saya kaji ini, masalah-masalah seperti yang diterangkan di atas memang ada pada
murid tersebut. Anatar masalah yang dihadapi oleh Zaini adalah dari segi
menulis, mengeja, bercakap dan mendengar, dan tumpuan yang singkat.
Untuk pengurusan tingkah laku, saya telah memilih masalah
tumpuan yang singkat , manakala untuk akademik pula adalah dari segi mengeja
dengan betul.
Sebagai
tambahan selepas bertanya kepada guru pendidikan khas di sekolah tersebut,
keluarga murid tersebut berkahwin campur iaitu antara kaum India dengan Melayu.
Dan tidak mustahillah jika murid tersebut bertutur dalam bahasa yang terbalik.
Cadangan
Tindakan Susulan
Bagi mengatasi masalah murid bermasalah disleksia ini,
saya telah mencari alternatif lain dengan merujuk kepada laman web http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/search/label/Definisi%20Disleksia
dan guru-guru pendidikan khas yang sudah mengenali murid tersebut , selain
daripada kaedah dan
teknik mengajar. Antara cadangan yang saya perolehi daripada pelbagai sumber
adalah :
a)
Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
b)
Guru hendaklah bercakap dengan suara yang
tenang dan jelas.
c)
Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
d)
Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam
menyelesaikan kerja mereka.
e)
Berikan kelonggaran kepada mereka.
f)
Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam
kemahiran lisan.
g)
Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau
banyak.
h)
Sediakan bahan pengajaran yang baik.
i)
Gunakan aplikasi teori Gestalt.(rujuk teori
gestalt)
j)
Tekankan ke atas pengamatan butiran.
k)
Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
l)
Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
-
Teori
Gestalt
Mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt)
menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud
berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang
bermaksud “bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun”. Beberapa orang
ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu,
teori pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.
Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai
struktur kognitif dan apabila seseorang belajar dia akan menyusun segala
maklumat dalam ingatannya. Mazhab kognitif berpendapat bahawa setiap manusia
mempunyai keupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta mengeluarkan
semula segala pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di antara
pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan kognitif,
proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan
penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah.
Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan dan
penguasaan konsep(penanggapan).
Selain menghadapi masalah disleksia, murid
ini juga mempunyai masalah kurang fokus perhatian terhadap sesuatu
pembelajaran. Murid ini akan cepat hilang fokus apabila terganggu dengan
situasi lain yang berlaku dalam bilik darjah tersebut. Dia akan berhenti
melakukan tugasan yang diberikan oleh guru, dan
mula memandang ke kiri dan kanannya.
Untuk mengatasi masalah ini, saya telah
mencari beberapa cara yang boleh mengatasinya iaitu dengan:
a)
Guru merancang P&P yang melibatkan
aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif.
b)
Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan
positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini
memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan
kawan-kawan
c)
Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau
berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak
dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru
bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi
yang lebih mudah.
Kesimpulan
Secara
kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran disleksia menghadapi kesukaran
dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor keturunan dan genetik, psikologi dan
faktor persekitaran. Pelajar bermasalah pembelajaran disleksia menghadapi
masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku.
Penaksiran
pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti
RPI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran.
Selain itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan.
Terdapat beberapa penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang
sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi memastikan pembelajaran
mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Disediakan
oleh ,
Disahkan oleh,
___________________
___________________