TAJUK
1 – PENGENALAN KEPADA PDK
Definifi, konsep dan falsafah PDK
DEFINISI PDK
- Pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif
Ibubapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan
memulihkan Kanak- kanak Kelainan Upaya, khususnya di peringkat tempatan
dalam konteks struktur perkhidmatan dan rancangan pembangunan yang sedia
ada.
KONSEP PDK
- Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal
untuk OKU di peringkat komuniti tempatan
- Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU
dalam keluarga dan kominiti
- Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi
Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan daripada keluarga dan komuniti
- Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan
dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka
- Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang
peka kepada keperluan OKU
OBJEKTIF PDK
- Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap
bertanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang
upaya.
- Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang
diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
- Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya
untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
- Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber
tempatan untuk pemulihan OKU
- Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
FALSAFAH PDK
- Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh;
ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, komuniti tempatan dan tenaga kerja
tempatan digunakan secara optimum
CIRI – CIRI PDK
- Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan.
- Ibu bapa atau ahli keluarga atau komuniti memainkan
peranan penting
- Menggunakan teknologi dan kos yang rendah
- Kaedah dijalankan secara di pusat dan seliaan di rumah
- Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada
FAEDAH PDK
- Membantu ibu bapa mengetahui lebih terperinci
mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa ini.
- Ibu bapa dapat berkongsi masalah yang dihadapi dengan
ibu bapa lain.
- Mendapat pendidikan yang sesuai dengan keadaan mereka
dan dapat meminimumkan kecacatan.
- Meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa anak mereka mempunyai kebolehan sekiranya mendapat bimbingan.
Sejarah penubuhan PDK di dalam dan
luar negara
SEJARAH PDK DALAM NEGARA
- · Salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR).
- · Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka.
- Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila.
- · Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profil orang kurang upaya yang terdapat di Mukim Batu Rakit.
- · Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9) buah kampung sejumlah 17,149 orang.
- · Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim berkenaan.
- · Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu.
- · Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu ketika itu.
- · PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55 kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini.
SEJARAH PDK DI LUAR NEGARA
· Pemulihan
dalam komuniti atau PDK lebih dikenali sebagai Community Base Rehabilitation
atau singkatannya CBR. CBR adalah strategi dalam pembangunan masyarakat umum
untuk pemulihan, kesamaan peluang dan inklusi sosial untuk semua kanak-kanak
dan orang dewasa yang kurang upaya.
· CBR
dilaksanakan melalui usaha bersama orang kurang upaya, keluarga dan masyarakat,
dan perkhidmatan kesihatan pendidikan, vokasional dan perkhidmatan sosial.
· CBR ini
diwujudkan selepas perang dunia kedua dimana ramai askar-askar yang terlibat
dalam peperangan tersebut yang mengalami kecacatan anggota badan ditempatkan
untuk menjalani pemulihan terhadap anggota fizikal mereka.
· Ianya
bertujuan untuk membantu mereka suapaya dapat menjalani kehidupan mereka
bersama masyarakat seperti biasa.
· Pada tahun
1951 sebuah Unit Pemulihan Bangsa Bersatu telah ditubuhkan dengan berpandukan
kepada dengan berpandukan kepada kemahiran dan menggunakan kemudahan yang sama
seperti CBR.
· Pada tahun
1960, CBR cuba disebarkan kepada negara-negara membangun untuk membantu mangsa
perang yang mengalami kecacatan. Namun ia tidak cukup untuk membantu
keseluruhan mangsa di negara tersebut kerana ia hanya diwujudkan di ibu negeri
sahaja di mana mangsa perang yang berada di kawasan kampung dan pedalaman tidak
dapat merasai perkhidmatan ini.
· Pada tahun
1969 dan 1970 beberapa pertemuan telah diadakan oleh International
Rehabilitation ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), Pertubuhan Buruh Antarabangsa
dan kumpulan berkaitan yang lain untuk membincangkan tentang cara untuk
memastikan CBR dapat disebarkan kesemua negara termasuk negara miskin.
· Pada lewat
1970s dan sepanjang 1980s dan 1990s projek-projek perintis banyak telah
dilancarkan di negara membangun di Afrika, Asia dan untuk satu takat lebih
berkurangan di Amerika Latin, di bawah naungan CBR, sebilangannya mengikuti
buku panduan yang dibangunkan oleh WHO, “Training in the community for people
with disabilities,” lainnya disokong oleh ILO, UNESCO atau UNICEF, dengan
selebihnya yang dimulakan oleh NGOs telah pun bekerja dengan orang kurang upaya
dalam projek-projek bantuan teknikal. Satu sejarah terperinci dan penjelasan
evolusi CBR, “Prejudice and Dignity: An Introduction to Community Based
Rehabilitation,” adalah ditulis oleh penulis utama manual WHO CBR iaitu Einar
Helander.
· Dua puluh
tahun selepas pengenalannya, satu perundingan global bagi semakan semula negeri
CBR telah dipanggil oleh WHO dalam kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan PBB,
NGOs, Organizations Disabled People, dihoskan oleh Kerajaan Finland. Diadakan
pada Mei 25-28, 2003 di Helsinki, ia telah dihadiri oleh kira-kira 100 dijemput
pengamal-pengamal CBR dan penyelidik-penyelidik dari seluruh dunia.
Kertas kerja
pertemuan itu menyatakan :
Oleh kerana semua masyarakat adalah berbeza dari
segi sosioekonomi, tanah, budaya dan sistem politik, maka tidak mungkin ada
satu model CBR untuk dunia; umpuan CBR telah berkembang dari pemulihan
perubatan ke arah sektor pelbagai yang lebih komprehensif pendekatan-pendekatan
seperti akses untuk penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan vokasional,
program penjanaan pendapatan dan penyertaan masyarakat dan inklusi dan; CBR
sekarang ialah dilihat sebagai satu komponen penting pembangunan masyarakat
Model PDK
Model PDK terbahagi kepada 3 iaitu :
- Home Based.
- Centre Based.
- Centre-Home Based.
HOME BASED
- Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak
dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah
pengangkutan.
- Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan
pemulihan dan bertugas selama 4jam sehari.
- Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan.
CENTER BASED
- Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama
4jam sehari.
- OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan.
CENTER-HOME BASED
- Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam
sehari.
- Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan
untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani
program pemulihan.