Showing posts with label PKB 3110. Show all posts
Showing posts with label PKB 3110. Show all posts

Wednesday, 25 April 2012

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (SIMULASI)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (SIMULASI)

DEFINISI SIMULASI
*      ‘ Satu aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam satu keadaan yang ditiru atau diserupakan dengan keadaan sebenar.’ (Othman, 1993).
*      Simulasi melibatkan pelajar memainkan peranan seolah-olah berada dalam A
*      Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar. 
*      Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

FASA DALAM SIMULASI
v  Terdapat empat fasa dalam simulasi, iaitu
ü  orientasi,
ü  latihan peserta,
ü  proses simulasi dan
ü  perbincangan
                                                         (Joyce et al.,2002)

1.    Fasa orientasi
-          Guru akan mengemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi.

2.    Fasa latihan peserta
-          Guru akan menerangkan peranan, peraturan, prosedur, cara mendapat skor, jenis keputusan yang perlu dibuat dan matlamat simulasi.

3.    Fasa proses simulasi
-          Pelajar terlibat dalam simulasi, dan guru sebagai pengadil dan jurulatih.dalam keadaan tertentu permainan boleh ditentukan untuk pelajar mendapatkan maklum balas daripada guru.

4.    Fasa perbincangan
-          Merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil perbincangan, proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar.

CONTOH AKTIVITI SAINS
 
 "Simulasi Keperluan Asas Tumbuhan"


Apa yang diperlukan ?
Ø  Pelajar sukarelawan /yang dipilih oleh guru/melibatkan semua murid.
Ø  Prop khas (topeng bunga, daun kad manila, bekas penyiram air, matahari, plastik alas meja).

Apa yang perlu dibuat ?
1.    Sebelum kelas bermula, tawarkan kepada pelajar tentang peluang untuk melibatkan diri di dalam simulasi ini.
2.    Bahagikan pelajar kepada dua kumpulan, kumpulan pertama ialah "pokok yang dijaga". Kumpulan kedua pula mewakili "pokok yang terbiar".
3.    Bekalkan mereka dengan prop yang sesuai supaya meka dapat digambarkan sebagai tumbuhan. Contohnya, gunakan topeng bentuk bunga dan daun yang dibentuk dengan kad manila.
4.    Seorang pelajar akan memegang bekas siraman air yang kosong. Apabila guru memanggil pelajar itu untuk menyiram pokok, dia akan berlakon untuk "menyiram" pelajar kumpulan yang pertama.
5.    Minta kumpulan pertama untuk menunjukkan aksi segar dan ceria dan kumpulan kedua untuk menunjukkan aksi layu dan tidak bermaya.
6.    Seorang pelajar pula akan menjadi "matahari". Apabila guru memanggil pelajar untuk "menyinarkan cahaya matahari", dia akan berdiri berdekatan dengan kumpulan pertama tetapi berjauhan dengan kumpulan kedua. 
7.    Minta kumpulan pertama untuk menunjukkan aksi segar dan ceria dan kumpulan kedua untuk menunjukkan aksi layu dan tidak bermaya.
8.    Minta pula dua orang pelajar untuk menyelubung kumpulan kedua dengan plastik alas meja untuk menandakan bahawa kononnya tumbuhan itu disekat dari bekalan udara.
9.    Kumpulan kedua akan menunjukkan aksi layu dan tidak bermaya. Minta kumpulan pertama untuk menunjukkan aksi segar dan ceria.
10. Bincang bersama penonton (pelajar lain) tentang pemerhatian mereka.

TUJUAN
*      Murid lebih mudah memahami sesuatu konsep atau prinsip.
*      Meningkatkan keaktifan murid semasa proses pembelajaran.
*      Mengembangkan daya kreativiti murid.
*      Melatih murid untuk bekerjasama dalam situasi kelompok.

           KELEBIHAN
*      Simulasi dapat mengembangkan kreativiti murid kerana diberi kesempatan untuk memainkan peranan sesuai dengan topik yang disimulasikan.
*      Simulasi dapat memupuk keberanian dan yakin diri murid.

KELEMAHAN
*      Sekiranya pengelolaan dijalankan kurang baik, simulasi hanya dijadikan sebagai alat hiburan,  sehingga objektif pembelajaran tidak tercapai.
*      Faktor psikologi seperti rasa malu dan takut sering mempengaruhi murid dalam melakukan simulasi.

RUJUKAN

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (INKUIRI)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (INKUIRI)

INKUIRI

Pendekatan Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan
membuat rumusan.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, murid atau pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid atau pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.
Sains sebagai inkuiri mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen.  Guru sains perlu melibatkan murid dalam inkuiri dengan memberi peluang kepada mereka untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari.
Oleh itu inkuiri merupakan salah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi cabaran kepada mereka untuk menyelidik dan meneliti secara lebih mendalam.
Matlamat pendekatan ini adalah untuk membantu murid mengembangkan kemahiran dan intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu.  Terdapat lima fasa seperti rajah berikut:

Rajah 1: Fasa Model Inkuiri


Fasa Satu :
Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang digunakan.

Fasa Dua :
Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data. Pegumpulan data dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru hendaklah cuba membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang didapati.

Fasa Tiga :
Dalam Fasa Tiga, murid-murid perlu mengasingkan pembolehubah yang releven iaitu untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan akibat masalah berlaku.

Fasa Empat :
Dalam Fasa Empat , guru meminta pelajar menyusun semua data-data yang telah mereka perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian mereka.

Fasa Lima 
Dalam fasa yang terakhir ini, pelajar diminta untuk menganalisis corak inkuiriyang telah mereka hasilkan . Pada fasa ini pelajar boleh memberikan pelaporan mengenai kajian yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan, gambarajah atau sebagainya.

Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta merangsangkan murid-murid kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.



Prinsip-Prinsip Model Inkuiri
Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum melaksanakan model inkuiri di dalam pengajaran . Ini sangat penting untuk memastikan kaedah yang digunakan. Ini benar-benar mampu menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu memilih topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran. Ini penting agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap kemampuan mereka . Objektif pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang perlu dicapai oleh murid.

Prinsip kedua ialah penyediaan alatan. Guru perlu menyediakan alatan yang sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak sesuai serta tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses pembelajaran murid. Oleh yang demikian para guru perlu memastikan alatan sentiasa dalam keadaan baik, berfungsi, sesuai dan mencukupi.

Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang dengan murid mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat memberikan pengetahuan awal kapada murid apa yang perlu mereka lakukan. Guru perlu juga memastikan murid-murid memahami langkah-langkah untuk menjalankan kajian.

Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan atau memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini, guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulanyang mereka berikan.
Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh murid sendiri. Kegagalan guru memastikan kajian dibuat oleh pelajar akan memberikan impak yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga perlu mengawal pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari kaedah kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid serta membuat peneguran kepada murid. Ini penting supaya murid tidak terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.
Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan, guru perlu mengadakan perbincangan dengan murid. Dalam perbincangan ini, guru boleh mendengar keputusan dan kajian murid di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan pengalaman. Setiap pandangan daripada murid hendaklah diterima dan diberi perhatian . Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan.

Kebaikan

Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh
murid-muird. Di antaranya ialah :-

1.         Model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar. Pelajar melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya
2.         Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau generalisasi yang dibuat.
3.         Menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktiviti pembelajaran yang dilakukan.
4.         Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran secara bebas.
5.         Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi leh murid-murid akan kekal lama.
6.         Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.

Kelemahan

1.         Model ini hanya sesuai kepada pelajar tahap dua di sekolah rendah.
2.         Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.
3.         Pelajar yang kurang pengalaman akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (HANDS ON)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (HANDS ON)

DEFINISI
*      Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran secara hands on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya.
*      Pembelajaran secara ini dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal.
*      Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's Elementary School, Sandusky, pula mendefinisikan Pembelajaran secara hands on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat berfikir secara kritikal dan berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan
*      Pembelajaran secara hands on dapat membantu pelajar untuk menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai.
*      Karen Worth, Education Development Center Inc., Newton, MA mendefinisikan pembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi alatan.
*      Ianya melibatkan penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu daripada pengalaman-pengalaman tersebut.
*      Menurut Julie Gantcher, Bronx Zoo Education Department, producers of Pablo Python Looks at Animals, Bronx, NY , Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas.
*      Ianya turut meningkatkan perasaan ingin tahu, serta dapat memperkembangkan kreativiti pelajar melalui aktiviti yang dijalankan secara amali.
*      Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru.
*      Ia juga membawa maksud pelajar mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan dalam proses pembelajaran.
*      Murid akan lebih memahami sekiranya mereka sendiri menemui masalah dan mencari penyelesaian berbanding hanya membaca dari buku sahaja.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI HANDS ON
*      Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on.
*      Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah difahami tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya agak sukar untuk memahami sesuatu arahan.
*      Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran pelajar untuk memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan.
*      Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah memilih aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain.
*      Guru juga perlu peka dengan minat murid-murid kelainan upaya ini.
*      Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
*      Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami apa yang perlu dilakukan.
*      Aktiviti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan konsep medan magnet.
*      Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa.

CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI HANDS ON
Ø  Contohnya, dalam topik kumpulan makanan, murid dikehendaki mengenalpasti kumpulan makanan.
Ø  Jika diterangkan di dalam kelas dan memberikan contoh, besar kemungkinan murid tidak dapat memahami sepenuhnya dan sukar untuk mereka ingat kumpulan makanan tersebut.
Ø  Jadi, guru akan membawa pelajar berjalan-jalan di kantin sekolah dan setiap murid dikehendaki mengenal pasti kumpulan-kumpulan makana yang telah disediakan di kantin sekolah.
Ø  Peringkat ini, murid akan membuat prediction dan observation ( kedua-dua ini adalah dikenali sebagai kemahiran proses sains , (KPS).
Ø  Setelah mereka mengenalpasti kumpulan makanan tersebut, tugas guru adalah memantau tingkah laku mereka semasa membuat  pemerhatian pengenalpastian kumpulan makanan.
Ø  Guru hendaklah memastikan pelajar berada di kantin sekolah bukannya merayau di kawasan lain.( aspek keselamatan adalah priority nombor 1 seorang guru sains ).
Ø  Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan cara ‘hands-on experiences’ iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru.
Ø  Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar.
Ø  Untuk menjadikan pengajaran sains lebih bermakna, Rochel Gelman mencadangkan supaya memilih 1 atau 2 konsep yang berhubung kait.
Ø  Contohnya konsep “didalam" dan "diluar” atau konsep “ perubahan biologi" dan "kitaran hidup”.
Ø  Adalah amat penting untuk anda sebagai guru untuk kekal mengajar konsep yang sama selama sebulan atau lebih (Gelman dan Brenneman 2004).
Ø  Mengajar sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan ruang lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar boleh dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains yang pelbagai.
Ø  Sebagai contoh, jika anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan kitaran hidup, anda boleh mengembangkan lagi topik ini . Contohnya :
a)    Biji benih dan tumbuh-tumbuhan (contoh:mengira biji benih dalam buah epal;)
b)    menanam biji benih; membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar.
c)    Belajar mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama dan sebagainya.
d)    Mengukur pertumbuhan/perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan.
e)    Belajar tentang kesihatan dan penyakit.


KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON
v  Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya.
v  Antaranya ialah dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
v  Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan melibatkan diri dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar.
v  Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama.
v  Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah.
v  Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
v  Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian.
v  Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.
v  Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan strategi aktiviti hands on.
v  Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid
v  Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data.

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (“EXPLORATION”)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (“EXPLORATION”)

DEFINISI
*      Disebut juga penjelajahan atau pencarian
*      Mencari atau melakukan perjalanan dengan tujuan menemukan sesuatu ataupun mendapatkan informasi
*      Proses belajar dari tidak tahu menjadi tahu
*      Konsep ini mengingatkan pada pernyataan Lao Tsu, seorang filosof China yang menyatakan
            “I hear and I forget. I see and I remember. I do and I understand.”

TUJUAN
*      Membantu pemahaman murid tentang konsep sains dan perkaitannya dengan kehidupan seharian
*      Membantu menimbulkan minat kepada murid untuk mengenal dan mempelajari benda-benda serta kejadian yang berlaku di persekitarannya
*      Membantu murid agar mampu menerapkan pelbagai konsep sains untuk menjelaskan gejala alam dan menyelesaikan masalah yang berlaku
*      Membantu murid untuk mengenal dan memupuk rasa cinta akan alam sekitar dan menyedari keagungan Tuhan yang Maha Esa
*      Meningkatkan pembelajaran murid melalui penemuan kendiri
*      Meningkatkan rasa ingin tahu murid, keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan eksplorasi

KEPENTINGAN
v  Pembelajaran lebih bermakna kepada murid sebab murid dapat mengeksplorasi sendiri
v  Pemahaman murid dapat ditingkatkan dan murid lebih mengingati pembelajaran yang dipelajari
v  Guru lebih memahami dunia murid
v  Dapat memotivasikan murid untuk terus belajar dan meneroka
v  Menarik minat murid untuk meneruskn pembelajaran

CIRI-CIRI
Ø  Melibatkan murid mencari informasi sendiri
Ø  Menggunakan pelbagai pendekatan, media dan sumber belajar
Ø  Interaksi berlaku antara guru dan murid
Ø  Melibatkan murid secara aktif
Ø  Murid diberikan peluang untuk melakukan percubaan di makmal, lapangan
                   

PERANAN GURU
ü  Menyediakan alatan
ü  Memberi masa yang cukup untuk murid melakukan aktiviti
ü  Bertanya kembali tentang kegunaan alat selepas selesai aktiviti
ü  Menggalakkan murid melakukan sendiri menggunakan alatan supaya murid lebih faham kegunaannya

PERANAN MURID
  • Membentuk kelompok kecil dan bertukar pendapat untuk mendapatkan informasi
  • Mengamati objek yang terdapat di makmal
  • Mengumpul dan mengolah data
  • Mengembangkan hasil yang diperolehi
  • Mencari pengertian tentang sesuatu
  • Mencari rumus sendiri

CONTOH AKTIVITI
Ø  Keapungan
Ø  Eksperimen di dalam makmal
Ø  ‘animal tracking’
Ø  ‘creature clinic’
Ø  ‘prehistoric zookeeper’