Wednesday, 25 April 2012

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (HANDS ON)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (HANDS ON)

DEFINISI
*      Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran secara hands on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya.
*      Pembelajaran secara ini dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal.
*      Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's Elementary School, Sandusky, pula mendefinisikan Pembelajaran secara hands on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat berfikir secara kritikal dan berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan
*      Pembelajaran secara hands on dapat membantu pelajar untuk menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai.
*      Karen Worth, Education Development Center Inc., Newton, MA mendefinisikan pembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi alatan.
*      Ianya melibatkan penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu daripada pengalaman-pengalaman tersebut.
*      Menurut Julie Gantcher, Bronx Zoo Education Department, producers of Pablo Python Looks at Animals, Bronx, NY , Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas.
*      Ianya turut meningkatkan perasaan ingin tahu, serta dapat memperkembangkan kreativiti pelajar melalui aktiviti yang dijalankan secara amali.
*      Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru.
*      Ia juga membawa maksud pelajar mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan dalam proses pembelajaran.
*      Murid akan lebih memahami sekiranya mereka sendiri menemui masalah dan mencari penyelesaian berbanding hanya membaca dari buku sahaja.

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI HANDS ON
*      Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on.
*      Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah difahami tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya agak sukar untuk memahami sesuatu arahan.
*      Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran pelajar untuk memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan.
*      Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah memilih aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain.
*      Guru juga perlu peka dengan minat murid-murid kelainan upaya ini.
*      Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
*      Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami apa yang perlu dilakukan.
*      Aktiviti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan konsep medan magnet.
*      Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa.

CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI HANDS ON
Ø  Contohnya, dalam topik kumpulan makanan, murid dikehendaki mengenalpasti kumpulan makanan.
Ø  Jika diterangkan di dalam kelas dan memberikan contoh, besar kemungkinan murid tidak dapat memahami sepenuhnya dan sukar untuk mereka ingat kumpulan makanan tersebut.
Ø  Jadi, guru akan membawa pelajar berjalan-jalan di kantin sekolah dan setiap murid dikehendaki mengenal pasti kumpulan-kumpulan makana yang telah disediakan di kantin sekolah.
Ø  Peringkat ini, murid akan membuat prediction dan observation ( kedua-dua ini adalah dikenali sebagai kemahiran proses sains , (KPS).
Ø  Setelah mereka mengenalpasti kumpulan makanan tersebut, tugas guru adalah memantau tingkah laku mereka semasa membuat  pemerhatian pengenalpastian kumpulan makanan.
Ø  Guru hendaklah memastikan pelajar berada di kantin sekolah bukannya merayau di kawasan lain.( aspek keselamatan adalah priority nombor 1 seorang guru sains ).
Ø  Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan cara ‘hands-on experiences’ iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru.
Ø  Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar.
Ø  Untuk menjadikan pengajaran sains lebih bermakna, Rochel Gelman mencadangkan supaya memilih 1 atau 2 konsep yang berhubung kait.
Ø  Contohnya konsep “didalam" dan "diluar” atau konsep “ perubahan biologi" dan "kitaran hidup”.
Ø  Adalah amat penting untuk anda sebagai guru untuk kekal mengajar konsep yang sama selama sebulan atau lebih (Gelman dan Brenneman 2004).
Ø  Mengajar sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan ruang lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar boleh dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains yang pelbagai.
Ø  Sebagai contoh, jika anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan kitaran hidup, anda boleh mengembangkan lagi topik ini . Contohnya :
a)    Biji benih dan tumbuh-tumbuhan (contoh:mengira biji benih dalam buah epal;)
b)    menanam biji benih; membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar.
c)    Belajar mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama dan sebagainya.
d)    Mengukur pertumbuhan/perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan.
e)    Belajar tentang kesihatan dan penyakit.


KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON
v  Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya.
v  Antaranya ialah dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
v  Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan melibatkan diri dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar.
v  Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama.
v  Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah.
v  Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
v  Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian.
v  Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.
v  Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan strategi aktiviti hands on.
v  Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid
v  Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data.

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (“EXPLORATION”)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (“EXPLORATION”)

DEFINISI
*      Disebut juga penjelajahan atau pencarian
*      Mencari atau melakukan perjalanan dengan tujuan menemukan sesuatu ataupun mendapatkan informasi
*      Proses belajar dari tidak tahu menjadi tahu
*      Konsep ini mengingatkan pada pernyataan Lao Tsu, seorang filosof China yang menyatakan
            “I hear and I forget. I see and I remember. I do and I understand.”

TUJUAN
*      Membantu pemahaman murid tentang konsep sains dan perkaitannya dengan kehidupan seharian
*      Membantu menimbulkan minat kepada murid untuk mengenal dan mempelajari benda-benda serta kejadian yang berlaku di persekitarannya
*      Membantu murid agar mampu menerapkan pelbagai konsep sains untuk menjelaskan gejala alam dan menyelesaikan masalah yang berlaku
*      Membantu murid untuk mengenal dan memupuk rasa cinta akan alam sekitar dan menyedari keagungan Tuhan yang Maha Esa
*      Meningkatkan pembelajaran murid melalui penemuan kendiri
*      Meningkatkan rasa ingin tahu murid, keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan eksplorasi

KEPENTINGAN
v  Pembelajaran lebih bermakna kepada murid sebab murid dapat mengeksplorasi sendiri
v  Pemahaman murid dapat ditingkatkan dan murid lebih mengingati pembelajaran yang dipelajari
v  Guru lebih memahami dunia murid
v  Dapat memotivasikan murid untuk terus belajar dan meneroka
v  Menarik minat murid untuk meneruskn pembelajaran

CIRI-CIRI
Ø  Melibatkan murid mencari informasi sendiri
Ø  Menggunakan pelbagai pendekatan, media dan sumber belajar
Ø  Interaksi berlaku antara guru dan murid
Ø  Melibatkan murid secara aktif
Ø  Murid diberikan peluang untuk melakukan percubaan di makmal, lapangan
                   

PERANAN GURU
ü  Menyediakan alatan
ü  Memberi masa yang cukup untuk murid melakukan aktiviti
ü  Bertanya kembali tentang kegunaan alat selepas selesai aktiviti
ü  Menggalakkan murid melakukan sendiri menggunakan alatan supaya murid lebih faham kegunaannya

PERANAN MURID
  • Membentuk kelompok kecil dan bertukar pendapat untuk mendapatkan informasi
  • Mengamati objek yang terdapat di makmal
  • Mengumpul dan mengolah data
  • Mengembangkan hasil yang diperolehi
  • Mencari pengertian tentang sesuatu
  • Mencari rumus sendiri

CONTOH AKTIVITI
Ø  Keapungan
Ø  Eksperimen di dalam makmal
Ø  ‘animal tracking’
Ø  ‘creature clinic’
Ø  ‘prehistoric zookeeper’

   

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (PROJEK SAINS)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (PROJEK SAINS)

DEFINISI  PROJEK
v  Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)
v  Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.
v  Kerja projek menggalakkan pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pengurusan masa, dan pembelajaran bebas.
v  Dilakukan oleh seorang sahaja atau kumpulan kecil(2/3 orang) dengan bimbingan minimum guru.
v  Tugasan yang menuju ke suatu tujuan tertentu
v  Dijalankan mengikut keperluan tajuk yang diajar
v  Diadakan mengikut minat murid
v  Penyiasatan yang teratur

PROJEK SAINS
Ø  Projek sains adalah satu pembelajaran berdikari yang memberi penemuan baharu mengenai benda, peristiwa, proses atau fenomena.
Ø  Untuk membuat projek sains, pelajar akan melakukan percubaan, mengambil nota, membuat perbandingan, membuat penyelidikan dan membuat kesimpulan mengenai apa yang mereka pelajari.
Ø  Apabila projek yang dilaksanakan selesai, laporan dibuat dan dikongsi bersama rakan-rakan lain.
TUJUAN  PROJEK SAINS
ü  Menyediakan penyelesaian masalah.
ü  Dapat memberi jawapan kepada perasaan ingin tahu murid.
ü  Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kreativiti dalam melaksanakan aktiviti.
ü  Menggalakkan semangat kumpulan dan kolaborasi sesama ahli.
ü  Meningkatkan komunikasi murid secara lisan atau tulisan.
ü  Membantu murid mengembangkan kemahiran proses sains dan              kemahiran berfikir.

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA MELAKUKAN PROJEK SAINS
  1. UMUR MURID
*      Sebelum menjalankan projek Sains, guru perlulah menpertimbangkan umur murid-muridnya.
*      Sebagai contoh, umur murid yang sesuai melakukan projek Sains adalah ketika mereka darjah 4 hingga darjah 6.

  1. TAHAP KEBOLEHAN MURID
*      Guru juga haruslah mengambil kira tahap kemampuan atau kebolehan murid - muridnya sebelum menjalankan aktiviti projek Sains.
*      Guru harus tahu adakah muridnya mampu melakukan aktiviti secara berdikari atau mereka masih perlukan bimbingan guru.

  1. KERJA SECARA INDIVIDU ATAU BERKUMPULAN
*      Sesuatu projek Sains itu boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau berkumpulan. (bergantung pada jenis soalan tugasan projek Sains)

  1. SAIZ KUMPULAN
*      Jika projek Sains itu dijalankan secara kumpulan, guru perlu tahu berapakah bilangan ahli kumpulan yang ideal.
*      Jika projek Sains itu difikirkan sukar untuk dilaksanakan, guru boleh menetapkan bilangan ahli kumpulan yang ramai.
*      Tetapi, jika tugasan projek Sains itu mudah dilaksanakan, guru boleh memaksimumkan bilangan ahli kumpulan.
*      Ini amat penting untuk mengelakkan dari berlakunya “ahli yang menumpang” iaitu ahli kumpulan yang tidak melakukan apa-apa tugasan.

  1. KEMUDAHAN
*      Guru harus memastikan kemudahan bahan rujukan mencukupi untuk memudahkan tugasan projek Sains ini kepada murid-muridnya.
*      Guru juga perlu memastikan keperluan yang dikehendaki mencukupi seperti alatan eksperimen, buku rujukan, kewangan, komputer dan bahan-bahan lain untuk memastikan tugasan projek Sains dapat dijalankan dengan lancar.

  1. TEMPOH MASA
*      Guru harus menetapkan tempoh masa sesuatu projek Sains itu supaya murid boleh menyiapkannya pada masa yang telah ditetapkan.

  1. BENTUK LAPORAN
*      Akhir sekali, guru juga boleh memilih sama ada ingin meminta murid mempersembahkan hasil projek Sains mereka secara lisan atau bertulis.


PROSES PROJEK SAINS
*      BELAJAR KEMAHIRAN TERTENTU
-      Sebelum memulakan projek sains, guru perlu mengajar mereka beberapa kemahiran tertentu termasuklah:-
a)    Kemahiran memfokus
b)    Kemahiran mengumpul maklumat
c)    Kemahiran analisis
d)    Kemahiran menilai

*      MEMILIH TAJUK
-       Guru perlu membimbing murid menjana sebanyak mungkin idea untuk memilih tajuk.
-       Tajuk yang dipilih perlulah :-
a)     Idea yang menarik perhatian ahli kumpulan
b)     Boleh disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.
a)     Dapat  mencabar minda tetapi tidak terlalu susah.     

*      MEMBUAT KAJIAN MELUAS
-       Murid perlu membuat kajian meluas terhadap idea yang dipilih.
-       Membuat kajian dan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber (buku, jurnal, ensiklopedia dan internet)
-       Membuat nota dan mengumpul gambar dan gambarajah.

*      MERANCANG DAN MENJALANKAN PROJEK
-       Tentukan objektif pembelajaran
-       Rancang dan menyusun projek, menentukan data yang dikumpul dan alatan yang ingin digunakan
-       Menjalankan projek
-       Mengumpul data yang relevan untuk mencapai objektif projek

*      ANALISIS DAN MEMBINCANGKAN KEPUTUSAN
-       Setelah projek selesai dan data telah dikumpul, murid perlu:-
a)    Menjadualkan keputusan
b)    Interpretasi hasil keputusan untuk menjawab soalan
c)    Menyemak secara rawak / kesalahan sistematik
d)    Menyemak balik hasil yang mungkin tidak sah
e)    Membuat kesimpulan dan cadangan lain.

*      MENULIS LAPORAN PROJEK
-       Laporan rojek perlu mempunyai item-item berikut:-
a)    Tajuk
b)    Objektif projek
c)    Sumber
d)    Penerangan tentang kaedah yang digunakan
e)    Hasil keputusan  projek
f)     Perbincangan hasil keputusan
g)    Kesimpulan dan cadangan
h)   Rujukan dan bibliografi
i)     Lampiran
j)       Penghargaan

*      PEMBENTANGAN LISAN DAN PAMERAN
-       Jika pembentangan lisan diperlukan, guru boleh menetapkan masa dan tempat untuk murid membuat pembentangan.
-       Setiap kumpulan diberi beberapa minit untuk mempersembahkan projek mereka menggunakan pendekatan meltimedia.

TUGAS GURU
v  Menyediakan pilihan projek yang realistik
v  Mencadangkan bentuk persembahan
v  Memberi garis panduan
v  Memantau kemajuan pelaksanaan dari semasa ke semasa

CONTOH PROJEK
  • Projek Reka Bentuk Model Struktur Yang Kuat & Stabil
- menghasilkan satu model struktur yang kuat dan stabil dengan menggunakan penyedut minuman dan pita selofan.