TUGASAN BMM 3103
KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN
PENILAIAN
1. Berikan maksud pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi
pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang
diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi
dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam
pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu
isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan
memberi skor ujian.
2. Berikan maksud pengujian
Pengujian adalah satu proses yang menggunakan
satu tugasan (task) atau satu
siri tugasan untuk memperoleh pemerhatian sistematik yang diandaikan mewakili
ciri-ciri atau atribut pendidikan atau psikologi.
( Sax, 1997)
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu proseduryang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
membuat huraian dengan ban-tuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contohnya, skala bernombor
seperti 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi
sesuatu mata pelajaran. Semen-tara contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti atau
rabun warna bagi ujian penglihatan.
3. Berikan maksud penilaian
Penilaian merupakan suatu
istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara.
Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat
pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai,
mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Stufflebeam et al.(1971:xxv) menyatakan
bahawa:
penilaian sebagai the
process of delineating, obtaining, and providing
useful information for judging decision alternatives.
Definisi
ini menjangkau sehingga melepasi maksud pengujian dan
pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa
penilaian ialah satu proses yang dianggap
bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang ditetapkan itu
telah tercapai. Hal ini seterusnya bertujuan untuk
membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan
yang tepat berhubung dengan pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini berbeza daripada pengukuran
yang melibatkan pemberian nombor-nombor tertentu yang
lebih bersifat kuantitatif.
SENARAI ARAS TAKSONOMI BLOOM DAN
DOMAIN
4. Senaraikan aras taksonomi Bloom
dan contoh kata tanya.
Aras
Taksonomi Bloom
a. Pengetahuan
b. Kefahaman
c. Penggunaan
d. Analisis
e. Sintesis
f. Penilaian
Contoh
kata tanya
a. Pengetahuan
“___________
umur ibu kamu?” Tanya Husain kepada Ramy.
A Apakah C Berapakah
B bagaimanakah D Siapakah
b. Kefahaman
_____________ harikah
ayah kamu ke Melaka?
A Di mana C
Apa
B Berapa D Siapa
c. Aplikasi
Bagaimanakah
bentuk sebenar bumi kita?
A Bulat C Segi
empat
B Segitiga D Bujur
d. Analisis
Adakah
Rina _______________ meja dan membasuh pinggan selepas makan?
A menggilap C
mengelap
B menggosok D Menyapu
e. Sintesis
Adakah
Yoke Kwan telah berada _________ stesen bas itu sejak _____________ pukul 8.00
pagi lagi?
A
di….ke C ke…pada
B di….dari D pada…dari
f. Penilaian
Antara
berikut, kata tanya manakah yang betul?
A Bagaimanakah
suasana di Pesta Belon Panas itu?
B Berapakah
Pesta Belon Panas itu berlangsung?
C Dimanakah yang
menganjurkan Pesta Belon Panas itu?
D Siapakah suasana di Pesta
Belon Panas itu sesak?
5. Dalam objektif pembelajaran,
ada 3 domain mengikut aras. Apakah domain-domain itu?
Domain
Kognitif
ü Domain kognitif membincangkan pengingatan semula
atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
ü
Objektif
kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang
telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan
bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
ü Domain yang membincangkan pengetahuan seperti
mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
ü
Merupakan
domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa
kini.
Domain
Afektif
ü Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah
penerimaan atau penolakan.
ü Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap
fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan
suara hati yang konsisten tetapi kompleks.
ü
Dinyatakan
di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set
emosi atau bias (bayangan perasaan).
Domain
Psikomotor
ü
Menekankan
kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang
dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf.
ü Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan
dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
6. Huraikan peringkat domain Krathwoohl
secara mendalam.
Domain Taksonomi Krathwoohl diasaskan oleh
David R. Krathwohl. Domain ini merupakan bidang berhubung dengan perasaan,
emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan
satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. Taksonomi Krathwohl terdiri daripada 5 aras
iaitu penerimaan, gerak balas, menilai, organisasi dan perwatakan. Antara aras
Taksonomi Krathwohl adalah seperti berikut :
1. Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi
perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap
ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,
mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
2. Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai
digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara
nilai-nilainya.
3. Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas
konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.
4. Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai
digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara
nilai-nilainya.
5. Perwatakan
Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem
nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang
itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya
dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau
sogokan dan sistem nilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
7. Apakah tujuan Jadual
Spesifikasi Ujian .
ü Menghasilkan
soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu
aras)
ü Soalan
yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.
8. Senaraikan 5 kepentingan Jadual
Spesifikasi Ujian.
ü Dapat
mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara
terancang dan rapi.
ü Dalam
JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk
atau objektif pelajaran.
ü Membolehkan
ujian yang sama dibina oleh orang lain.
ü Dapat
menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun
ü Perbandingan
dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.
9. SENARAIKAN LANGKAH PEMBINAAN JADUAL
SPESIFIKASI UJIAN.
Langkah – Langkah Membina
Jadual Spesifikasi Ujian
Langkah 1
Ø Senaraikan
tajuk – tajuk yang hendak diuji.
Bil
|
Tajuk-Tajuk
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Jam
|
1.1
|
Sejarah
perkembangan Bahasa Melayu
|
5
|
|
|
|
1.2
|
Linguistik
BM
|
15
|
|
|
|
|
Definisi , sejarah, Linguistik
Diskriptif
|
|
1.3
|
Fonologi
|
20
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah
|
40
|
Langkah 2
Ø Tentukan
soalan yang akan dibina itu.
a) Soalan
objektif ( 30 soalan )
b) I
markah bagi 1 item
c) Jumlah
soalan bagi setiap topik dikira :
= Jumlah masa x
Jumlah soalan
Jum. Masa Keseluruhan
Langkah 3
Ø Tentukan
model aras kesukaran item. Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif
pendidikan Bloom.
Domain kognitif
Langkah 4
Ø Tentukan
jenis ujian yang ingin guru uji. Jenis-jenis ujian ialah ujian objektif, ujian
struktur, ujian esei dan lain-lain.
Ø Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih
dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif
atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
Ø Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”,
maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk
“melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”.
Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut
kemudian.
Contoh
pengiraan bilangan soalan mengikut topik
Bil
|
Bidang/topik
|
Masa
belajar
|
Anggaran
jumlah
|
Jumlah
item
|
1.1
|
Sejarah
perkembangan bahasa melayu
|
5
|
5
____ X
32
40
|
4
|
|
·
Asal usul BM, BM sebelum dan
selepas merdeka.
|
|||
1.2
|
Linguistik
BM
|
15
|
15
____ X
32
40
|
12
|
|
·
Pengenalan linguistik
|
|||
|
·
Definisi, Sejarah, Linguistik
Diskriptif
|
|||
1.3
|
Fonologi
|
20
|
20
____ X
32
40
|
16
|
|
·
Definisi, alat artikulasi, cara
penghasilan
|
|||
|
·
Fonem segmental
|
|||
|
·
Fonem suprasegmental
|
|||
|
Jumlah
|
40
|
|
32
|
Langkah 5
Ø Tentukan
bilangan soalan bagi setiap komponen yang hendak diuji. Contohnya jumlah untuk
soalan objektif, subjektif dan esei.
Ø Tentukan
aras kesukaran bagi setiap soalan. Susun soalan mengikut aras mudah ke sukar.
Ø Tentukan
pemarkahan/skema jawapan bagi soalan.
Langkah 6
Ø Membuat
muka hadapan soalan – menyatakan mata pelajaran, nama murid, tingkatan.
Ø Susun
nombor soalan mengikut tajuk-tajuk pembelajaran.
JENIS UJIAN
10. Nyatakan jenis-jenis ujian.
a) Soalan Objektif
Definisi
Soalan objektif
merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Soalan
objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item
objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan,
kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan
pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila
sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang
sama.
“Soalan objektif
dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif
iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak
balas yang serupa”
(Gronland,1977).
Antara contoh soalan
berbentuk objektif:
·
Item jenis pendek
·
Item jenis padanan
·
Item jenis aneka pilihan
·
Item kloz
Soalan berbentuk objektif
terbahagi kepada dua jenis:
1.
Item respon bebas
Item jenis
respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan
sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan
yang berbentuk melengkapkan penyataan.
Contoh;
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin ?
________
b) Kita mesti ______bermain sekarang
sebab hujan.
2.
Item respon tetap (item
objektif pilihan)
Item
respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau
paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Jenis
soalan respon tetap;
i. Format salah betul
Soalan jenis ini
mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B)
atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B)
atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
a) Hitam
– Putih ( )
ii. Padanan
Soalan jenis ini
memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang
berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu
terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan
juga tidak perlu terlalu panjang.
iii. Aneka
pilihan
Aneka pilihan tergolong
dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis
item aneka pilihan;
- Berbentuk
soalan
- Pokok soalan
berbentuk ayat tidak lengkap
- Jenis jawapan
terbaik
- Analogi
- Antonim
- Jenis negatif
- Mengisi tempat
kosong
- Item jenis
campuran
- Teknik kloz
Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:
a. Stimulus (rangsangan) merupakan
bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan,
mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.
b. Stam merupakan bahagian soalan
yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau
soalan.
c. Jawapan pilihan merupakan
bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol,
frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.
Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina
soalan jenis aneka pilihan:
a) Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
b) Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
c) Jawapan yang disediakan haruslah logik.
e) Elakkan menggunakan perkataan semua
di atas betul atau semua di atas salah.
f) Aras kesukaran haruslah setara.
g) Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau
nombor.
h) Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat
pendek ke ayat paling panjang.
Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif
Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di
antaranya ialah:
a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas
calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.
b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan.
Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi
diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan
mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal.
Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang
tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang
luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan
item yang baik.
Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat
juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:
a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar
memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara
sepadu.
b) Ada kecenderungan menggalakkkan
pelajar-pelajar meneka.
c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa
menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa
yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.
e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.
b) Soalan Subjektif
Definisi
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan
yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji
pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon
melalui respon secara tulisan.
Terdapat dua jenis soalan subjektif:
1. Item jenis struktur
2. Item jenis esei
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau
dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan
dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan
isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasanya berbentuk pendek dan
tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
Contoh:
1. Nyatakan
dua jenis pantun.
i)________________________________________________
ii)
_______________________________________________
(2 markah)
2. Berikan
jenis ayat di bawah ini.
i)
Ceramahnya menarik di hati
penonton.__________________
ii)
Usah dikenang peristiwa lalu.
________________________
iii)
Jadi, dia mesti bertanggungjawab bukan?
_______________
(3 markah)
Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang
digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan
aras kemahiran pelajar.
Terdapat dua jenis item esei
- Item tindak balas terhad
Item tindak balas terhad
membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada
skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi
yang terbatas.
Contoh :
a. Bagaimanakah bahan
sosiobudaya dapat membantu mewujudkan
keharmonian kaum melalui pengajaran bahasa Melayu di Malaysia?
(12 markah)
- Item tindak balas lanjutan
Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas
terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar
akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan
serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada
murid dalam jawapan mereka.
Contoh :
a. “ Membaca Kunci Kejayaan ”.
Cogan kata ini menunjukkan betapa pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara
untuk menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar hari ini.
(25 markah)
Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif
Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga
mempunyai kelebihan-kelebihannya
yang tersendiri. Antaranya ialah:
a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan
soalan yang dibina sedikit.
b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan
tekaan jawapan.
c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon
untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran
yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka
boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya
cipta atau keaslian.
d) Membolehkan calon-calon menggunakan
pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.
e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan,
salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran
pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.
g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur
keaslian
h) Tidak menggunakan masa yang banyak
untukmenyediakannya.
Dari segi kelemahan-kelemahannya
pula, ujian ini memperlihatkan:
a) Nilai potensi diagnostik yang rendah
b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan.
Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia
memerlukan orang-orangyang terlatih.
d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi
yang luas.
f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid
menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia
memerlukan kefasihan berbahas.
JENIS PENILAIAN BAHASA
11. Nyatakan jenis-jenis penilaian
bahasa
Ujian Formatif
adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diujian. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Ujian Kefasihan
Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Ujian Kemajuan
Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Ujian Bakat
Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian ini biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
Ujian Pencapaian
Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
12. Huraikan secara ringkas
mengenai kaedah penilaian bahasa.
Penilaian
melalui Portfolio
Portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Jenis
Portfolio
1. Porfolio kerja harian
Bahan yang
dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
2. Portfolio hasil terbaik
Dipilih
bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.
3. Portfolio
dokumen.
Hasil
tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa
tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Kepentingan Portfolio
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
2.
Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
4.
Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota
anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Penilaian melalui Pemerhatian
1. Kualiti Pemerhatian
ü Pengetahuan
mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. ‘
ü Guru perlu
peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
ü Yakin dengan
keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
ü Ikhlas dan
jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
ü Tekal dan
stabil dalam penilaiannya
2. Bentuk perancangan
ü
Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah
untuk mentadbirnya.
ü
Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan
melapor.
ü
Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan
mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
3. Merekod
penilaian pemerhatian
ü Rekod
pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
ü Semasa
menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara
pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
ü Menjalankan
Tugasan
ü Cara
individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai
dengan tepat .
ü Cara merekodkan
dapatan dan rumusan
ü Dapatan dan
rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
ü Tindakan
Susulan
ü Rekod
pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
4. Jenis
Pemerhatian
ü
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan
atau dinilai.
ü
Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan
tanggapan.
ü
Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk
penilaian semasa.
ü
Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara
berfikiran terbuka.
ü
Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
ü
Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
Penilaian dalam bentuk sekuen.
5. Strategi
pelaksanaan
ü Secara
berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
ü Menggunakan
senarai semak.
ü Tindakkan susulan
terhadap hasil pemerhatian
ü Jangka masa
pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
ü Maklum balas
diperolehi daripada guru dan pelajar.
ü Refleksi
tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Penilaian
melalui Kontrak Pembelajaran
Konsep
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran
penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
ü Mengenal pasti dan merekod
objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
ü Kaedah yang akan diambil
untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
ü Bukti menunjukkan objektif
tercapai
ü Bagaimana dan pada tahap
mana hasil pembelajaran akan dinilai
ü Memberi peluang pelajar
menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan
sendiri
ü Menghasilkan kerja yang
terancang
ü Membantu pelajar membuat
refleksi sepanjang proses kerjanya
Bagaiamana Kontrak Pembelajaran digunakan ?
Kontrak pembelajaran
digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif
tugasan
ü
Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan
pelaksanaannya ATAU
ü
Beberapa
set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan
sesuai ATAU
ü
Pelajar
merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan
persetujuan guru
2. Hasil Pembelajaran
ü
Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi
pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan
kajian, rencana dll)
ü
Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah
ditentukan oleh guru
3. Penilaian
ü
Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem
pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
ü
Guru
menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan
tugasan ATAU
ü
Gred
akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria
yang ditentukan ATAU
ü
Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya.
Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan
kebolehpercayaannya.
Penilaian melalui Projek
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran
yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang
tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan
serta analisis data persediaan satu laporan
yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini
boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan
dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang
munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
Tujuan penilaian Projek
- Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul
tanggungjawab.
- Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan
kreativiti dan inovasi.
- Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber
yang terdapat di luar bilik darjah.
Ciri-ciri penilaian Projek
- Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan,
visual, kinestetik ).
- Memerlukan jangka masa yang panjang .
- Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi
sebenar.
- Murid boleh membina penyelesaian alternatif.
- Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama
ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
- Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan
menyelesaikan masalah.
Langkah-langkah untuk menjalankan Projek
- Langkah 1 :
Penentuan tajuk dan skop Projek.
- Langkah 2 : Penilaian
awal projek.
- Langkah 3 :
Pelaksanaan strategi.
- Langkah 4 :
Pemprosesan Maklumat.
- Langkah 5 : Penilaian
hasil projek.
Penilaian melalui Soal Jawab
ü
Teknik soal jawab
merupakan teknik yang paling lama dan
paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.
ü
Penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan
pembelajaran, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan
interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan.
ü
Di samping itu, ia dapat
dijadikan teras kepada pembinaan konsep- konsep, kesanggupan
memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan
dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
Cara perlaksanaan Soal Jawab
ü
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya.
ü
Biasanya, soalan-soalan yang
dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan
menilai apa yang diajar.
ü
Kejayaan penggunaan teknik ini
dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada
kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
Penilaian
melalui Kertas Kerja
Definisi
Hasil
usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada
sesebuah kumpulan dalam sesuatu bengkel atau seminar.
Ciri-siri
Memenuhi tema dan objektif
program
-
Tidak melebihi 4000 patah perkataan
-
Berikan nombor pada setiap muka surat
-
Tiada akronim
-
Keterangan penulis pada muka surat pertama
Kepentingan
-
Mendapatkan kelulusan kewangan
-
Mendapat kelulusan menjalankan projek
Tajuk-tajuk
format
-
Tajuk kertas kerja
-
Tujuan
-
Objektif
-
Maklumat projek
-
Penyertaan
-
AJK/Penganjur
-
Aturcara
-
Sokongan
-
Belanjawan
-
Penutup
-
Lampiran
UJIAN DIAGNOSTIK
13. Jelaskan Ujian Diagnostik
Definisi ujian diagnostik
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru
pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang
dihadapi oleh seseorang murid.
Tujuan ujian diagnostik :-
1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid.
2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru
mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru
mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan
kesukaran yang dihadapi oleh murid.
4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.
4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.
Membina Ujian Diagnostik
1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan :
1.1.Objektif ujian
1.2.Kemahiran
yang hendak diuji
1.3.Bagaimana
hendak menguji individu / kumpulan.
1.4.Siapa
yang hendak diuji – sasaran.
2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan
sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan.
Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.-
3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai
untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.
4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum
ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.
5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran
yang telah diperincikan terlebih dahulu.
Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik
1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.
2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara
individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil
tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan
kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman,
penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan
ujian bertulis.
4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya
seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam
TIGA kemahiran berturut-turut.
5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah
direkodkan.
6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan
kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.
7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk
menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa.
8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi
yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana
murid belajar.
9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru
supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.
10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah
direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.
Analisis ujian diagnostik
1. Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis.
2. Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas
kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK)
Ujian Diagnostik Pengamatan
Rasional:
Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.
Apa itu pengamatan:
1- Pengamatan merupakan satu proses yang
menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan
pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita.
2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh
dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan
seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah
supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu
perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam
mental.
4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran
manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada
tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.
5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya
“Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan merupakan satu
proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada
pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.
6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children
With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu
proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun
mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa
intelek.
Objektif Ujian Pengamatan:
Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ;
1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.
2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan
serta hubungan antara satu objek objek yang lain.
3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan
sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.
4- Menyelaras pergerakan motor mata tangan
khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.
5- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut
turutan- Sequencing.
6- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
Komponen Ujian Pengamatan:
1- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari
ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor,
huruf dan sebagainya,
2- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (
Discrination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari
ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor,
huruf dan sebagainya,
3- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz
sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan
keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
5- Koordinasi Motor –mata –tangan.
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan
pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.
6- Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak
sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan
objek-objek yang lain.
7- Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan
sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada
yang susah.
8- Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan
menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.
9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (
Figure – Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan
sesuatu maslaah abstrak.
10- Menyalin ( Visual Copying)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan
apa yang telah dilihat.
Panduan melaksanakan ujian pengamatan:
ü Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar
menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.
ü Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai
latihan pengamatan.
ü Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau
individu.
ü Murid telah
bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
ü Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
ü Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab
dengan pensel.
Ujian Pencapaian
1. Pengenalan
Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif.
1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahiran-kemahiran tertentu. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan dalam kelas.
1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan
setelah murid mengikuti proses pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian
adalah untuk menilai penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar.
Ianya menjadi asas kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Bahan ujian
dan keputusan ujian hendaklah difailkan sebagai rujukan.
2. Pelaksanaan.
Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah
murid-murid mengikuti program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam
Kelas Pemulihan Khas.
Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa, maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan.
Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa, maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan.
Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian.
14. Nyatakan 3 tujuan penilaian
kemahiran menulis mekanis dan 4 teknik penulisan kreatif.
Peringkat
Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan ,
sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang
betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan
kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan
mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong
tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk
huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada
lembaran bergaris kecil /sempit.
Tujuan kemahiran menulis mekanis :
·
Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
·
Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
· Mendapat
kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
4 teknik penulisan yang boleh
digunakan ialah;
•
Menekan dan menyambung garis
•
Memadankan
•
Menyalin
•
Mengisi ruang atau petak kosong
•
Melabel dan menamakan gambar
•
Membetuk perkataan daripada suku kata
15. Berikan contoh aktiviti
penilaian kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
a) Penilaian kemahiran Lisan
Kemahiran
mendengar
o
Kemahiran paling asas
o
Berlaku pada peringkat penerimaan
o
Murid yang telah menguasai kemahiran ini
mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yang didengar.
Kemahiran
bertutur
o
Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2
artikulasi
o
Peringkat penglahiran
o
Perlu ditiru dan diajuk
o
Model bahasa lemah hasil ajukan yang lemah,
tetapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.
·
Bacaan kuat
·
Syarahan
·
Perbahasan
·
Bercerita
·
Perbincangan
·
Hafazan
·
Temu bual
·
Soal jawab
·
Nyanyian
·
Deklamasi sajak
·
Mendengar dan memberi respon secara lisan
b)
Penilaian Kemahiran Membaca
Ia
merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian
kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan
murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan
jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat
dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu
diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis
dengan menggunakan pelbagai teknik membaca
Proses
Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3:
1. Mengenal pasti idea keseluruhan.
Mengenal
pasti idea keseluruhan:
a.Mesej utama yang disampaikan penulis.
b.
Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.
c. Kenal
pasti prinsip penulisan:
-Pengelasan
mengikut kronologi.
-Pengelasan
mengikut hierarki.
-Pengelasan
mengikut ciri-ciri.
2.
Mengenal idea utama dan sokongan.
Mengenal
idea Utama dan Keterangan:
a. Idea
Utama.
-satu atau
lebih idea utama.
-satu idea
utama dalam satu perenggan
b. Sokongan
-Huraian
atau keterangan yang menyokong idea utama.
-Disertai
dengan contoh-contoh.
3. Membuat
ramalan dan kesimpulan.
Membuat Ramalan dan Kesimpulan:
a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.
b. Mesti
baca dan teliti seluruh teks.
c. Tidak
semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.
d. Lahir
daripada resolusi dan kefahaman pembaca.
Secara
kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan
tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid.
c) Penilaian
Kemahiran Menulis
Kemahiran
menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan merupakan
satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran,
pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi
menguji kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan.
1. Seperti
mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi borang, menulis
surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan perdebatan.
2.
Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat.
3.
Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan.
Jenis Tugasan:
1.
Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki
menulis tanpa bimbingan guru
2. Tugasan
Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar atau bahan
bahasa yang lain untuk ditulis.
3. Tugasan
Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran
melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk
dilaksanakan.
Penilaian
secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil
penulisan murid seperti
·
Karangan
·
Laporan projek/kerja kursus/folio
·
Latihan dan ujian bertulis
·
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau
carta.
Instrumen
penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan
intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
·
Kemahiran menulis
·
Menyusun idea
·
Penggunaan tanda baca
·
Perbendaharaan kata
·
Mengaplikasi
·
Mentafsir Menilai