Wednesday 12 September 2012

JURNAL 2


JURNAL 2 : MINGGU 2
TARIKH : 30 SEPTEMBER – 3 OGOS 2012
MENGENALPASTI MURID YANG MEMPUNYAI  MASALAH TINGKAH LAKU

Masalah / Peristiwa
-       Definisi Disleksia
Perkataan Disleksia (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini.
Seorang Profesor Berlin merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ pada tahun 1887 (Hammond dan Hugges, 1996:3)
Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek
World Federation Of Neurology, 1968
Selain itu, terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, di antaranya ialah;
  • Diskalkulia (Dyscalculia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Disgrafia (Dysgraphia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dispraksia (Dyspraxia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi motor – mata – tangan 



-       Apa itu Disleksia
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

-       Siapa yang mengalami Disleksia
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

-       Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
  1. Disleksia visual (penglihatan) – Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.
  2. Disleksia auditori (pendengaran) – Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi  percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori
  3. Disleksia visual – auditori – Kesukaran membaca yang amat teruk kerana mempunyai kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
-       Punca-punca Disleksia
Mengikut Mercer (1997); Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser (1996), antara punca-punca disleksia ialah;
  1. Keturunan atau genetik – Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi, cuma yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diwarisi secara turun-temurun.
  2. Biologi – Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum.
  3. Kematangan – Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya, kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

Analisis Masalah

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakkanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada:
  1. Mengeja – Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang, kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
      • m – w
      • y – g – j
      • u – n
      • m – n
      • c – e
      • p – q
      • h – n
      • b – d
  2. Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti;
      • t – h
      • f – v 
  3. Membaca – Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti;
§  batu – tuba
§  gula – lagu
                 
                Selain itu, mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;
§  pada masa yang sama – dapa sama yang masa
                 
                Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;
§  jam (BI) – jem (BM)
§  cat (BI) – cat (BM) 
                 
                Menulis – Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Selain itu, mereka cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.
                 
                Bercakap dan mendengar – Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
                 
                Nombor – Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;
§  3 – 5 – 8
§  9 – 6
                Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial – Pakaian mereka sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut. Sebenarnya mereka kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi seringkali tersalah anggap dan dilabel sebagai pemalas dan kelihatan bodoh. Ada juga skop penglihatan yang terhad dengan masalah yang dihadapinya ialah keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.


-       Murid untuk diuruskan tingkah laku

Daripada apa yang saya pemerhatikan terhadap murid yang saya kaji ini, masalah-masalah seperti yang diterangkan di atas memang ada pada murid tersebut. Anatar masalah yang dihadapi oleh Zaini adalah dari segi menulis, mengeja, bercakap dan mendengar, dan tumpuan  yang singkat.

Untuk pengurusan tingkah laku, saya telah memilih masalah tumpuan yang singkat , manakala untuk akademik pula adalah dari segi mengeja dengan betul.
Sebagai tambahan selepas bertanya kepada guru pendidikan khas di sekolah tersebut, keluarga murid tersebut berkahwin campur iaitu antara kaum India dengan Melayu. Dan tidak mustahillah jika murid tersebut bertutur dalam bahasa yang terbalik. 

Cadangan Tindakan Susulan

Bagi mengatasi masalah murid bermasalah disleksia ini, saya telah mencari alternatif lain dengan merujuk kepada laman web http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/search/label/Definisi%20Disleksia dan guru-guru pendidikan khas yang sudah mengenali murid tersebut , selain daripada  kaedah dan teknik mengajar. Antara cadangan yang saya perolehi daripada pelbagai sumber adalah :
a)    Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
b)    Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
c)    Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
d)    Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka. 
e)    Berikan kelonggaran kepada mereka.
f)     Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
g)    Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
h)   Sediakan bahan pengajaran yang baik.
i)     Gunakan aplikasi teori Gestalt.(rujuk teori gestalt)
j)      Tekankan ke atas pengamatan butiran.
k)    Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
l)     Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.

-       Teori Gestalt
Mazhab  kognitif (juga disebut mazhab Gestalt) menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud “bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun”. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.
Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan apabila seseorang belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Mazhab kognitif berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan kognitif, proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan).
Selain menghadapi masalah disleksia, murid ini juga mempunyai masalah kurang fokus perhatian terhadap sesuatu pembelajaran. Murid ini akan cepat hilang fokus apabila terganggu dengan situasi lain yang berlaku dalam bilik darjah tersebut. Dia akan berhenti melakukan tugasan yang diberikan oleh guru, dan  mula memandang ke kiri dan kanannya.
Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mencari beberapa cara yang boleh mengatasinya iaitu dengan:
a)    Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif.
b)    Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan
c)    Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.
 
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran disleksia menghadapi kesukaran dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor keturunan dan genetik, psikologi dan faktor persekitaran. Pelajar bermasalah pembelajaran disleksia menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku.
Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti RPI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.



Disediakan oleh ,                                                                    Disahkan oleh,

___________________                                                          ___________________

No comments:

Post a Comment

^_^