Wednesday 12 September 2012

JURNAL 4


JURNAL 4 : MINGGU 4
TARIKH : 13 OGOS – 17 OGOS 2012

Masalah / Peristiwa
-       Masalah  pelaksanaan pengurusan tingkah laku terhadap murid
Masalah utama pelaksanaan pengurusan tingkah laku terhadap murid adalah dari segi masa. Tidak banyak masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan pengurusan tingkah laku ini. Ini adalah disebabkan hanya dua kali seminggu sahaja saya masuk ke kelas Harapan 5.
Selain itu, saya juga ada kelas lain  yang perlu  dilaksanakan. Waktu untuk pelaksanaan pengurusan  tingkah laku terhadap murid sangatlah singkat  iaitu hanya satu jam setiap hari selasa dan khamis. Untuk mengambil waktu lain tidak elok rasanya. Ini adalah kerana, jika saya memanggil dan melaksanakan pengurusan timgkah laku terhadap  murid pada waktu pelajaran lain kemungkinan murid akan ketinggalan pengajaran subjek tersebut.
Di samping itu, saya ada komitmen lain yang perlu saya laksanakan. Bukan setiap masa saya bersama dengan murid tersebut. Adakalanya saya perlu melaksanakan tugas lain. Faktor  cuaca juga menjadi satu faktor kepada kekangan pelaksanaan pengurusan tingkah laku. Jika cuaca hujan, murid yang hendak diuruskan tingkah lakunya tidak dapat hadir ke sekolah. Ini adalah disebabkan, murid tersebut berjalan kaki ke sekolah dan cuaca hujan memberi kesukaran untuk murid tersebut ke sekolah.
Oleh itu, saya perlu menggunakan strategi lain untuk melaksanakan pengurusan tingkah laku terhadap murid agar pengurusan tingkah laku ini dapat dilaksanakan.

Analisis Masalah

           Masalah dari segi masa  ini timbul apabila terlalu banyak pekerjaan yang perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat . Selain daripada itu, terdapat tugas lain yang perlu saya laksanakan dalam masa yang segera. Sebagai contoh, untuk projek di PPKI saya dan rakan perlu mengemaskini bilik pejabat PPKI Sk ............ Projek ini perlu dilaksanakan dengan segera kerana terdapat pemantauan yang akan dilakukan oleh pihak luar sempena pemantauan Hari Kualiti Peringkat Sekolah.
           Di damping itu, saya juga tidak mempunyai banyak masa bersama dengan murid-murid di kelas Harapan 5. Ini adalah kerana, saya juga turut mengajar di kelas-kelas lain termasuklah kelas di aliran perdana. Masa yang diperuntukkan untuk mengajar setiap subjek juga singkat iaitu  hanya satu jam setiap selasa dan khamis. Gangguan daripada aktiviti rutin murid juga menyebabkan pengajaran bermula lewat daripada masa yang telah ditetapkan.
           Pada setiap pagi,murid-murid akan melaksanakan rutin mereka iaitu mengemas kawasan sekitar PPKI termasuklah menyapu,mengemop,menyiram pokok bunga, membersihkan  tandas, dan banyak lagi. Aktiviti –aktiviti ini mengambil masa untuk diselesaikan dan selepas itu murid akan berkumpul. Aktiviti berkumpul pada setiap pagi ini dilakukan untuk menyemak kehadiran murid serta membuat makluman kepada murid berkenaan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian termasuklah disiplin dan sikap murid. Dan banyak masa yang diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti rutin tersebut.


Cadangan Tindakan Susulan

        Bagi mengatasi masalah kekangan masa seperti yang telah dinyatakan, saya telah mempunyai beberapa perancangan awal. Rancangan ini mungkin tidak dapat memastikan RPI yang telah saya rancangkan terlaksana, tapi ia mungkin dapat membantu saya mencapai walaupun sedikit dari apa yang disasarkan.
        Untuk strategi yang pertama, saya perlu melaksanakan pengajaran tepat pada masanya agar masa tidak terbazir banyak untuk melaksanakan aktiviti pengajaran. Jika masa pengajaran saya adalah pada awal pagi, saya akan memaklumkan kepada guru pembimbing bahawa saya ada kelas bersama murid Harapan 5 pada masa tersebut. Jadi, murid harapan 5 tidak perlu berkumpul lama untuk menyemak kehadiran .
       Untuk strategi yang seterusnya pula, saya akan menerapkan unsur permainan dalam pengajaran. Aktiviti ini adalah bagi meningkat tahap penumpuan murid terhadap pengajaran saya. Memang lumrahnya kanak-kanak suka terhadap permainan Ini boleh meningkatkan minat murid untuk mengikuti pengajaran. Saya juga boleh menggunakan kaedah dan teknik pengajaran Tematik. Strategi pengajaran tematik ini mempunyai perkaitan rapat dengan aktiviti pengajaran secara kumpulan, khususnya kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan.
         Strategi yang seterusnya, di dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya perlu menggunakan kaedah dan teknik pemudahcaraan dimana teknik ini menumpukan kepada kemahiran saya sendiri untuk memotivasikan murid-murid, membimbing dan menggalakkan mereka aktif dalam proses pembelajaran tanpa sebarang gangguan.
          Selain mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran saya, saya juga akan menggunakan teknik-teknik modifikasi tingkahlaku. Modifikasi tingkahlaku ialah satu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Saya boleh menggunakan banyak teknik-teknik untuk memodifikasikan tingkahlaku murid-murid.


Kesimpulan
            Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Walaupun banyak kekangan  yang saya hadapi sepanjang proses pelaksanaan pengurusan tingkah laku terhadap murid, saya berasa bersyukur kerana mendapat kerjasama yang baik  daripada  semua guru pendidikan khas di sekolah tersebut. Mereka membimbing saya dengan bersungguh-sungguh dan berusaha untuk membuatkan saya tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku ini.  Mereka sentiasa memberikan komitmen yang jitu kepada saya walaupun ada sebahagian daripada mereka bukan guru pembimbing saya. Diharapkan saya dapat melaksanakan pengurusan tingkah laku  ini dengan baik dan dapat mengurus  tingkah laku murid yang hendak diubahkan walaupun tidak secara seratus peratus. Saya akan cuba untuk menguruskan pengurusan masa saya dengan sebaik mungkin.


                                   
Disediakan oleh ,                                                                    Disahkan oleh,

___________________                                                          ___________________


No comments:

Post a Comment

^_^