Wednesday 12 September 2012

JURNAL 1


JURNAL 1: MINGGU PERTAMA
TARIKH : 23 JULAI – 27 JULAI 2012
PENYESUAIAN DI SEKOLAH  DAN PENGENALPASTIAN TENTANG PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PENDIDIKAN KHAS



Masalah/Peristiwa
Pada 23 Julai 2012, saya mengalami masalah penyesuaian  diri  di tempat baru iaitu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekolah yang baru. Saya kurang  pandai untuk berinteraksi dengan warga sekolah, dan ini menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk praktikum daripada pengurusan sekolah.
Selain itu, untuk minggu pertama praktikum ini juga, saya dikehendaki untuk menjalankan ujian diagnostik bagi mengenalpasti tahap murid dalam pembelajaran. Tugasan saya juga adalah membuat pemerhatian untuk Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk pengurusan tingkah laku dan akademik. Daripada ujian diagnostik dijalankan, saya boleh melihat tahap murid dalam akademik dan bagaimana tingkah laku murid tersebut semasa menjalankan aktiviti.

Analisis Masalah
-       Masalah penyesuaian diri di tempat baru
Masalah penyesuaian diri ini timbul kerana sikap malu dan rendah diri yang ada pada diri saya. Saya malu untuk bertanya kerana saya kurang pandai untuk berinteraksi dengan warga sekolah. Masalah sikap malu menjadi kekangan untuk saya menguruskan dan menyesuaikan diri di sekolah.
Menurut Teori Keprihatinan (Fuller 1969), terdapat tiga peringkat   mengenai penyesuaian diri guru iaitu iaitu  Peringkat Keprihatinan Diri, Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas,dan Peringkat Impak.
Peringkat Keprihatinan Diri
-        Apakah pelajar suka saya?
-        Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
-        Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.
-       Apakah BBM saya sesuai dengan murid?

Peringkat Keprihatinan terhadap Tugas:
-       Adakah bahan-bahan pengajaran yang saya gunakan bersesuaian?
-       Adakah saya mempunyai masa yang mencukupi untuk menyampaikan isi kandungan ini?
Peringkat Impak :
-       Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
-       Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?
-       Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?

Pengenalan Pengurusan Tingkah Laku
-       Definisi Pengurusan Tingkah Laku
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan.
Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian yang berkaitan dengan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang seseorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa; “Kebanyakkan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa”.
Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh di ubah kepada tingkah laku baru yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti iaitu sesuai dan sistematik. Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu (Bear, Wolf and Risley, 1968).
Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku yang diingini. Dalam pengurusan tingkah laku, perkara-perkara asas yang meliputi perkara-perkara berikut sangat dititiberatkan seperti perancangan yang rapi, kumpulan sasaran samaada secara individu atau berkumpulan, teknik intervensi yang berkesan dan penilaian secara objektif.
Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan iaitu kesedaran bahawa setiap murid adalah unik, tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid dan proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling berkait. Semua perkara-perkara ini sangat penting dalam pelaksanaan program pengurusan tingkah laku.
Pengurusan tingkah laku juga dapat ditakrifkan sebagai ‘All actions ( and inactions) a teacher engaged in that enhances the probability that children, individually and in groups, will develop effectives skills that productive and socially acceptable. (Shea & Bauer, 1987). Behaviour management is a complex set of skills that must be planned, implemented, and evaluated often in an ongoing effort to provide an effective education for all students. (SPEED 3803 : Behaviour Management in Special Education)

-       Pentaksiran Tingkah Laku

David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasifikasi dan penempatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan mengenai pelajar.
Menurut Bailey dan Woldery 1992. penaksiran adalah suatu proses mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Manakala, menurut Mc Cluhen 1994 pula ,penaksiran kanak-kanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.

Bagi  kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya.
Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil kadar.

Cadangan Tindakan Susulan

Perancangan awal dalam tugasan ini adalah dengan mengumpul maklumat mengenai murid yang hendak diuruskan tingkah lakunya. Sumber yang terbaik adalah guru pendidikan khas yang mengajar murid tersebut. Ini adalah kerana guru tersebut lebih dekat dan lebih mengenali murid tersebut . untuk pengurusan tingkah laku tersebut, saya telah memilih kaedah senarai semak dan pemerhatian. Apa yang saya perlu lakukan adalah :
a)    Saya perlu mengenali karakter setiap murid pendidikan khas agar saya dapat mengenalpasti masalah yang mereka hadapi.
b)    Saya perlu membuat pemerhatian terhadap murid yang dipilih untuk pengurusan tingkah laku agar saya mengetahui tentang murid tersebut.


Kesimpulan
Pengurusan tingkah laku adalah merupakan salah satu aspek terpenting yang wajib dikuasai oleh seorang guru sama ada peringkat rendah mahupun menengah. Hal ini adalah berikutan kerana untuk mendidik dan mengajar seseorang kanak-kanak, kita terlebih dahulu perlu tahu bagaimana untuk mengawal tingkah laku mereka sebelum mereka dapat belajar. Hal ini adalah lebih penting kepada guru pendidikan khas kerana mereka bakal menghadapi tingkah laku kanak-kanak yang pelbagai dan susah di uruskan. Terdapat banyak cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan serta menghapuskan tingkah laku kanak-kanak.




Disediakan oleh ,                                                                    Disahkan oleh,

___________________                                                          ___________________

No comments:

Post a Comment

^_^