Wednesday 12 September 2012

JURNAL 3


JURNAL 3 : MINGGU 3
TARIKH : 6 OGOS – 10 OGOS 2012

Masalah / Peristiwa
-       Proses pelaksanaan pengurusan tingkah laku terhadap murid
Setiap rancangan pengurusan tingkah laku yang hendak dijalankan perlulah mempunyai perancangan, pelaksanaan program peneguhan dan penilaian. Namun begitu seorang guru perlulah merancang objektif tingkah laku secara spesifik dan jelas ditakrifkan sesebuah tingkah laku. Kenal pasti tingkah laku, tentukan sasaran, pilih strategi, kaji kesan setiap strategi kemudian aplikasikan strategi, jika strategi tidak berkesan rancang semula strategi baru.
Proses pelaksanaan pengurusan tingkah laku saya laksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tingkah laku murid lebih jelas dilihat apabila murid melaksanakan aktiviti pengajaran.Sebelum melaksanakan pengurusan tingkah laku, saya sudah memilih murid yang hendak diuruskan tingkah lakunya. Saya telah merancang strategi pengurusan tingkah laku bagi menangani tingkah laku bermasalah oleh murid ini. Murid ini sering hilang  perhatian pada pengajaran yang sedang dilaksanakan.
 Strategi pertama yang saya cuba lakukan adalah menasihati murid supaya tidak melakukan tingkah laku negatif tersebut. Saya menjadikan rakan-rakannya sebagai contoh untuk beliau ikuti. Saya juga memberi lebih perhatian kepadanya agar beliau merasakan dirinya dihargai. Lebih-lebih lagi, saya turut memberi peluang kepada beliau untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Hal ini menyebabkan timbul kepercayaan dalam dirinya terhadap saya. Bagi menarik perhatian murid ini dalam pengajaran, saya mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang menarik.

  Selain itu juga, peneguhan-peneguhan turut diberikan untuk memastikan pengekalan tingkah lamu baru. Peneguhan positif diberikan sekiranya beliau melakukan tingkah laku positif. Antara peneguhan tersebut berupa pujian  seperti “bagus” atau “baik”. Walau bagaimanapun, saya kurang memberikan ganjaran atau hadiah kerana bimbang murid tersebut akan terlalu bergantung atau berharap pada ganjaran untuk melakukan tingkah laku yang baik. 

Analisis Masalah

-       Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
                Sebelum pengurusan tingkah laku dijalankan seorang guru perlulah mengetahui faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku negatif pelajar. Faktor-faktor yang menyumbang punca masalah tingkah laku di antaranya ialah persekitaran, kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad,kesukaran tugasan.
                 Faktor komunikasi di kalangan kanak-kanak juga menyumbang kepada masalah tingkah laku, terutama daripada kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik. Kanak-kanak  daripada keluarga yang berkahwin campur  juga menyumbang  kepada  masalah tingkah laku. Sebagai contoh, perkahwinan campur antara kaum India dan Melayu akan menyebabkan kanak-kanak berhadapan dengan dua bahasa yang berbeza.Dan ini menyebabkan kanak-kanak menghadapi masalah dalam komunikasi sosial mereka.
                Faktor aktiviti dan tahap rangsangan yang tidak membina dan kurang menarik juga akan menimbulkan masalah tingkah laku di dalam kelas contohnya guru tidak membuat persediaan yang menarik dan kurang aktiviti menyebabkan kanak-kanak tersebut cepat jemu dan bosan.
                Begitu juga dengan faktor kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kekecewaan dan akan menunjukkan masalah tingkah laku akibat daripada kesilapan dan mengalami kegagalan dalam tugasan yang diberikan kepada mereka.
                 
-       Langkah-langkah pengurusan tingkah laku
Mengumpul dan merekod data
Selepas semua pemerhatian dilakukan langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh guru ialah dengan merekod semua tingkah laku pelajar. Guru perlu mengumpul maklumat tingkah laku yang hendak diubah sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku. Maklumat yang terkumpul dikenali sebagai baseline data. Merekod bertujuan untuk mengetahui jumlah tingkah laku yang dilakukan dalam sehari, mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku, dan mengetahui sebab-sebab berlaku tingkah laku tersebut. Maklumat mengenai tingkah laku diperoleh melalui pemerhatian dan merekod melalui beberapa teknik-teknik rekod seperti rekod neratif, rekod anekdot, rekod neratif berterusan, rekod kejadian, rekod kekerapan, rekod jangka masa, rekod had masa dan rekod sampel masa

1) Persampelan masa

Rekod persempelan masa yang telah dilakukan oleh guru dilaksanakan bagi tujuan mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku kanak-kanak dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Guru akan mengenal pasti kanak-kanak yang akan diperhatikan dalam satu tempoh masa. Beberapa bahagian masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku dibahagikan. Sekurang-kurangnya dalam masa 10 minit satu  tingkah laku akan direkodkan. Persempelan masa mempunyai beberapa kebaikan iaitu menjimatkan masa, Maklumat kualitatif sesuai bagi analisis menggunakan statistik, memberi maklumat mengenai jangka masa tingkah laku itu berlaku, guru dapat mengumpul data beberapa orang pelajar secara serentak. Serta lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad. Namun begitu persampelan masa juga mempunyai kekurangan di mana rekod yang diambil hanya tertumpu pasa tingkah laku yang telah ditetapkan sahaja serta rekod persempelan masa hanya merekod tanpa penerangan yang lebih terperinci.



 Data Persampelan Masa
Nama Murid : Muhammad Zaini bin
Persekitaran : Bahasa Melayu
Tingkah Laku Sasaran : Kurang tumpuan
Masa Mula    : 7.45 pagi                                         
Masa Tamat  : 8.45 pagi
Tarikh :
                                  7.45    7.55   8.05    8.15     8.25    8.35   8.45 
       Sela Masa
Nama murid
1
2

3

4
5
6
7
Muhammad Zaini
+
+
-
-
+
-
+
Petunjuk : + (Tingkah laku sasaran ditunjukkan)
                   - (Tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan)

Rajah 3.0 : Contoh Lembaran Data Persampelan Masa
 
 


Contoh Ringkasan Pemerhatian:
a.    Muhammad Zaini

            Jumlah Interval                                                        : 7
            Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan                      : 4
            Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan                     : 57%
            Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan : 3
            Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan            : 43%



Cadangan Tindakan Susulan
            Untuk proses pelaksanaan pengurusan tingkah laku yang setrusnya, saya merancang untuk menggunakan strategi mengurangkan tingkah laku dengan cara  ‘time-out’  iaitu  dengan menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan.

Oleh itu, pada minggu yang seterusnya saya akan mengaplikasikan cara mengurangkan tingkah laku ‘time-out’   kepada murid.


Kesimpulan

Secara keseluruhannya pengurusan tingkah laku lazimnya dilakukan jika guru mendapati pelajarnya mempunyai masalah tingkah laku yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ataupun tingkah laku yang mendatang bahaya kepada pelajar ataupun orang lain yang berada di sekelilingnya. Terdapat beberapa langkah Pengurusan tingkah laku yang boleh di aplikasikan oleh guru. Apa yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru ketika menjalankan proses tingkah laku ini ialah dengan merancang,, melaksanakan program dan menilai tingkah laku yang ada pada pelajar. Sebarang tingkah laku yang dijalankan perlulah mempunyai rekod yang jelas untuk guru menilai, merancang dan melaksanakan pengurusan tingkah laku dengan berkesan. Objektif pengurusan tingkah laku juga perlulah jelas dan tepat.
Guru juga perlu mengetahui bahawa tempoh masa untuk menjalankan program pengurusan tingkah laku ini kadang kalanya memakan masa yang lama bagi merubah tingkah laku yang diingini. Ia bergantung pada lama manakah tingkah laku negatif ini telah berlaku sama semenjak kecil atau baru terhasil. Oleh sebab itu la pengurasan tingkah laku perlu dijalankan dengan sistematik.
Daripada kajian di atas , secara keseluruhan dapatlah dirumuskan bahawa Pengurusan Tingkah laku amat perlu di jalankan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kepada tingkah laku yang lebih baik. Pengurusan Tingkah Laku juga dapat membantu kita mengurangkan atau merubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.
                                   
Disediakan oleh ,                                                                    Disahkan oleh,

___________________                                                          ___________________



No comments:

Post a Comment

^_^