Friday 18 May 2012

BAB 2 KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA


KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
*      Bahasa
*      Jantina
*      Struktur masyarakat
*      Adat resam
*      Bangsa
*      Kepercayaan


q  BANGSA
ü  Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama
ü  Menurut Kamus Pelajar (1993), bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya.
ü  Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang di anggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut
ü  Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini.
ü  Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik.







ETNIK / KAUM

Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai budaya yang berbeza   merangkumi-:
  1. cara berfikir
  2. cara bertindak
  3. Sistem politik
  4. Kepercayaan
  5. Agama
  6. Bahasa
  7. Adat resam

Ras
Ò  Satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal.
Ò  Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya
Ò  Merujuk kepada satu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal

Keadaan  di Malaysia
Ò  Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik.
Ò  Hubungan antara  etnik yang berbeza wujud dalam suasana yang baik dan mampu memacu perkembangan ekonomi negara.
Ò  Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat
Ò  Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara

Penyerapan budaya
Ò  Penyerapan budaya melalui beberapa proses

q      Asimilasi
*      budaya masyarakat majoriti/ dominan menyerap budaya masyarakat minoriti/imigran
    tanpa membawa perubahan kepada kebudayaan yang menyerapnya.
q  Amalgamasi
*      proses percantuman dari segi biologi  berlaku melalui perkahwinan campur
*      perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok baru  yang seterusnya membentuk budaya baru dalam  masyarakat berkenaan
q  Pluralisme
*      proses mempertahankan kepelbagaian budaya
*      ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok dikekalkan
*      setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan kelompok, justeru itu terus mengamalkan budaya yang diwarisinya.
q  Akomodasi
*      setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu sama lain.
*      Mereka menghormati budaya etnik lain dan dalam masa yg sama mempertahankan budaya mereka sendiri.
q  Akulturasi
*      Masyarakat menerima dan meminjam unsur- unsur budaya golongan majoriti tanpa  mengubah unsur-unsur budaya asal
*      proses ini juga dikenali sebagai asimilasi budaya
  

q  STRUKTUR MASYARAKAT /  KELAS SOSIAL
Ò  Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat  yang sama
Ò  Roucek dan Warren (1979) – masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam manjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama
Ò  De Fleur (1974) – masyarakat sebagai sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, dimana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial.
Ciri-ciri utama masyarakat
Ø  Hidup berkelompok
Ø  Mempunyai budaya
Ø  Sering mengalami perubahan
Ø  Saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luar
Ø  Mempunyai pemimpin
Ø  Mempunyai aturan sosial
Ø  Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Ø  Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat.
Ø  Contohnya, murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain
Ø  Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam kehidupan mereka
Ø  Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai persahabatan, nilai kerjasama dan nilai toleransi dalam bilik darjah yang menjamin kesejahtaeraan dan keharmonian murid.
Ø  Hubungan yang baik menunjukkan adanya nilai-nilai penyayang dapat disemai dalam jiwa murid-murid.
Ø  Oleh itu, masalah tingkah laku yang tidak diingini dapat dikurangkan dan dibendung dengan lebih berkesan
Ø  Murid golongan bawahan dan golongan atasan dapat bergaul tanpa mengira budaya dan masyarakat lain
Ø  Secara langsung satu suasana pembelajaran yang kondusif akan terbentuk

q  KEPERCAYAAN
Ò  Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.
Ò  Seseorang yang menaruh kepercayaan akan berasa ‘pasti’ terhadap sesuatu perkara yang berkenaan
Ò  Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak.
Ò  Kepercayaan akan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehidupan  masyarakat.
Ò  Kamus Dewan (1994)  - kepercayaan  merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu
Ò  Kepercayaan adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun

Kepercayaan masyarakat Melayu
Ø  Masyarakat Melayu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna
Ø  Bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan secara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur malah dapat memperkayakan adat dalam masyarakat
Ø  Contohnya
      Melarang anak duduk atas bantal
      Tidak boleh menyanyi atau bersiul di dapur
Kepercayaan masyarakat Cina
Ø  Percaya kepada semangat yang ekkuatannya luar biasa – semangat yang berada di dalam fenomena alam seperti langit, matahari, tanah air, tumbuhan dan gunung
Ø  Fenomena ‘Yang’ dan ‘Ying’
Ø  ‘Jade’ – memberi kekayaan dan keharmonian
Ø  Feng-shui – memberi tuah dalam kehidupan

Kepercayaan masyarakat India
Ø  Dewa-dewi
Ø  Unsur alam
Ø  Unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu
Ø  Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya akan menerima nasib buruk atau kesan negatif
Ø  Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan
Ø  Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan
Ø  Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat
Ø  Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut

q  BAHASA
*      Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenag-wenangnya, tetapi mempunyai struktur
*      Cole (1998) – bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna sengan sistem komunikasi kompleks
*      Bahasa adalah bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa

Fungsi bahasa dalam masyarakat
  • Menggambarkan suasana
  • Menyampaikan maklumat antara penutur dengan pendengar
  • Supaya pendengar menyambut (percakapan)
  • Untuk menyatakan perasaan
§  Untuk mempertingkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato adalah digalakkan sebagai galakan pengggunaan bahasa.
§  Sekolah Wawasan (tiga aliran sekolah yang berbeza) –membolehkan murid- murid di SJKC menguasai bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan disamping membolehkan murid memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum yang berlainan.

q  ADAT RESAM
Adat resam
-          Sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat.
-          Kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat dan turut mempunyai kesan (isbat) kepada pelaku samada positif atau negatif.
-          Adat resam 3 kaum utama di Malaysia:
1.    Adat Resam Melayu
2.    Adat Resam Cina
3.    Adat Resam India
Adat Resam Melayu
“ Biar Mati anak, jangan mati adat”.
  • Perumpamaan berikut jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sangat mementingkan adat.
  • Tatacara dan adat resam masyarakat  Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi oleh budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam.
  • Adat ini dapat dilihat dari pada 3 aspek kehidupan
a)    Adat resam kelahiran
b)    Adat resam perkahwinan
c)    Adat resam kematian
§  Adat resam yang masih diteruskan dan diamalkan hingga hari ini….
a)    Melenggang perut
b)    Meminang & bertunang 
c)    Kematian
d)    Bersunat
e)    Bercukur jambul

Adat Resam India
Antara adat resam India yang masih diteruskan dan diamalkan:
      Sewaktu mengandung – Adat Valaikaappu
      Semasa bersalin – membisikkan nama Tuhan (Gayati Mantiram)

q  JANTINA
  Menurut Butler & Manning (1998), “ the term gender describes masculinity and feminity- the thoughts, feelings and behaviour that identify one as either male or female”.
  Walaupun terdapat persamaan antara lelaki dan perempuan, namun masih terdapat perbezaan antara mereka.
  Guru hendaklah mengenalpasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina.
  Faktor jantina turut mempengaruhi pembentukan iklim di dalam bilik darjah, justeru itu, guru harus mengetahui pengaruh jantina terhadap pembelajaran murid
  Campuran jantina di dalam bilik darjah memberi peluang murid-murid lelaki dan perempuan bergaul dengan lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati perbezaan yang wujud dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi.


No comments:

Post a Comment

^_^