Friday 18 May 2012

BAB 3 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA


IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

PENGENALAN
*      Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran khususnya.

JENIS SOSIO-BUDAYA ( DALAM KONTEKS MALAYSIA )
1. Kelas sosial (sosial strata)
*       Golongan atasan
*       Golongan pertengahan-atasan
*       Golongan pertengahan-bawahan
*       Golongan pekerja (working class)
*       Golongan bawahan
2. Kaum
3. Jantina

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA :
q  Guru
q  Murid
q  Sekolah
q  Kurikulum Tersirat 


Ø  IMPLIKASI TERHADAP GURU
Kepercayaan
- Kepercayaan  merupakan idea berkongsi tentang bagaimana dunia beroperasi. Ia merupakan kesimpulan dan tafsiran tentang masa lalu, penjelasan tentang masa kini atau ramalan bagi masa depan. Ia mungkin berdasarkan fikiran biasa, cerita rakyat agama atau sains atau gabungan satu atau lebih daripada elemen.
- Aspek Kepercayaan
*      Guru mengenali pelbagai kepercayaan
*      Guru menghormati kepercayaan masyarakat setempat walaupun mempunyai kepercayaan yang berbeza

Penerapan nilai
-       Nilai merupakan satu standard berkongsi tentang apa yang betul, diingini dan dihormati

-       Penerapan nilai

Positif
*       Guru boleh mengaplikasikan serta memperkenalkan  nilai-nilai murni dalam budaya masyarakat tertentu kepada masyarakat yang lain.
Negatif
*      Guru sukar untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid akibat cara hidup serta budaya yang diamalkan.


Norma dan Sekatan
-       Norma merupakan peraturan tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan 
-       Sekatan merupakan ganjaran dan hukuman yang menggalakan manusia mematuhi norma

-       Norma dan Sekatan
*      Guru mengetahui norma dan sekatan dalam  budaya murid-muridnya.
*       Guru perlu memikirkan aspek norma dan sekatan sewaktu merancang pengajaran

Komunikasi
-       Komunikasi bermaksud perhubungan secara langsung atau tidak langsung

-       Komunikasi

*      Guru sukar untuk berinteraksi dengan murid
*      Wujud suasana yang tidak mesra
*       Guru sukar untuk mentafsir murid-muridnya
*      Menganggu proses pengajaran
*       Komunikasi sehala

Teknologi
-       Teknologi merupakan satu perkumpulan pengetahuan praktis dan peralatan untuk meningkatkan lagi  keberkesanan  tenaga pekerja dan mengubah persekitaran untuk kegunaan manusia

-       Teknologi
*      Guru boleh menggunakan kemudahan teknologi  untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan budaya bagi melancarkaan proses pengajaran

Bahasa
-       Bahasa  merupakan satu set simbol yang digabung  untuk membawa makna kepada ahli masyarakat

-       Bahasa

*      Guru mungkin bermasalah dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid
*      Proses pengajaran dan pembelajaran  tidak lancar


Ø  IMPLIKASI TERHADAP MURID

POSITIF
ü  Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya
ü  membentuk interaksi sosial yang baik
ü  Memperkembangkan bakat
NEGATIF
ü  mempunyai masalah dalam kerja kumpulan
ü  Masalah komunikasi dan bahasa
ü  Sukar mewujudkan persefahaman
ü   wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

CARA MENGATASI

q  Guru mewujudkan interaksi yang baik antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
q  Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan
q  Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang berlainan.
q  Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya
q  Mempelbagaikan kaedah pengajaran
q  Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid
q  Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid
q  Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas


Ø  IMPLIKASI KEPADA SEKOLAH
*      Wujudnya pelbagai jenis sekolah di Malaysia
*      pendekatan yang lebih khusus penting bagi memastikan kepelbagaian pendidikan untuk memenuhi minat dan potensi, kecenderungan dan kebolehan murid di pelbagai jenis sekolah.
*      Jenis-jenis Sekolah Rendah
v  Sekolah Kebangsaan (bahasa melayu)
v  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (bahasa cina)
v  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (bahasa tamil)

*      Jenis-jenis Sekolah Menengah
v  Sekolah Menengah Kebangsaan
v  Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina
v  Sekolah Berasrama Penuh
ü  memberi peluang kepada murid cemerlang khususnya dari luar bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka lebih berjaya.


v  Sekolah Menengah Teknik
ü  Memberi peluang belajar kepada pelajar yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional
ü  Matlamat: menyediakan tenaga mahir dan separuh mahir yang mencukupi

v  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
ü  Diwujudkan bagi menyediakan pendidikan islam kepada murid.
ü  memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara.
           
v  Sekolah Bestari
ü  Mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik, iaitu berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
§  Sekolah di kejiranan cyberjaya dan putrajaya

v  Sekolah Pendidikan Khas
ü  Menyediakan pendidikan khas kepada murid yang bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran.
ü  Matlamat: supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
§  Autisme,Sindrom down,Hyperaktif,dan disleksia


v  Sekolah premier
ü  Sekolah yang mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih.
        Contoh:
         Victoris institution, SM St John, Maktab Sultan Ismail, Sekolah Zainab
v  Sekolah wawasan
ü  Ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid yang berbeza kaum
ü  Apabila anak Melayu, Cina dan India dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.

Ø  IMPLIKASI KEPADA KURIKULUM TERSIRAT

Takrif kurikulum tersirat (Hidden/latent kurikulum)
-       Some of the outcomes or by-products of Schools Includes all of the recognised and sometimes unintended knowledge, values, and beliefs that are part of the learning process in schools and classrooms………
(Horn, 2003:298)

Takrif kurikulum tersirat (Hidden/latent kurikulum)
-Refer to the transmission of norms, values and beliefs conveyed in both the formal education content and the social interactions within schools.
- Merujuk kepada norma, nilai dan  kepercayaan yang disebarkan melalui  pendidikan formal dan interaksi sosial di sekolah



Jenis-jenis kurikulum tersirat
*      Amalan, prosedur, peraturan, pertalian (relationships)dan struktur di sekolah
*      Struktur sosial bilik darjah, cara guru mengurus kuasa, peraturan berkaitan  hubungan guru-murid, aktiviti pembelajaran  yang piawai, penggunaan bahasa oleh guru, buku teks, penggunaan alt pandang-dengar, perabut, binaan bilik darjah, amalan disiplin, jadual waktu, sistem pemantauan,
*      Jenis pengalaman yang diperoleh oleh setiap pelajar sangat-sangat bergantung kepada ciri-ciri moral dan ideologi guru itu sendiri walaupun ini mungkin berlaku secara tidak sedar.
*      Kurikulum tersirat bukan sahaja diperoleh daripada guru tetapi juga melalui interaksi dengan rakan sedarjah
*      Kurikulum tersirat juga boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpesatuan,kegiatan panatia dan aktiviti dalam kokurikulum.
*      Melalui kurikulum tersirat kementrian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima budaya antara kaum.

Ciri-ciri kurikulum tersirat
q  Merangkumi semua pengalaman pembelajaran.
q  Boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajaran adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif.
q  Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh pelaksana kurikulum itu sendiri(guru dan pelajar)
q  Kewujudan adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum.

No comments:

Post a Comment

^_^