Friday 18 May 2012

BAB 7 PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA


PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

PENGENALAN
*      Masyarakat orang Asli, indigenous dan pedalaman dikatakan agak ketinggalan dalam arus perdana sistem pendidikan negara.
*      Etnik ini perlu diberi peluang untuk menerima perubahan yang segalanya bermula dengan menerima pendidikan yang dapat menjamin masa hadapan mereka.
*      Maka, pelan tindakan yang harus, telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran ialah untuk mengangkat maruah mereka.

PELAN TINDAKAN
  • ORANG      ASLI
  • INDIGENOUS
  • PEDALAMAN

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN ORANG ASLI
a)    RMK-7
-       Pembangunan fizikal OA diberi tumpuan sepenuhnya terutama dalam usaha keselamatan dan integrasi kaum.
b)    RMK-8
-       Tumpuan pembangunan OA semakin meluas.
-       Peningkatan peruntukan drpd kerajaan berjumlah kira-kira RM 303.5 juta berbanding RM 148.9 juta pada RMK-7.



PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN  PENDIDIKAN
Ø  Perancangan pendidikan dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Ø  Objektif: menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan dengan keperluan peruntukan di kawasan OA.
Ø  Kumpulan Sasar
a)    Peringkat prasekolah (5-6 thn)
b)    Peringkat rendah ( 7-12 thn)
c)    Peringkat menengah (13-18 thn)
d)    Peringkat tertiari

Peringkat Pertama  Pra-sekolah (5-6thn)
ü  Tumpuan kepada pendidikan prasekolah yang bertujuan untuk menyediakan asas kukuh sebelum pendidikan formal.
ü  Diberi persediaan emosi dan kemahiran sosial supaya bersedia menerima perubahan.
ü  Memperolehi pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran lain sebagai persediaan.

Peringkat Kedua  -peringkat rendah (7-12thn)
ü  Tujuan: menyediakan asas yang kukuh dlm kemahiran 3M – membaca, menulis, mengira
ü  Didedahkan kpd aspek kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni&rekreasi,penerapan nilai-murni murni.
ü  Penekanan program kpd pembangunan & pengembangan domain kognitif, afektif, dan selari dgn FPK.

Peringkat ketiga -peringkat menengah (13-18thn)
ü  Tujuan:penekanan kpd kemahiran berfikir secara kritis & kreatif dgn memberi fokus kpd pendidikan umum pada tahun ke 7&8 persekolahan
ü  Pendedahan kpd pelbagai bidnag ilmu
ü  Kanak-kanak Asli menerima peluang yang sama seperti kanak-kanak di bandar.

Peringkat tertiari  -pendidikan selepas menengah hingga peringkat tinggi
ü  Tujuan: membangunkan minda anak-anak OA spy lebih kritis, kreatif, & inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara dlm persaingan global.

Ø  Pihak kerajaan juga memberi tumpuan kepada golongan yang tercicir.
Ø  Memberi kesedaran akan pentingnya pendidikan.
Ø  Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dgn minat dan kebolehan akan diperkenalkan spy mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh.
Ø  Kumpulan wanita dewasa OA diberi peluang mengikuti program-program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pertubuhan seperti Penggerak Wanita Orang Asli.
Ø  Diberi peluang mengikuti latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan, kerohanian, serta pendidikan literasi fungsian.
Ø  Pelaksanaan pelan tindakan ini dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Juruperunding swasta dan para akademik.
Ø  Agensi kerajaan banyak terlibat dgn program berbentuk penyediaan prasarana pendidikan.
Ø  NGO pula memberikan lebih tumpuan kpd program yang membawa kpd perubahan minda masyarakat OA.
Ø  Juruperunding pula dilibatkan dengan program & projek kajian seperti kajian penilaian semula pelan & kajian program scr outsearching.
Ø  Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM 6 171 000 00 diperlukan.
Ø  Antara yang telah dilaksanakan ialah Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEQA.
Ø  Skim ini bagi membantu pelajar OA di semua peringkat.
Ø  Bantuan ini meringankan beban dalam membiayai persekolahan anak-anak.
Ø  Bagi meningkatkan minat belajar, sistem pendidikan 3M ditukar kepada 6M. (dgn tambahan main,makan,muzik)
Ø  Dengan cara ini, kehadiran dan minat anak-anak OA dapat ditingkatkan.
Ø  Contoh anak-anak OA yang berjaya:
      Murid terbaik PMR 2006 = Nurul Atikah Kamaruddin.
      Pemenang tokoh Maulidur Rasul 2007 = Najmil Faiz Mohamed Aris, Abdul Majid Yusof, Dr. Hassan Yaakob, dan Mary Yap Kain Ching.

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN INDIGENOUS
v  Kementerian pelajaran telah memberikan penekanan dan fokus kepada keperluan mendefinisikan semula persekolahan mereka.
v  Pendefinisian semula dilakukan untuk membnatu anak-anak indigenous supaya tidak tercicir dlm arus pendidikan.
v  Melalui pendemokrasian pendidikan, kemudahan infrastruktur yang sempurna meliputi kemudahan sekolah yang mempunyai asrama & peralatan lengkap, penggunaan bahan bantu mengajar yang terbaik diharap dapat membantu golongan ini.
v  4. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan tindakan kolektif dengan mengadakan Program ‘Outreach’ Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan anak OA dan indigenous.
v  5. Terdapat pegawai yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, mendaftarkan anak OA & indigenous, memberi ceramah, menggalakkan tabungan, dsb.
MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN PEDALAMAN
*      Kerajaan mengakui terdapat keperluan untuk mengatasi kelemahan dlm capaian, ekuiti, dan kualiti pendidikan, khasya dlm kalangan kumpulan kanak-kanak pedalaman.
*      Ini membabitkan peningkatan dalam kapasiti institusi serta sumber manusia dalam melatih guru dan kaunselor sekolah, menambah baik penjagaan dan pembangunan awal kanak-kanak dan menggalakkan pendidikan berasaskan kemahiran hidup.
*      Kerajaan telah menyediakan dana dan sokongan teknikal kepada Kementerian Pelajaran untuk menilai impak dan keberkesanan Program Pembacaan Tambahan.
*      Program Pembacaan Tambahan dimulakan pada 2006 untuk menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan bagi murid sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak.
*      Kerajaan juga berusaha meningkatkan program Pendidikan Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup (LSBE), yang memberi kapasiti kepada guru untuk mengajar mengenai pencegahan HIV, dgn sasaran 100 buah sekolah di Malaysia dan turut melibatkan sekolah di pedalaman.
*      Pada tahun 2005, 4.4% murid sekolah rendah  dan 0.8% pelajar sekolah menengah masih belum menguasai kemahiran 3M.
*      Mulai tahun 2006, KPM telah memperkenalkan Kelas Intervensi Awal membaca dan Menulis (KIA2M) bagi memastikan murid-murid Tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis selepas 6 bulan mengikut persekolahan.
*      Murid yang mempunyai masalah pembelajaran akan mengikuti kelas pemulihan.
*      Sehingga tahun 2005, KPM telah mengadakan pendidikan prasekolah kpd 92 303 kanak-kanak berumur 5+ dengan menyediakan 3 868 kelas prasekolah.
*       Manakala, agensi swasta telah  menyediakan sebanyak 13 130 prasekolah kpd 610 714 orang kanak-kanak.
*       Cabaran KPM ialah untuk memperluas pendidikan prasekolah ke semua SK.
*       KPM juga memperluas Program Pemulihan dengan menaiak taraf 2 800 kelas pemulihan dan menyediaka guru yang cukup.
*      Kerajaan telah membantu KPM dan Mercy Malaysia untuk meningkatkan pelaksanaan program-program kesiapsagaan kecemasan yang disasarkan kepada kanak-kanak luar bandar yang terdedah dengan bencana alam.
*       KPM juga telah memperkenalkan m/p Bahasa Arab Komunikasi (BAK), Bahasa Cina Komunikasi (BCK), dan Bahasa Tamil Komunikasi (BTK).
*       Pada tahun 2007: BCK dan BTK ditukar ditukar kepada Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
*      BAK pula diserap dalam program Jawi, Al-Quran, Bahasa arab dan Fardhu Ain (j-QAF).
*      Tindakan kerajaan ini membuktikan penerimaan kepelbagaian budaya dalam masyarakat kita.
*       Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar : menyempurnakan infrastruktur, penyediaan kemudahan ICT, insentif guru, program intervensi murid serta aspek sokongan dan bantuan utk murid.

Projek Berimpak Tinggi
  1. Memperluas program pendidikan prasekolah KPM dgn menyediakan lebih 2 400 kelas prasekolah di lur bandar termasuk menyediakan latihan guru prasekolah dan kemudahan komputer serta perisian.
  2. Membaiki penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik 24 jam bagi 900 buah sekolah dan bekalan air bersih bagi 300 buah sekolah.
  3. Meningkatkan kemudahan bilik darjah luar bandar supaya mencukupi dan berkualiti dengan menyediakan bangunan baru.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
  1. Menyediakan asrama sekolah baru dan membaiki asrama sedia ada bagi menampung hampir 65 000 penghuni, meyediakan peruntukan makanan tambahan.
  2. Meningkatkan kelas pemulihan di luar bandar sebanyak 5000 kelas bagi memperkukuh penguasaan kemahiran 3M.
  3. Memperluas penawaran m/p vokasional (MPV) kpd 480 sekolah luar bandar nagi meningkatkan peluang murid kurang cenderung akademik utk mengikutinya.
  4. Membestarikan sekolah luar bandar.

No comments:

Post a Comment

^_^