Friday 18 November 2011

PKB 3107(KAUB)

TOPIK 1: KEPENTINGAN KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB) UNTUK MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

v  Apakah kategori murid yang memerlukan pendidikan khas?
o   Murid yang cacat anggota tapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar
o   Mempunyai pelbagai kecacatan (cacat anggota) @ terencat akal yeng ringan
o   Mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain (disahkan oleh pakar perubatan)

v  Mengapa KAUB diajarkan kepada kanak-kanak berkeperluan khas?
o   Untuk membolehkan mereka mengalami kehidupan yang selesa serta  dapat bersosial
o   Membolehkan seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang bersih & sihat
o   Membantu seseorang menjaga imej diri sendiri
o   Membantu menjaga kesihatan & kebersihan diri

v  Apakah bidang kemahiran hidup yang sesuai untuk murid PKBP?
o   Menjaga kebersihan diri, bilik darjah & rumah tangga
o   Menjaga keselamatan diri di rumah, di bilik darjah & tempat awam
o   Kemahiran asas untuk hidup berdikari

v  Senaraikan amalan kebersihan diri yang perlu diajarkan kepada murid-murid berkeperluan khas
o   Amalan kebersihan diri
o   Rupa
o   Badan
o   Rambut
o   Gigi
o   Tangan & Kaki




v  Apakah pertimbangan guru dalam pengurusan bilik darjah PKBP?
o   Perabot disusun mengikut kesesuaian bilik darjah
o   Ruang pengudaraan dalam keadaan yang baik
o   Kebersihan luar & dalam bilik darjah diutamakan
o   Keselamatan di bilik darjah dititik beratkan
o   Elakkan bilik darjah daripada segala gangguan
o   Lokasi bilik darjah di tingkat bawah
o   Peralatan elektrik berfungsi dengan baik
o   Bahagian luar & dalam bilik dihias untuk lebih ceria

v  Nyatakan tujuan membersih & mengemaskan rumah
o   Menjaga kesihatan mereka yang tinggal di dalamnya
o   Menambahkan keserian & keceriaan rumah kita
o   Penjagaan kebersihan & kesihatan dapat mengelakkan daripada merebaknya beberapa jenis penyakit berjangkit
o   Memberikan ketenangan & keselesaan kepada penghuninya
o   Supaya peralatan & perabot sentiasa dalam keadaan tersusun

v  Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keselesaan rumah tangga?
o   Pengudaraan : tingkap, pintu & lubang udara. Juga kipas angin & Aircond
o   Pencahayaan : daripada matahari & lampu
o   Lantai : dijaga dengan bersih (dialas dengan karpet @ tikar)
o   Skim warna : warna lembut menenangkn fikiran (warna gelap memberikan suasana yang garang @ panas dalam rumah

v  Apakah tugas-tugas  pembersihan luar rumah yang perlu didedahkan kepada murid PKBP?
o   Masukkan sampah dalam plastik sebelum dimasukkan ke dlm tong sampah
o   Bersihkan semak-samun di sekeliling rumah
o   Kutip daun-daun  kering & sampah di halaman
o   Penyelenggaraan parit & longkang seminggu sekali
o   Pastikan tiada air bertakung dalam longkang
o   Pasu bunga disusun dengan kemas
o   Tong sampah perlu ditutup

v  Apakah aspek-aspek yang perlu dititikberatkan dalam menjaga keselamatan diri di rumah?
o   Kawalan & Keselamatan : pintu pagar perlu sentiasa ditutup
o   Keselamatan pakaian : simpan  ditempat yang sesuai (supaya tidak berhabuk & kotor)
o   Keselamatan perabot : disusun dengan kemas & di tempat yang sesuai (supaya tidak terlanggar)
o   Keselamatan peralatan : simpan di tempat yang sesuai, guna dengan cermat (ciri tidak tercedera & peralatan tidak rosak)
o   Keselamatan perkakas masak : pisau, sudu, periuk di simpan dalam kabinet @ laci
o   Keselamatan barang-barang berharga/barang kemas : disimpan di tempat yang tidak mudah diceroboh & berkunci


v  Nyatakan aspek-aspek keselamatan diri di tempat awam
o   Peraturan melintas jalan
o   Peraturan semasa mengguna pengangkutan awam
o   Peraturan semasa di pusat membeli-belah
o   Peraturan di taman bunga / rekreasi / tempat hiburan
o   Tertib makan & minum di restoran / jamuan / perayaan
o   Tertib semasa bercakap di dalam rumah ibadat / hospital / tempat kematian dan sebagainya

v  Apakah kemahiran-kemahiran asas utk hidup berdikari yg perlu diajar kpd murid PKBP?
o   Mengurus diri : mjaga kebersihan, amalan ke tandas, kebersihan rambut, amalan semasa haid dll
o   Membeli / menyediakan makanan & minuman : makanan & minuman ringkas untuk sarapan (membeli semasa di kantin)
o   Memakai pakaian : memilih pakaian harian, memakai & mengemas pakaian
o   Membasuh pakaian : pakaian sendiri (stoking, seluar dalam, baju dalam dll)
o   Kemahiran vokasional : membaik pulih perabot yang ringkas (memaku)
o   Menyimpan wang : dalam tabung, dalam buku akuan (daripada wang belanja harian)
o   Mengguna kemudahan awam : dapat guna bas, teksi, LRT (mana yang sesuai). Boleg guna telefon awam, berurusan di pejabat pos.

v  Nyatakan kepentingan KAUB
o   Dididik supaya murid PKBP dapat berdikari
o   Supaya mereka dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna, teratur, sistematik & tidak banyak bergantung kepada orang lain
o   Membiasakan mereka dengan kehidupan yang sebenar & mengalami kehidupan seperti orang lain
o   Untuk memberi peluang mengembangkan potensi diri dari segi jasmani, emosi dan rohani
o   Keupayaan terpendam dalam diri mereka dapat dilatih untuk memenuhi keperluan mereka melaksanakan tugas harian
o   Supaya guru-guru dapat mengkaji kebolehan & kemampuan murid PKBP (untuk merangka strategi & memilih jenis KAUB yang perlu )

v  Senaraikan contoh aktiviti yang perlu didedahkan kepada murid PKBP
o   Aspek urus diri
o   Menyikat & mendandan rambut
o   Memilih & memakai pakaian
o   Menyedia makanan & minuman untuk diri sendiri
o   Mencuci & membasuh pinggan mangkuk
o   Menggunakan tandas
o   Membeli makanan di kantin
o   Mengemas beg sekolah
o   Melaksanakan kerja rumah tanpa disuruh
o   Menyertai P&P tanpa dipaksa

v  Murid khas dilatih menghadapi situasi sebenar. Apakah contoh situasi tersebut?
o   Menyediakan makanan & minuman
o   Membasuh & mencuci pakaian
o   Mengemas tempat tidur
o   Mengemas bilik
o   Membeli makanan & keperluan diri

v  Berikan tujuan mempelajari amalan kebersihan & kesihatan
o   Untuk keselesaan diri & orang lain dalam persekitaran kita
o   Hidup tanpa penyakit
o   Menjalani kehidupan tanpa gangguan
o   Membantu rakan dalam menikmati hidup yang selesa

v  Apakah kemahiran urus diri yang perlu dipelajari & dikuasai oleh murid PKBP?
o   Kemahiran urus diri di rumah & keluarga
o   Kemahiran urus diri di sekolah
o   Kemahiran urus diri dalam persekitaran

v  Apakah bidang-bidang  kurikulum bagi PKBP?
o   Bidang kemahiran hidup
o   Bidang keharmonian & nilai-nilai murni
o   Bidang sosial, riadah & kreativiti
o   Bidang akademik

v  Aspek-aspek keselamatan diri yang perlu ditekankan ialah
o   Mengenalpasti keperluan keselamatan diri
o   Membuat analisis tentang keselamatan
o   Latihan dan lakonan
o   Amalan realiti hidup


TOPIK 2 : URUS DIRI
v  Amalan kebersihan dar aspek agama, ekonomi & sosial
o   Agama : kebersihan diri, tempat tinggal & tempat kerja. Kebersihan menjamin kesejahteraan hidup. (sebagai tuntutan utama semasa menghampiri Tuhan)
o   Ekonomi : kegiatan perladangan, perindustrian dapat mengelakkan pencemaran jika mengutamakan kebersihan. (kesihatan yang terganggu menjejaskan aktiviti ekonomi
o   Sosial : kebersihan boleh mengelakkan jangkitan penyakit, wabak penyakit & menjaga alam sekitar.

v  Menama & melabel alat penjagaan diri
o   Sikat : untuk menyikat rambut (jangan berkongsi dengan orang lain)
o   Sabun : membersihkan badan ketika mandi
o   Berus & Ubat Gigi : menjaga kebersihan gigi (3 X sehari)
o   Syampu : mencuci rambut dengan syampu
o   Pembersih muka : segala kotoran & habuk disingkirkan

v  Cara menjaga kebersihan anggota
o   Tangan : guna air & sabun (keringkan)
o   Kaki : pakai kasut / selipar. Basuh & keringkan (pakai stoking)
o   Rambut : syampu & sikat
o   Kuku : potong
o   Badan : mandi bersabun, guna tuala yang bersih
o   Gigi : berus selepas makan, sebelum tidur & selepas bangun tidur

v  Kepentingan berdandan :
o   Mendidik diri agar sentiasa suka kepada kebersihan & menjaga penampilan diri
o   Dapat membina keyakinan diri seseorang individu

v  Alat-alat dandanan
o   Sikat
o   Bedak
o   Minyak wangi
o   Losen
o   Lipstik
o   Minyak rambut

v  Kepentingan berdandan
o   Menjaga kesihatan :
o   Menjaga penampilan : penampilan yang baik membina keyakinan diri
o   Keyakinan diri : sentiasa bermotivasi dalam menjalankan aktiviti, juga meyakinkan orang lain
o   Menjaga hubungan : jika tidak jaga kebersihan akan disisihkan & dihina
o   Kelihatan cantik & segak : sifat semula jadi manusia, orang lain senang berdamping dengan kita
v  Apakah persediaan sebelum kedatangan haid?
o   Mengamalkan kebiasaan menandakan di kalendar tarikh mula & akhir. (untuk meramal tarikh bulan hadapan). Membawa tuala wanita ke sekolah

v  Bagaimana cara penjagaan semasa kedatangan haid?
o   Guna tuala wanita / tapon yang bersih. Ditukar 3 - 4 jam sekali. (guna seluar dalam jenis kain kapas)

v  Jika keseimbangan terganggu, bakteria membiak & menjangkiti dinding faraj. Apakah sebab berlakunya keadaan demikian?
o   Pengambilan antibiotik terlalu lama
o   Terlebih tidur
o   Pemakanan tidak seimbang
o   Pengambilan pil perancang
o   Masalah faraj

v  Bagaimana cara membersihkan diri selepas kedatangan haid?
o   Jangan basah / basuh kemaluan dengan sabun atau buih
o   Pakai pakaian dalam yang selesa
o   Tukar tuala 3 – 4 jam sekali
o   Bahagian kemaluan sentiasa kering


TOPIK 3 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

v  Apakah alat yang digunakan untuk membersihkan bilik darjah?
o   Penyapu : untuk menyapu sampah di lantai kelas
o   Bulu ayam : untuk membuang habuk di meja, almari, cermin dll
o   Pemadam papan putih : mencuci papan putih sahaja
o   Penyodok sampah : mengisi sampah sebelum dimasukkan ke dalam bakul sampah
o   Bakul sampah : untuk mengisi sampah kering sahaja
o   Mop : mengelap lantai yang basah (menanggalkan habus halus)
o   Tuala kecil : mengelap meja guru & murid / tumpahan kecil
o   baldi : mengisi air untuk mencuci mop

v  Huraikan cara-cara  penggunaan alatan dalam bilik darjah
o   Penyapu : pegang menggunakan tangan (penyapu diseret, tidak boleh dihayun) Kawasan yang kering sahaja
o   Penyodok : memasukkan sampah yang telah disapu sebelum dimasukkan ke dalam bakul sampah
o   Bulu ayam : untuk membuang habuk. Pegang menggunakan tangan. (Elak membasahkan bulu ayam dengan air)
o   Pemadam papan putih : bahagian span ke bahagian papan putih. Diketuk beralaskan surat khabar
o   Bakul sampah : sampah berbentuk cecair tidak boleh dibuang dalam bakul sampah
o   Tuala kecil : lap tuala pada tumpahan kecil. Basahkan tuala dan diperah. Basuh semula & jemurkan.
o   Mop : dibilas dengan air bersih selepas digunakan

v  Bagaimana cara menyusun peralatan dalam kelas?
o   Bahan bantu mengajar :
o   Kad imbasan – disusun dengan kemas di tempat asal
o   Carta – gantung semula pada paku yang disediakan
o   Buku cerita / majalah : menyusun di rak-rak  yang tersedia di sudut bacaan
o   Alatan permainan : letakkan di sudut yang ditetapkan. Sediakan bakul / kotak
o   Alatan membersihkan kelas :
ü  Penyapu – diletak di sudut belakang kelas(tidak berhampiran dengan air)
ü  Bulu ayam – digantung di tempat asal
ü  Penyodok sampah : disimpan bersama penyapu
ü  Bakul sampah : diletakkan bersama-sama  dengan penyapu & penyodok

v  Bagaimanakah guru dapat menceriakan kelasnya?
o   Cat baru : pilih masa yang sesuai. guna warna yang sesuai & menarik
o   Aksesori : seperti bunga gantung, rama-rama gantung, bunga plastik di meja guru, cermin bercorak kartun, tempat mengukur tinggi & origami pelbagai bentuk
o   Carta : seperti carta organisasi, carta kedatangan, carta motivasi, carta mata pelajaran dll
o   Langsir : bercorak & berwarna yang sesuai dengan cat dinding
o   Pemilihan warna : pilih warna yang sesuai.

v  Nyatakan fungsi bagi warna-warna berikut
o   Merah : mempengaruhi kekuatan & keberanian
o   Jingga : kegembiraan & kecerian
o   Kuning : keintelektual membuat keputusan
o   Hijau : warna alam mewujudkan keharmonian & ketenangan
o   Biru : memberi ketenangan, baik untuk migrain
o   Ungu : meningkatkan kepercayaan diri

TOPIK 4 : PENGURUSAN RUMAH TANGGA
v  Nyatakan jenis ruang bagi sesebuah rumah & fungsinya
o   Ruang anjung : bersantai / berehat bersama keluarga
o   Ruang istirehat : berehat bersama keluarga
o   Ruang tamu : untuk melayan tetamu & sahabat handai
o   Ruang makan : makan bersama keluarga
o   Ruang dapur : untuk memasak
o   Bilik tidur : untuk tidur & merehatkan badan
o   Bilik air / tandas : membuang air besar & kecil serta membersihkan diri

v  Habuk adalah salah satu punca kekotoran di rumah kita. Nyatakan cara untuk mengatasinya
o   Mengirai : mengirai alas meja
o   Menyebat : menyebat hamparan kecil
o   Memberus : memberus alas kaki
o   Menyapu lantai :
§  Penyapu rami (lantai konkrit, terazo, marmar)
§  Penyapu lidi (lantai papan & konkrit)
§  Penyapu plastik (mozek & konkrit)
§  Mengesat / mengelap : dengan kain pengesat lembap (dari atas ke bawah)
§  Menyedut habuk : pembersih vakum (permaidani, sofa, celah lantai)
v  Senaraikan aktiviti untuk  membersih & mengemaskan tempat kediaman
o   Menganginkn bilik
o   Mengemas
o   Menyapu
o   Mengelap habuk
o   Vakum
o   Membersihkan perabot
o   Mengelap perabot

v  Apakah yg perlu dipatuhi oleh murid selepas menggunakan bilik khas?
o   Mengemas & menyusun semula alatan yang digunakan
o   Menyimpan alat sukan / permainan dalam stor
o   Masukkan pakaian kotor dalam bakul yang disediakan
o   Mengemaskan katil bila digunakan
o   Mengemas meja solek & membaca
o   Patuh pada arahan bila menggunakan sesebuah bilik
o   Menghormati hak orang lain
o   Tidak membuat sepah / mengotor bilik sesuka hati

v  Bagaimanakah caranya untuk menjaga kebersihan dapur?
o   Elak memegang periuk, pembalut makanan, buku resepi, berhampiran / di atas ruang memasak
o   Pastikan rak sentiasa bersih daripada minyak (api mudah menyambar minyak)
o   Elakan bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan tempat memasak
o   Simpan bahan mudah terbakar & bahan kimia ditempat yang selamat
o   Semua paip tabung gas, diperiksa selalu
o   Adakan pengawasan yg baik
o   Bungkusan kertas barangan hendaklah diletak jauh dari dapur
o   Sampah sarap dibuang dalam tong sampah yang tidak mudah terbakar (dan bertudung)




v  Senaraikan beberapa langkah keselamatan di dapur yang perlu diikuti
o   Keselamatan kebakaran di dapur :
o   Elak meninggalkan dapur semasa memasak
o   Mengawasi & memeriksa makanan yang dimasak menggunakan alat pembakar
o   Elakkan memasak jika mengantuk, pening, atau setelah mengambil ubat yang menyebabkan mengantuk
o   Keselamatan litar elektrik di dapur :
ü  Gunakn satu peralatan satu soket
ü  Sambungan wayar sementara hendaklah dikurangkan
ü  Tutup semua suis utama jika tidak digunakan
ü  Wayar yang pecah / rosak diganti dengan segera

o   Memadamkan kebakaran di dapur
1)    Kebakaran minyak :
·         Padamkan api dapur
·         Tutup permukaan dengan tudung
·         Biar kuali / periuk menjadi sejuk
·         Buka penutup perlahan-lahan

2)    Kebakaran ketuhar :
      • Tutup sumber elektrik
      • Ubah / alih ketuhar ke tempat terbuka
      • Pastikan penutup ketuhar sentiasa tertutup

v  Murid khas dilatih menggunakan tandas. Apakah aspek yang perlu ditekankan?
o   Tidak membiar air bertakung
o   Bersihkan lantai setelah digunakan
o   Singki mestilah sentiasa bersih
o   Gunakan pam tandas dengan betul
o   Tidak membuang sampah ke dalam lubang tandas
o   Sentiasa dalam keadaan bersih, selamat & harum




TOPIK 5 : PAKAIAN

v  Berikan perbezaan pakaian formal, pakaian seragam, pakaian rasmi & pakaian kasual
o   Pakaian formal : pakaian tradisional, pakaian seragam, pakaian rasmi, & pakaian upacara
o   Pakaian seragam : sekolah, polis, tentera, jururawat dsbnya, (dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan ahli kumpulan & bertanggungjawab menjaga imej kumpulan)
o   Pakaian rasmi : menjalankan tugas tertentu oleh ahli profesional, doktor, peguam, hakim dsbnya.
o   Pakaian kasual : untuk melakukan aktiviti luar, semasa di rumah, membeli-belah dsbnya. (selesa, mudah pergerakan, tahan lasak & ringkas)

v  Nyatakan jenis-jenis pakaian
o   Pakaian asas :
o   Pakaian mengikut jantina:
o   Pakaian mengikut bangsa : (Tradisional Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban)

v  Nyatakan prosedur memakai dan menanggalkan pakaian tidak berbutang & berzip
o   Memakai : memakai dari atas (kepala dulu)
o   Menanggal : tarik baju ke atas
o   Memakai seluar : masuk kaki kanan dulu, tarik sampai ke pinggang (tarik ke bawah perlahan-lahan sehingga keluar dari badan)

v  Bagaimanakah cara memakai pakaian berzip?
o   Memakai baju : buka zip, sarungkan dari atas (kepala dulu),
o   Masukkan tangan kemudian zipkan.
o   Menanggalkan baju : buka zip, tarik baju bawah ke atas, keluarkan tangan, kemudian keluarkan kepala.
o   Memakai seluar : buka zip, sarungkan seluar, tarik ke paras pinggang & zipkan

v  Nyatakan prosedur memakai dan menanggalkan pakaian berbutang / bercangkuk
o   Memakai baju : buka butang / cangkuk baju, pakai baju, (tangankanan dulu), kemudian butangkan / cangkukkan ikut urutan
o   Menaggalkn baju : buka butang / cangkuk ikut urutan, tanggalkan tangan kanan dahulu kemudian kiri
o   Memakai seluar : buka butang, masukkan kaki, butangkan ikut urutan
o   Menaggalkan seluar : buka butang ikut urutan, tarik seluar ke bawah (hingga ke kaki), keluarkan kaki kanan dulu.

v  Mengenal jenis-jenis pakaian mengikut situasi
o   Pakaian seragam sekolah : beza pakaian lelaki & perempuan (murid biasa & pengawas)
o   Pakaian sukan :
ü  Menutup aurat (seluar panjang hitam / biru gelap), T shirt putih, tudung putih, berkasut permainan
ü  Baju kain mudah serap peluh
o   Pakaian unit beruniform :
ü  Pengakap
ü  Puteri Islam : baju kurung, kain susun tepi (merah jambu)
ü  Pandu Puteri : baju & kain biru laut, skarf biru tua.
o   Pakaian menghadiri majlis rasmi :
ü  Baju melayu :

v  Apakah pakaian menghadiri majlis rasmi?
o   Baju melayu
o   Baju kurung
o   Kebaya nyonya








TOPIK 6 : TATASUSILA / ADAB

v  Berikan definisi bagi tatasusila & adab
o   Tatasusila : adat-istiadat, adat resam, cara, peraturan & prosedur
o   Adab : tingkah laku serta tutur kata yang halus, budi bahasa, budi pekerti yang halus & kesopanan

v  Huraikan cara bercakap yang sopan & melafazkan ucapan dengan suara, nada & irama yang betul
o   Bercakap yang sopan : mggunakan tutur kata yang lemah lembut,tidak menjerit / menengking
o   Reaksi muka mestilah manis & senyum (jangan masam muka /merenung tajam)
o   Minta maaf dengan segera bila melakukn kesilapan
o   Ucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu
o   Gunakan suara, nada, & irama yang betul (boleh menimbulkan salah faham jika tidak sesuai)
o   Menggunakan suara yang jelas dengan nada yang sesuai
o   Menggunakan kata ganti diri yang sesuai (mencerminkan keperibadian seseorg)

v  Bagaimanakah murid patut bertindak terhadap arahan guru?
o   Murid menjadi pendengar yang baik (tingkah laku yang bersesuaian ketika mendengar arahan)
o   Memberi perhatian kepada arahan (tumpuan sepenuh kepada mesej yang disampaikan)
o   Jangan berbual / membuat kerja lain semasa guru memberi arahan
o   Gguru memantau reaksi murid terhadap setiap arahan (arahan mudah, ringkas & jelas)

v  Jelaskan maksud pemakanan yang betul
o   Makan makanan yang berkhasiat seperti piramid makanan. (makanan ringan merbahaya kesihatan)
o   Pemakanan yang betul menjamin kesihatan
o   Tidak tidur selepas makan (sekurang-kurangnya 4 jam)

v  Apakah adab-adab yang perlu dipatuhi sebelum, semasa & selepas makan?
o   Sebelum makan :
ü  Bersihkan diri & tukar pakaian (jika berpeluh & kotor)
ü  Cuci tangan dengan sabun
ü  Jika selsema (jangan makan dengan tetamu)
ü  Jangan mengetuk gelas, sudu & pinggan
ü  Jangan menongkat dagu
ü  Jangan tidur di meja makan
ü  Duduk dengan sopan
ü  Jangan menghayun kaki (menyentuh orang lain)
ü  Jangan mendahului orang lain

o   Semasa makan :
ü  Mula dengan bacaan doa
ü  Makan setelah orang dewasa mengambil makanan
ü  Ambil makanan yang paling hampir
ü  Jangan biarkan nasi masuk ke dalam lauk
ü  Cuba elakkan bunyi hentakan sudu & garpu
ü  Elakkan bercakap & sendawa masa makan
ü  Jangan membazir makanan
ü  Tiada sisa makanan berbaki di tangan
ü  Jangan minum terlalu banyak

o   Selepas makan :
ü  Baca doa selepas makan
ü  Basuh tangan hingga bersih
ü  Elakkan mencungkil makanan dalam mulut
ü  Bawa pinggan ke singki
ü  Bantu kemaskan meja & cuci pinggan
ü  Jangan terus tidur






v  Apakah cara interaksi yg berkesan?
o   Menggunakan nada yang bersesuaian
o   Tahu pangkat & darjat orang yang menjadi pendengar
o   Tidak bercakap kasar (sebaliknya lemah lembut)
o   Jangan menyampuk masa yang tidak sesuai (pandai mengambil giliran)
o   Jangan menghentam pendapat org lain
o   Jadi pendengar yang baik

v  Mengenal pangkat dalam masyarakat
o   Ikut perhubungan darah
o   Kedudukan / peranan dalam masyarakat
o   Jawatan yang disandang


TOPIK 7 : PENGENALAN KEPADA WANG DAN MEMBELI BELAH

v  Berikan definisi wang
o   Suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan dalam kegiatan jual beli & urus niaga lain

v  Jelaskan tentang kegunaan & nilai wang
o   Sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter.
o   Sebagai unit pembayaran untuk urus niaga ekonomi di sesuatu negara
o   Sebagai bentuk perantara & bukan nilai sebenar

v  Apakah cirri-ciri  wang?
o   Nilainya stabil dari semasa ke semasa
o   Mudah untuk dibawa, dipindahkan & disimpan
o   Tahan lama & tidak ubah bentuk / kualitinya dalam jangka masa panjang
o   Penawaran terhad (tak mudah ditambah)
o   Sukar ditiru
o   Mudah dibahagikan kepada unit-unit kecil



v  Nyatakan fungsi wang
o   Alat perantaraan pertukaran :
ü  Tidak memerlukan kehendak serentak (sistem barter)
ü  Pengguna membayar wang kepada penjual (penjual boleh guna wang untuk mendapatkan barang yang diperlukan)

o   Alat satuan nilai :
ü  Menilai sesuatu barang dalam unit wang (ringgit & sen)
ü  Boleh membandingkn sesuatu barang dengan barang yang lain dalam unit ukuran yang sama

o   Menyelesaikan bayaran tertunda :
ü  Boleh digunakan dalam urus niaga kredit (nilainya yang stabil)
ü  Masalah untuk memikirkan sesuatu barang yang diperlukan untuk menyelesaikan bayaran tertunggak dapat diatasi

o   Alat penyimpan nilai :
ü  Alat penyimpan nilai yang baik (nilai yang stabil & sifatnya yang tahan lama)
ü  Masyarakat menyimpan kekayaan dalam bentuk wang di institusi kewangan (penyimpan akan mendapat faedah daripada simpanan)

v  Berikan contoh aktiviti yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah bagi tajuk ini
o   Latihan matematik tentang wang (mengenalpasti jenis-jenis  wang & nilai-nilai  wang)
o   Soalan berbentuk situasi harian (melibatkan +, ─, X, ÷)
o   Lakonan jual beli (menggunakan wang mainan)

v  Pengalaman murid untuk mendapatkan pengalaman sebenar
o   Di kantin
o   Di koperasi





TOPIK 8 : KEMAHIRAN PRA-VOKASIONAL

v  Apakah langkah yang dijalankan semasa mengajar kemahiran  Pra vokasional?
o   Tidak perlu mensasarkan terlalu banyak objektif pengajaran bagi setiap sesi P & P
o   Mengajar mengikut urutan bersesuaian dengan kebolehan pelajar
o   Mengajar daripada yang mudah kepada yang susah (memahami konsep sebelum beralih kepada kemahiran yang lebih kompleks)
o   Dedahkan murid-murid  dengan kemahiran asas sebelum mempelajari kemahiran yang lebih kompleks

v  Apakah langkah keselamatan 4M yang dijalankan di bengkel?
o   Membersih : kebersihan dari segi fizikal & mental
o   Menyusun atur : alatan & bahan disusun di tempat yang ditetapkan
o   Menilai : penilaian diri mengenai mutu kerja & hasil kerja
o   Mendisiplin : sentiasa mempraktikan peraturan keselamatan

v  Senaraikan peraturan keselamatan diri yang perlu dipatuhi
o   Berbaju lengan pendek / melipat baju berlengan panjang
o   Menanggalkan tali leher & memasukkan ke dalam baju
o   Memakai kasut
o   Menggunakan pelindung mata (bg kerja-kerja tertentu)
o   Memakai apron jika perlu
o   Mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin
o   Mengikut arahan guru semasa di bengkel
o   Berambut pendek & mengikat rambut jika panjang

v  Apakah aspek keselamatan semasa menggunakan elektrik
o   Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul
o   Matikan suis ketika mencabut plag / menukar lampu
o   Tidak membaiki sendiri peralatan elektrik
o   Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah
o   Tidak mengendalikan alat elektrik ketika tangan basah
o   Tidak menggunakan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik
o   Matikan suis utama dengan segera jika berlaku kejutan elekrik
o   Tidak menyentuh mangsa kejutan elekrik dengan tangan (gunakan kain / bahan bukan logam)

v  Apakah peraturan penggunaan alatan semasa di bengkel?
o   Menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul
o   Berhati-hati  semasa menggunakan alatan tangan
o   Menyimpan semua alatan & bahan di tempat asalnya
o   Menyimpan bahan mudah terbakar di tempat yg selamat

v  Apakah fungsi kotak pertolongan cemas & nyatakan kandungan yang perlu ada dalamnya
o   Untuk digunakan jika berlaku kemalangan kecil seperti luka, tersepit, berdarah semasa di bengkel.
o   Kandungan kotak pertolongan cemas :
ü  Iodin
ü  Ubat antisepti
ü  Kapas
ü  Gunting
ü  Plaster
ü  Pin
ü  pembalut luka

v  Senaraikan komponen-komponen pra vokasional & matlamat yang boleh diperolehi kepada murid berkeperluan khas
o   Penyediaan makanan : melahirkan murid yang berkemahiran & berketrampilan dalam aspek tersebut
o   Kraf tangan : melahirkan murid yang berkemahiran & kreatif dalam menghasilkn projek kraf tangan asas
o   Pertanian : melahirkan murid yang berkemahiran & produktif
o   Perkhidmatan : menyediakan murid dengan pengetahuan serta mampu mengamalkan budaya kerja yang baik
o   Penyelenggaraan : melahirkan murid yang berkemahiran dalam kerja asas mekanik
o   Asas ketukangan : melahirkan murid yang berkebolehan dalam kerja pertukangan & sentiasa mengamalkan langkah keselamatan
o   Kerja paip : membolehkan murid mempelajari & mempraktikkan kerja-kerja ringan yang berkaitan pemasangan paip

v  Senarai fungsi-fungsi mata pelajaran pra vokasional
o   Peningkatan kendiri
o   Pengenalan alam perniagaan
o   Mempelajari asas keusahawanan
o   Peluang kerjaya dalam bidang berkenaan
o   Mempelajari peraturan, etika dan budaya kerja
o   Mengamalkan pemeliharaan alam sekitar & alam semula jadi

v  Nyatakan aspek-aspek yang dapat membantu pemerolehan hasil daripada amalan & plaksanaan kemahiran yang dikuasai
o   Mengadakan pameran & promosi hasilan produk
o   Menjual hasilan produk (secara sendiri / melalui ejen)
o   Membuka pusat jualan di arked-arked jualan & pusat membeli-belah
o   Mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan
o   Mengadakan roadshow di pusat-pusat jualan, pusat membeli-belah berkenaan perkhidmatan yang disediakan
o   Menyertai industri kecil sederhana (IKS) untuk mengembangkan lagi potensi
o   Memperoleh lesen perniagaan
o   Memperoleh lesen kontraktor


TOPIK 10 : KESELAMATAN DIRI
v  Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kemalangan di rumah?
o   Lapkan lantai yang basah dan licin
o   Jangan memasak barbeku di dalam rumah / berhampiran garaj
o   Pastikan pin pengetip kertas, paku tekan, sisa-sisa kaca & jarum tidak bertaburan di atas lantai
o   Pastikan perabot & barang kegunaan dalam rumah tidak berbucu tajam
o   Jangan letakkan tv pada rak yang tinggi & tidak teguh
o   Kanak-kanak  mungkin terbelit dengan tali langsir yang panjang
o   Pasangkan grill pada tingkap
o   Gunakan pagar keselamatan di bahagian atas & bawah tangga
o   Kunci kabinet, almari dapur & bilik air
o   Alat solek, perkakas dapur, racun serangga & ubat nyamuk disimpan ditempat yang selamat
o   Pastikan alat permainan tidak mendatangkan kecederaan kpd kanak-kanak

v  Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu untuk mengelakkan terjadinya kebakaran?
o   Jangan biarkan masakan anda tanpa perhatian (jangan tinggalkan)
o   Matikan suis & cabut wayar bila selesai menggunakannya
o   Pakai pakaian yang sesuai
o   Jangan gunakan soket elektrik berlebihan. Periksa kebocoran pada wayar alat-alat  elektrik
o   Padamkan api yang sedang membara
o   Sediakan gas pemadam api di dalam rumah anda

v  Apakah bahaya atau kemalangan yang sering berlaku di luar rumah ?
o   Kilat :
ü  Jauhkan diri dari objek & peralatan besi dan logam
ü  Jangan berbual di telefon
ü  Matikan semua suis peralatan elektrik
ü  Jangan berada berdekatan pagar besi, paip & rel
ü  Berlindung dalam rumah / kenderaan
ü  Berlindung di kawasan yang rendah
ü  Jangan berada di kawasan terbuka & perlu duduk mencangkung
ü  Jika sedang menunggang, tinggalkan basikal / motosikal anda

o   Banjir :
ü  Bersiap sedia untuk pindah ke tempat yang lebih selamat
ü  Buka radio untuk maklumat terkini
ü  Keluar dari kereta yang mati di tengah banjir & berlindung di tempat yang selamat

o   Gegaran bumi
ü  Bertenang, berlindung di bawah meja, atau dinding dalaman
ü  Jauhi dari tingkap & pintu
ü  Turun ke bawah & keluar dari bangunan
ü  Berada di tempat lapang hingga gegaran berhenti (jauhi bangunan, jambatan, kabel elektrik)
ü  Jangan gunakan bahan api seperti mancis, lilin dsbnya (hati-hati  kebocoran gas)
ü  Jangan cemas jika bekalan elektrik terputus
ü  Jika sedang memandu, berhenti & tunggu dalam kereta jika di tempat lapang

o   Tsunami :
ü  JIka berada di kawasan  pantai (bergerak ke kawasan  yang tinggi)
ü  Jika air laut tiba-tiba surut, bergerak ke tempat tinggi secepat mungkin
ü  Gangguan bekalan kuasa :
ü  Pasang radio untuk dapatkan maklumat terkini
ü  Gunakan lampu suluh
ü  Hubungi unit penyelenggaraan Majlis Bandaran jika lif terhenti
ü  Tekan loceng dalam lif & tunggu bantuan
o   Dalam hutan :
ü  Ikut sungai untuk keluar dari hutan
ü  Gunakan isyarat asap untuk meminta bantuan

o   Di taman permainan:
ü  Pastikan semua peralatan dalam kedaan baik

o   Di kolam renang :
ü  Kanak-kanak perlu diawasi oleh ibu bapa semasa di kolam renang
ü  Tidak menghampiri kawasan pool drain
ü  Safety Vacuum Release System perlu dipasang untuk mengesan kebocoran saluran / tmpt perlimpahan air yg tersekat (sistem akan menutup secara automatik)

o   Di halaman rumah / garaj
ü  Jangan hidupkan enjin di dalam garaj (gas monoksida akan masuk ke dalam rumah)

v  Apakah langkah-langkah  keselamatan dalam bilik darjah?
o   memaparkan peraturan bilik darjah (guru mesti selalu mengingatkan tentang prosedur keselamatan)
o   melaporkan kerosakan alat elektrik, soket elektrik, kipas, kerusi dsbnya kepada pentadbir
o   warga sekolah diberi kesedaran agar berhati-hati  menggunakan bahan mudah terbakar
o   mengadakan latihan & demontrasi kebakaran
o   jelaskan peraturan & hukuman bagi kesalahan bergaduh, gangsterisme dsbnya
o   beri peringatan tentang bahan-bahan kimia yang merbahaya
o   pamerkan prosedur tindakan jika berlaku keracunan
o   pihak sekolah perlu ada prosedur pencegahan & tindakan jika berlaku enpcerobohan orang luar

v  Jelaskan bentuk-bentuk  ancaman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada para pelajar
o   Ancaman dalaman : Contoh penularan penyakit AIDS (sindrom kurang daya tahan penyakit) yang disebabkan virus HIV.
o   Ancaman dadah (heroin, morfein, ecstacy & syabu) mencetuskan masalah sosial dalam masyarakat (mencuri,pembunuhan)
o   Ancaman luaran : Ancaman pengganas terhadap Negara (menyerang dgn menggunakan letupan, bahan kimia & radiologi). Bahan kimia akan membahaya untuk jangka masa yang panjang
o   Ancaman mental : Isu penderaan (kanak-kanak & dewasa)
ü  Menganiaya, mencaci, menghamun, mengumpat, menista dengan bahasa yang kasar.
ü  Kesannya – murung, keresahan, pengasingan diri, agresif, & kerencatan perkembangan

No comments:

Post a Comment

^_^