Friday 18 November 2011

TAJUK 2 MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK


TAJUK 2
MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan berbagai punca masalah yang telah menghalang murid daripada menguasai kemahiran matematik. Selain daripada masalah yang berpunca daripada diri murid, pelbagai masalah lain yang boleh mengganggu penguasaan dalam kemahiran matematik mereka.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda akan dapat:

1.         Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid dalam matematik
2.         Dapat membuat pentaksiran berasaskan faktor-faktor ini bagi menempatkan murid mengikut keupayaan mereka dalam matematik
3.         Dapat menggunakan faktor-faktor ini bagi membantu murid untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam matematik





KANDUNGAN ISI
 PENGENALAN

2.2 Pengamatan Visual

Kecelaruan pemprosesan visual atau perseptual merujuk kepada ketidakupayaan untuk menjana maklumat yang diperoleh dari mata. Ia melibatkan penglihatan atau ketepatan penglihatan. Kesukaran dengan pemprosesan visual mempengaruhi bagaimana maklumat visual diintepretasi atau diproses oleh otak. Beberapa kesukaran yang dialami:

1.         hubungan ruang
2.         diskriminasi visual
3.         visual closure
4.         pengenal pastian objek (visual agnosia)

2.3 Pengamatan Auditori

Kecelaruan pemprosesan auditori menghalang keupayaan individu untuk menganalisis maklumat yang diperoleh dari telinga. Kesukaran dengan pemprosesan auditori tidak mempengaruhi apa yang didengar oleh telinga tetapi ia mempengaruhi bagaimana maklumat diintepretasi atau diproses oelh otak. Defisit pemprosesan auditori boleh mengganggu pertuturan dan bahasa secara langsung bahkan boleh mempengaruhi kesemua bidang pembelajaran terutama bacaan dan ejaan. Apabila pengajaran di sekolah bergantung sepenuhnya menggunakan bahasa lisan, individu yang mengalami kecelaruan pemprosesan auditori mungkin mempunyai kesukaran yang serius untuk memahami pelajaran dan arahan. Beberapa kesukaran yang dialami:

1.         kesediaan fonologikal
2.         diskriminasi auditori
3.         auditori memori
4.         auditori sequencing
5.         auditori blending

2.4 Ingatan (memory)

Defisit ingatan memainkan peranan yang signifikan bagi murid yang mengalami masalah dalam matematik. Masalah ingatan adalah bukti utma apabila murid memamerkan kesukaran untuk mengingat asas operasi tambah, tolak. darab dan bahagi. Defisit ingatan juga memain peranan yang signifikan apabila murid berusaha melaksanakan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Murid-murid mengalamai masalah ingatan dari aspek penyimpanan maklumat. Ada murid yang boleh membuat latihan matematik dengan pada hari ini  tapi esok dia lupa. Murid sebegini perlu dilatih kemahiran mengurus maklumat, memberi tumpuan dan kaedah mengingat (Swanson & Sáez, 2003). Terdapat dua prinsip bagi membantu murid untuk mengingat maklumat (McGrath, 2010):

1.         Imaginasi
2.         assosiasi


MENGUMPUL MAKLUMAT
Baca artikel dalam laman web di atas. Catat maklumat tentang faktor-faktor mempengaruhi pembelajaran matematik

2.5 Bahasa

Kebanyakan murid bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dalam bahasa. Menurut American Speech-Language-Hearing Association, masalah bahasa adalah “impaired comprehension and/or use of a spoken, written, and/or other symbol systems” (ASHA, 1993). Kecelaruan mungkin melibatkan bentuk, kandungan atau kefungsian bahasa. Dalam kelas, masalah bahasa merupakan bukti apabila murid bermasalah menggunakan simbol matematik, menzahirkan konsep matematik kepada orang lain dan mendengar penjelasan tentang matematik. Masalah juga berlaku semasa membaca atau menulis ayat penyelesaian masalah matematik. Bahasa boleh menjadi penghubung di antara perwakilan konkrit dengan bentuk simbolik yang lebih abstrak.

2.6 Kognitif

Murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai halangan dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor kognitif. Ianya mungkin pengamatan, ingatan atau faktor penaakulan. Pengamatan terlibat dalam pengumpulan maklumat dari persekitaran dan memprosesnya untuk simpanan serta digunakan. ia bukan sekadar melihat simbol nombor tetapi memegang, menyebut dan menulis nombor tersebut. Ia juga bukan sekadar melihat dan mendengar sahaja malah berusaha mendiskriminasi dan mengintepretasi hasil daripada visual dan auditori.

2.7 Metakognitif

Metakognitif adalah berkaitan dengan keupayaan murid untuk memantau pembelajaran mereka:

1. menilai sama ada mereka belajar
2. menggunakan strategi apabila diperlukan
3. mengetahui sama ada strategi itu berjaya
4. membuat pertukaran apabila diperlukan.

Semua kemahiran tersebut diperlukan bagi sebarang penyelesaian masalah.

2.8 Sosial dan Emosi

Kadang kala dalam situasi akademik kita terlepas pandang  bahawa faktor sosial dan emosi boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran.  Tahap berlakunya masalah ini berbeza antara individu. Sesetengah murid mempunyai masalah untuk bergaul dengan individu lain. Manakala sesetengah murid lain mempunyai konsep kendiri dan harga diri yang rendah. Murid-murid sebegini sangat mudah untuk melakukan kesilapan. Murid yang berasa sangat takut dengan matematik akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam kelas dalam mata pelajaran matematik.

2.9 Motor

Masalah motor terutama dalam tugasan menulis merupakan bukti yang jelas bahawa murid menghadapi masalah dengan pembentukan nombor dan simbol.Kemahiran motor melibatkan lebih daripada satu proses seperti ingatan berkaitan dengan simbol berasaskan ingatan visual dan motor. Kemahiran motor juga melibatkan pengamatan visual dan pemindahan. Di samping itu, indikator bagi masalah motor ini mudah dikenal pasti melalui pembentukan simbol, pengawalan tulisan dari segi ruang dan mengelak diri dari membuat kerja bertulis.


LATIHAN 1
Dengan membuat rujukan, huraikan faktor-faktor yang menghalang penguasaan murid dalam kemahiran matematik. (Jawapan dalam bentuk peta minda)

REHAT
Adakah kita selalu bersorak, gembira dan bercerita tentang kejayaan orang lain sedangkan kita tidak berbuat sesuatu untuk mencapai kejayaan tersebut itu sendiri?

LAYARI INTERNET
Buat rumusan setelah anda membaca artikel ini.










LATIHAN 2
Dalam usaha membina pemahaman murid bagi asas operasi tambah, Apakah perkaitan yang murid mungkin lakukan di antara simbol : 5 + 3 = 8 dengan
(a)    bahasa matematik formal,
(b)    pengalaman praktikal menggunakan jari dan bahasa  
         matematik tidak formal,
(c)     membilang nombor berpandukan gambar seperti ini:
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Jawapan anda hendaklah dibuat dalam bentuk persembahan menggunakan powerpoint).

 



BIBLIOGRAFI

McGrath, C. (2010). Supporting early mathematical development: practical
approaches to play-based learning. London: Routledge Taylor & Francis Group.

Tucker, K. (2006). Mathematics through play in early years: Activities and ideas.
London: Paul Chapman Pubilshing.

Wright, R.J., Martland, J. and Stafford A.N. (2006). Early Numeracy: Assessment
for teaching & intervention. 2nd Edition. London: Paul Chapman Publishing.


 



TAMAT
SELAMAT MAJU JAYA

No comments:

Post a Comment

^_^