Friday 18 November 2011

TAJUK 7 KEMAHIRAN MATEMATIK BERFUNGSI


TAJUK 7
KEMAHIRAN MATEMATIK BERFUNGSI


7.0 SINOPSIS


Topik ini menjelaskan matematik berfungsi, kurikulum berfungsi, pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi serta cadangan aktiviti.
7.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini, anda seharusnya dapat:

1.   menjelaskan kepentingan matematik berfungsi
2.   menghuraikan matematik berfungsi
3.   menjelaskan prinsip-prinsip pengajaran matematik berfungsi
4.   menjelaskan dan memberikan contoh-contoh aktiviti matematik berfungsi


7.2       Matematik Berfungsi

Matematik Berfungsi membolehkan pelajar memiliki pelbagai pengetahuan, kemahiran dan melahirkan pelajar yang berkeyakinan dalam kehidupan harian dan kerjaya.  Individu yang memiliki kemahiran ini akan dapat meningkatkan diri dalam bidang pendidikan, latihan dan kerjaya serta dapat memberi sumbangan dalam masyarakat dan kerjaya.

Tujuan kemahiran matematik berfungsi adalah:
  • Mengembangkan kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya, pembelajaran dan kehidupan
  • Menangani masalah kemahiran yang terpisah
  • Menjadikan pelajar lebih berkeyakinan
  • Menjadikan pelajar lebih yakin semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan

Ciri-ciri kemahiran matematik berfungsi  adalah berasas kepada kemahiran menyelesaikan masalah.  Mengajar pelajar kemahiran matematik berfungsi bermakna guru juga membantu membentuk kemahiran penyelesaian masalah pelajar.  Pembelajaran kemahiran matematik berfungsi boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran Bahasa , Matematik mahupun teknologi maklumat  dengan cara menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan harian pelajar.  Kemahiran matematik berfungsi bertujuan melahirkan individu yang memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran  penyelesaian masalah bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih baik dalam komuniti, kehidupan harian dan kerjaya.  Guru bertanggungjawab memastikan Individu bermasalah pembelajaran diajar dan di beri pendedahan menggunakan kemahiran matematik yang dipelajari agar dapat digunakan dalam kehidupan harian dengan baik. 

7.3       Kurikulum Berfungsi (Functional Curriculum)

Kurikulum berfungsi dibentuk untuk mengajar kemahiran kehidupan berfungsi atau dalam kata lain kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan, pekerjaan dan dapat digunakan dalam kehidupan bermasyarakat (Brown et al., 1979; Falvey, 1989; Snell & Broeder, 1987).  Patton, Cronin dan Jairrels (1997) telah menggariskan komponen-komponen di dalam kurikulum berfungsi sebagai kemahiran berfungsi  dalam akademik, pendidikan vokasional, kehidupan bermasyarakat, kehidupan harian, kewangan, kehidupan berdikari, pengangkutan, hubungan sosial, dan keperluan diri. Kurikulum berfungsi perlu diberi kepada pelajar bermasalah pembelajaran agar mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang sangat diperlukan dalam kehidupan dan apabila  pendidikan sedia ada gagal memberi kemahiran yang diperlukan untuk menjalani kehidupan harian setelah mereka tamat persekolahan.

7.4       Pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi.

Pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi adalah sebagai panduan kepada guru matematik untuk menerapkan kemahiran matematik berfungsi dalam pengajaran dan pembelajaran.  Terdapat enam langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengajar matematik berfungsi iaitu:

  • Mengenalpasti matematik berfungsi yang ingin diajar dan perubahan yang yang diharapkan
  • Proses penyelesaian masalah – bagaimana hendak menggunakan proses penyelesaian masalah agar pembelajaran matematik benar-benar berfungsi
  • Merancang aktiviti untuk membantu pelajar dapat menggunakan matematik dengan berfungsi
  • Aktiviti merentas kurikulum
  • Penilaian
  • Refleksi

Guru boleh membantu pelajar untuk menjadikan matematik berfungsi iaitu:

  • Kenalpati situasi yang menggunakan matematik
  • Menggunakan situasi tersebut
  • Menghuraikan situasi menggunakan matematik
  • Membuat analisis, mendapatkan jawapan dan kaedah penyelesaian
  • Menghuraikan hasil matematik berdasar situasi
  • Menjelaskan keputusan dan membuat rumusan

Isi kandungan pengajaran matematik berfungsi :
  • Pengurusan diri
    • Mengenalpasti jumlah cukai
    • Membandingkan perbelanjaan
    • Mengetahui nilai wang yang dimiliki
    • Mengetahui jadual kerja
    • Pengurusan kewangan
  • Pengurusan harta dan kesihatan diri
    • Pertimbangan diri dan orang lain
    • Mengira jumlah kalori yang perlu
    • Jadual pengambilan ubatan
    • Membandingkan perbelanjaan
    • Insurans
    • penyelenggaraan
  • rekreasi
    • membuat perbandingan perbelanjaan pengangkutan
    • perbelanjaan majalah dan surat khabar
    • hiburan : menonton wayang, televisyen, internet, sukan, konsert dan sebagainya

7.5       Model-model Kemahiran Matematik Berfungsi

Life Centered Career Education (LCCE) menggariskan 8 kemahiran matematik  berfungsi dalam kehidupan.

  • Menguruskan kewangan keluarga – menyediakan belanjawan
  • Mengurus rumahtangga – mengira perbelanjaan rumah
  • Mempamerkan cara kerja dan sikap yang betul – memahami arahan secara lisan dan tulisan
  • Membeli dan menyediakan makanan – merancang bagi penyediaan makanan yang berkhasiat
  • Membeli dan menjaga pakaian – merancang perbelanjaan untuk pakaian, menggunakan mesin basuh
  • Keyakinan diri -  menganalisis tahap kemahiran dan menganalisis diri
  • Bergaul dengan komuniti – membuat perancangan perjalanan
  • Kemahiran menyelesaikan masalah -  menggunakan strategi dan penyelesaian yang berkesan

Cronin dan Patton’s menggariskan 6 subdomain dan kemahiran matematik berfungsi

  • Kemahiran dalam pekerjaan – mengetahui jumlah pendapatan
  • Mengurus rumahtangga  - mengira perbelanjaan rumah
  • Keraian -  membandingkan makan di rumah dengan makan di luar
  • Kesihatan -  menggunakan jangka suhu
  • Hubungan  -  merancang kos untuk perjumpaan
  • Perkhidmatan  -  maklumat permit bangunan

7.6       Cadangan Aktiviti Matematik Berfungsi

1)         Situasi

Berikut adalah contoh senario yang boleh digunakan dalam matematik berfungsi

·         Perjalanan bas ke tempat kerja?
·         Membuat secawan kopi?
·         Menonton DVD?
·         Menonton perlawanan bola sepak?
·         Merancang percutian?
·         Cuaca hari ini?
·         Mebuat kuih?

2)         Gambar

Bina soalan berdasarkan gambar?


3)         Perbandingan

Apakah persamaan dan perbezaan bentuk rajah dibawah?

 










Latihan 1

Pilih dua isi kandungan matematik berfungsi yang ingin di ajar kepada
pelajar bermasalah pembelajaran.  Beri dua contoh bagi setiap
kemahiran dan nyatakan kepentingan kemahiran tersebut berdasarkan
isi kandungan yang dipilih

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan


Latihan 2
Pilih satu contoh matematik berfungsi dan huraikan bagaimana
anda hendak mengajar kanak-kanak berkeperlulan khas dengan
menggunakan lapan langkah pengajaran kurikulum matematik berfungsi
oleh Schwartz  and Budd (1981)


Bincangkan aktiviti-aktiviti kemahiran matematik berfungsi yang
boleh dilaksanakan kepada pelajar bermasalah pembelajaran
Tamat

www.cldinternational.org/PDF/Initiatives/MathSeries/dunn.pdf - Similar
www.dddcec.org/ETMRDDV/sample/Bouck.pdf

No comments:

Post a Comment

^_^