Thursday 8 September 2011

BMM 3101(SEM 3)

5.0 Menyediakan RPH berdasarkan tajuk dan objektif yang digunakan oleh guru yang dikaji dengan merujuk kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3

Mata pelajaran                    : Bahasa Melayu                       
Tajuk                                   : Nilai murni                                                                               
Tahun                                  : 3 Al- Ghazali (3 AG)
Bilangan murid                  : 28 orang 
Tarikh                                 : 08. 03. 2011 (Selasa)
Masa                                   : 11.15 pagi – 12.15 pagi
Hasil pembelajaran              :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan  intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
 Aras 1 (i) :   Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan  intonasi yang  betul.
Fokus sampingan                  : 
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan  intonasi yang baik dan jelas.
Aras 2 (i) :   Bercerita berdasarkan bahan yang dibaca dan   peristiwa yang dialami menggunakan pelbagai jenis pola ayat   




Objektif Pelajaran                 : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
i.      Menulis ayat yang mengandungi nilai murni
ii.     Membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul
iii.    Menyenarai dan menyusun gambar bersiri mengikut urutan cerita yang terdapat dalam bahan petikan yang telah dibaca.
iv.   Menceritakan semula cerita mengikut susunan gambar bersiri yang telah dibuat.
v.    Membuat banding beza antara dua watak dalam bahan petikan.

Kemahiran bahasa                :Kemahiran Lisan ,Kemahiran membaca, Kemahiran menulis
Sistem Bahasa                       :1. Morfologi   : kata kerja, kata adjektif, kata nama am
                                                  2.Sintaksis     : Ayat majmuk
Nilai                                        : Keyakinan diri dan rajin

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir               : membanding dan membeza
Kemahiran Belajar                : mengumpul maklumat, Pembelajaran secara kumpulan
Kecerdasan Pelbagai           : verbal-lingusitik, interpersonal
Pem. Konstruktivisme         : meneroka, menghuraikan dan menilai

Pengetahuan Sedia Ada      :Murid   telah biasa mendengar dan membaca cerita-cerita binatang daripada pelbagai sumber
Bahan Bantu Mengajar        : Kertas edaran kerja, video dan kad gambar bersiri
Bahan Bantu Belajar            : Buku latihan, dan alat tulis






Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set  Induksi
(+ 5 minit )
Tayangan video cerita “ Arnab dan Kura-kura”
1)Guru menayangkan video tentang cerita “ Arnab dan Kura-Kura”.
2)Murid diminta menonton dan menghayati nilai murni yang terdapat dalam video tersebut.
3)Guru bersoal jawab dengan murid  tentang nilai murni yang terdapat di dalam cerita tersebut.
Kecerdasan pelbagai : Muzik
BCB: mendengar secara aktif dan intensif
KB : mendengar
BBB : video
Nilai :Hormat-menghormati

Langkah 1
(+ 10 minit )
Petikan cerita “Arnab dan Kura-kura”
1)Guru mengedarkan petikan cerita “ Arnab dan Kura-kura “.
2)Guru membaca petikan cerita terlebih dahulu. Murid  mendengar dengan teliti dan memahami petikan cerita .
3)Guru membimbing pelajar membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. (Murid  dipilih secara rawak)

Nilai : memberi perhatian
BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul.
ii) mendengar dengan aktif.
KB : lisan dan membaca
BBB : teks cerita


Langkah 2
(+ 15 minit )
Gambar bersiri cerita “Arnab dan Kura-kura”
1)Guru melekatkan gambar bersiri dan meminta murid  memerhati dengan teliti.
2)Guru meminta murid  menyusun gambar bersiri tersebut mengikut jalan cerita yang telah didengar sebelum ini.
3) Murid  diminta menceritakan semula cerita mengikut susunan gambar bersiri yang telah dibuat.
Gambar bersiri.
Carta bacaan.
Nilai murni:
  Hormat-
  Menghormati,
  Kesederhanaan
BBB : gambar bersiri

Langkah 3
(+ 15 minit )
Membina ayat berdasarkan nilai murni yang dipelajari dari cerita “Arnab dan Kura-kura”
1)Guru  bersoal jawab dengan murid  tentang nilai murni yang terdapat dalam petikan cerita .
2)Guru meminta murid  menyenaraikan 5 nilai murni yang telah dipelajari.
3)Guru meminta murid  membina 5 ayat berdasarkan nilai murni  tersebut.
Teknik: Soal jawab
Kecerdasan pelbagai (interpersonal,verbal linguistik
BBB : kertas lembaran kerja
Langkah 4
(+ 10 minit )
Membanding beza sifat arnab dan kura-kura
1)Guru membimbing murid  membuat banding beza sifat arnab dan kura-kura dengan menggunakan borang pengurusan grafik.
2)Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
- Kemahiran berfikir: Membanding Membeza.
Alat berfikir: Borang
Pengurusan Grafik
Penyerapan ilmu: Sains. Kemahiran interpersonal.
Kemahiran mengumpul maklumat.
Penutup 
(+ 5 minit )
Guru membuat
rumusan tentang
pengajaran yang
telah diajar.
.

1) Guru
menanyakan nilai-nilai murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan pembelajaran.
2)Guru meminta murid  memberikan  contoh situasi yng mengandungi nilai murni.
3)Guru meminta murid  mempraktikkan nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian mereka.
Nilai-nilai murni : Menghargai, menghormati dan bekerjasama.

Refleksi / Ulasan : ____________________________________________________

Tindakan Susulan       : __________________________________________________

No comments:

Post a Comment

^_^