Thursday 8 September 2011

KAMUNIKASI ALTERNATIF DAN AUGMENTATIF(PKB 3104 SEM 2)

Komunikasi Alternatif dan Augmentatif

Ø  Definisi
*      Definisi  Komunikasi Augmentatif:

“Kaedah-kaedah & alatan yang dapat   meningkatkan   kemahiran komunikasi   verbal yang telah sedia wujud”.
           
         (Mustonen, Locke, Reiche, Solbrack, & Lindgren, 1991)

*      Definisi Komunikasi Alternatif:

“Teknik-teknik yang menggantikan komunikasi lisan bagi individu yang tidak berupaya atau tidak mampu menguasai kemahiran bahasa lisan”.       
                                                                        (McCormick & Shane, 1990)
*      Definisi:

Satu sistem multimodal yang mengandungi empat komponen yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai kombinasi untuk meningkatkan komunikasi

*      Rumusan:

-       Secara praktiknya tidak ada pemisah yang jelas antara Komunikasi Augmentatif dengan Komunikasi Alternatif.
-       Oleh kerana keduanya mempunyai matlamat yang sama maka pendekatan bersama digunakan iaitu Komunikasi Augmentatif & Alternatif (AAC).



Ø  Kepentingan dan Jenis Komunikasi

Ø  Komunikasi Seluruh

-       Kaedah ini dikenali dengan total comunication.
-        Digunakan dalam pendidikan kanak-kanak pekak, menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, pertuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis.
-       Komunikasi Seluruh hanya dapat di lakukan secara berhadapan.
-       ‘Komunikasi seluruh’ merujuk kepada situasi yang mana guru menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan murid-murid memahami bahasa. Mimik muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya digunakan

-       Bahasa isyarat piawai
-       Gestur
-       Bacaan bibir
Ó Bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi melalui memahami pertuturan dengan mengikut atau memerhatikan bibir penutur termasuk memahami atau mentafsir hingga ke otot muka dan gerak badan penutur.
Ó organ pertuturan yang terlibat ialah paru-paru, tenggorok, larkins, peti suara, tekak, hidung, rahang dan mulut.
Ó Bacaan bibir adalah pertuturan tulin (pure oral) yang memberi tekanan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui pertuturan secara ‘sengaja’.

-       Ejaan jari
Ó Ejaan jari  (FINGERSPELLING) adalah bahagian mustahak dalam komunikasi Orang-Orang Berkeperluan Khas Pendengaran yang digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.

-       Pertuturan kiu
Ó Merupakan satu kaedah sistem pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyi-bunyi apabila melihat pergerakan bibir contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur disingtif seperti bunyi vokal dan bunyi nasalisasi (sengau).
Ó Tangan digerak hampir dengan muka penutur yang bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk menidentifikasikan bunyi-bunyi fitur distingtif.
Ó Ianya mengandungi lapan konfigurasi dan empat kedudukan tangan digunakan sebagai tambahan informasi bibir untuk membuat suku kata nampak berbeza dari yang lain sama ada di bibir atau di tangan.
Ó Penutur menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap suku kata yang dituturkan.
Ó  Ini bermakna petuturan kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat.


Ø  Bahasa Isyarat Malaysia
Ø  Komunikasi Makathon

No comments:

Post a Comment

^_^