Thursday 8 September 2011

PENGENALAN KEPADA BAHASA (PKB 3104 SEM 2)

Bahasa Dan Komunikasi

Pengenalan Kepada Bahasa
  • -       Definisi dan konsep bahasa
  • -       Komponen bahasa
  • -       Penguasaan tatabahasa


Definisi dan Konsep Bahasa
      Bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk berkomunikasi, berbahasa atau pengeluaran perkataan.
      Bahasa adalah satu sistem yang digunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan simbol-simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain (Heward, w.I & Orlansky, M.D 1980)
      Bahasa ialah  pengetahuan dan menggunakan simbol untuk menggerakkan idea dan pendapat. Penggunaan bahasa membolehkan kita mengenali sesuatu objek, peristiwa atau persaudaraan tanpa (reproducing) penghasilan semula. (Bloom & Lahey 1978)
      Bahasa ialah satu sistem simbol yang teratur yang digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat ( Kirk & Gallagher 1989)
      Bloch dan Trager (1942) : bahasa sebagai sistem lambang vokal yang digunakan manusia untuk berkomunikasi. Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar.
      Chomsky (1978) : Setiap penutur pendengar mempunyai 2 perkara penting iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa.
      The American Heritage Science Dictionary: bahasa ialah satu sistem objek/simbol seperti bunyi/sesuatu huruf yang berurutan yang boleh digabungkan dengan berbagai cara dengan mematuhi peraturan tertentu, terutamanya untuk melahirkan pemikiran, perasaan dan memberi arahan
      Bahasa merupakan satu alat komunikasi bagi menyampaikan pemikiran dan perasaan melalui sistem tanda yang arbitrari seperti bunyi dan gerak isyarat.
      Oxford University Press (Language software) : Bahasa merupakan salah satu cara untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku etnik tertentu
      Etymology Dictionary: bahasa terdiri daripada makna yang sistematik yang dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi @ tanda-tanda konvensional. Bahasa melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistik.
      Edward Sapir (1921) : Bahasa selalu digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan idea, perasaan dan keinginan melalui bunyi-bunyi bahasa yang diaturkan.
      G. trager (1949) : Bahasa ialah salah satu sistem lambang vokal yang arbitrari dan bermakna yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung dengan cara mereka bersosialisasi.
      Noam Chomsky (1957) : Bahasa ialah set ayat, samaada terbatas atau tidak dan setiap ayat yang terbatas panjangnya dibina oleh satu set elemen yang terbatas juga.
      R.A Hall (1964) : Bahasa merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain yang mengandungi makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari lisan pendengar.

Komponen Bahasa
  1. Fonologi
  • -       Merujuk kepada penggunaan bunyi-bunyi untuk menghasilkan suku kata dan perkataan kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah untuk memahami bahasa lisan.


Contoh :  nama      untuk   mama
                 blink        untuk   drink

  • -     Unit linguistik yang terkecil dakam bunyi yang boleh menandakan perubahan dalam sesuatu maksud atau makna.
  • -      Kanak-kanak dengan masalah ini berkemungkinan menghadapi masalah untuk memahami masalah lisan.
  • -    Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti ‘nama’ untuk ‘mama’


  1. Morfologi
  • -   Proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas (morfem). Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah dan penggunaan ‘tenses’ yang salah
  • -       Adalah proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas.
  • -       Terdapat 2 morfem iaitu morfem bebas dan morfem terikat


  1. Sintaksis
  • -       Susunan perkataan yang membentuk ayat.
  • -       Kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.
  • -       Adalah merupakan susunan perkataan yang membentuk ayat.
  • -       Masalah yang berkaitan dengan sintaksis ini melibatkan kesalahan bahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.


  1. Semantik (makna)
  • -       Merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakan secara bermakna dalam komunikasi.
  • -       Perkembangan perbendaharaan yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai dan tidak berupaya memahami perkataan.
  • -       Kajian tentang makna perkataan
  • -       Masalah semantik dapat dilihat melalui perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai dan tidak berupaya memahami makna perkataan.

  1. Pragmatik
  • -       Penggunaan kemahiran berkomunikasi dalam konteks sosial atau cara bahasa digunakan.
  • -       Melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.
  • -       Merupakan kajian tentang peraturan-peraturan yang menentukan penggunaan bahasa untuk interaksi sosial.
  • -       Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

Penguasaan Tatabahasa
Bahagian tatabahasa
      Morfologi
- Bidang yang mengkaji struktur kata, binaan kata, bentuk kata dan golongan kata.
     
     1. Konsep
         - Morfem bebas
q  Kata dasar merupakan morfem bebas
q  Morfem bebas dapat berdiri sendiri dalam ayat.

-       Morfem terikat
q  Imbuhan merupakan morfem terikat
q  Morfem terikat ialah morfem yang tidak dapat berdiri sendiri dan hanya wujud bersama-sama dengan morfem lain.

     2. Konsep perkataan
q  Kata akar
q  Kata dasar 

3. Bentuk kata
q  Kata tunggal
-       Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain

q  Kata terbitan
-  - Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran dan apitan.

      4. Proses pembentukan kata
q  Pengimbuhan
-       - Pengimbuhan melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.
-  - Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.

q                         Pemajmukan

-     - Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus.
-    -=  Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain

q  Penggandaan
-   Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar samaada kata dasar itu           
    mengandungi imbuhan ataupun tidak.


    5. Golongan kata
q  Kata nama
-       - Merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

q  Kata kerja
-       - Merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.

q  Kata adjektif
-       - Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

q  Kata tugas
-      -  Bersifat pelbagai jenis atau heteregen, iaitu terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza–beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.


      Sintaksis

-       Bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat.

1.    Ayat

-  Binaan ayat (subjek + prediket)
-  Pola-pola ayat dasar (FN + FN, FN + FK, FN+ FA, FN + FS)
      2. Frasa
-  Jenis frasa
! FN, FK, FA, FSN



3.    Klausa

-       Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan prediket yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua :

Ó Klausa bebas

-       - Klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan sebagai intonasi yang sempurna.

Ó Klausa tak bebas

      -   Tidak dapat berdiri sendiri disebut klausa kecil

     4. Susunan ayat
     5. Ragam ayat
-       Ayat aktif (ayat transitif, ayat aktif tak transitif)
-       Ayat pasif
    6. Jenis ayat
  • -       Ayat penyata
  • -       Ayat perintah
  • -       Ayat seru
  • -       Ayat tanya

     7. Bentuk ayat
  • -       Ayat tunggal
  • -       Ayat majmuk

      8. Proses penerbitan ayat
  • -       Pengguguran
  • -       Penyusunan semula
  • -       Peluasan



Jenis Bahasa
-       Penerimaan / reseptif
-       Penglahiran/ ekspresif

Penerimaan/reseptif
      Merupakan satu proses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan dan disimpan dalam kotak ingatan untuk kegunaan dalam proses melahirkan bahasa.
      Bahasa untuk menerima maklumat dan memproses maklumat serta menyampaikan arahan.
      Tingkah laku yang menunjukkan masalah bahasa reseptif :
q  Bertindak balas secara konsisten terhadap bunyi atau percakapan
q  Mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati
q  Kadang kala tidak menunjukkan sebarang reaksi (blank) ketika orang lain bercakap dengannya.
q  Sukar memahami konsep yang abstrak
q  Mudah tertarik dengan bunyi-bunyi luaran ketika bercakap dengannya.
q  Ada masalah dengan perkataan banyak makna
q  Bermasalah mengenal hubungan perkataan dengan idea
q  Kerap memberi jawapan yang tidak sesuai
q  Sukar memahami makna perkataan baru
q  Bermasalah dalam urutan peristiwa ( Cth : Hari dalam minggu)

Penglahiran / ekspresif
  •       Merupakan bentuk bahasa yang dipertuturkan atau ditulis
  •       Proses menhasilkan (menyebut) pertuturan dinamakan bahasa pelahiran
  •       Gangguan di dalam proses ini disebut sebagai “Expressive Aphasia
  •       Lain-lain istilah yang berkaitan ialah:


! Dysnonia”-  kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau 
                      nama-nama    objek
!  “ Anomia” – kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau
                      nama-nama objek
!  “ Apraxia” – kesukaran menghasilkan (membunyikan) perkataan
                     keranan gangguan saraf untuk motor alat artikulasi.
  • Ciri-ciri masalah bahasa ekspresif
q  Pendiam
q  Menggunakan perkataan dengan susunan yang salah dalam ayat
q  Sentiasa menggunakan ayat pendek
q  Gagal memahami petunjuk apabila diminta berhenti bercakap
q  Sukar mengingat
q  Berjalan-jalan apabila diajukan soalan
q  Tidak dapat mencari perkataan untuk digunakan dalam pertuturan.

  • Cara-cara mengatasi
q  Kurangkan kadar kerja-kerja lisan dan bertulis. Berikan tugasan-tugasan yang telah disesuaikan mengikut kadar yang boleh dilaksanakan oleh kanak-kanak itu dengan baik.
q  Berikan kanak-kanak itu masa yang lebih panjang untuk bergerak balas (respon). Sekiranya mereka menghadapi kesukaran, ransang mereka dengan ungkapan “ Adakah maksud kamu…?” dan bukannya “ Saya tidak faham!”
q  Elakkan daripada mengarahkan kanak-kanak itu untuk mempertahankan pertuturannya atau memintanya berfikir sebelum bercakap. Tindakan sedemikian akan mengganggu komunikasi dan mengukuhkan perasaan rendah dirinya sebagai penutur.
q  Apabila kanak-kanak itu mengalami kesukaran bagi menentukan satu-satu perkataan, jangan berikan sahaja perkataan it uterus, sebaliknya berikan petunjuk (clues). Misalnya, perkataan yang sedang dicarinya ialah “roti”, dengan memberikan huruf atau suku kata awal perkataan itu mungkin akan menolongnya.
q  Galakkan kanak-kanak itu mengunakan kata-kata (perkataan) bukannya “gestures” atau tunjukcara.
q  Sekiranya pertuturan kanak-kanak itu terhenti (kerana fikirannya buntu), bantulah mereka balik kepada tajuk dengan soalan-soalan yang positif dan tersusun.

Masalah Bahasa dan Komunikasi di Kalangan Murid-murid Bermasalah Pembelajaran
  1. Masalah Bahasa dan Linguistik
Ø  Bahasa pertuturan kurang dari segi kualiti dan kuantiti
Ø  Sukar difahami terutama ketika proses bahasa pelahiran
Ø  Masalah berkaitan engan membaca, menulis dan mengeja
Ø  Masalah berkomunikasi dan pelahiran fikiran/ perasaan

a)    Fonologi
-       Kesukaran  untuk mengenalpasti bunyi sesuatu huruf
-       Masalah dalam mengeluarkan kata-kata
-       Masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan betul
-       Tidak dapat menggunakan intonasi dan ritma dengan kadar yang sesuai.

b)   Morfologi
-       Sukar mengenalpasti  sesuatu perkataan
-       Mengambil masa yang lama untuk kuasai kemahiran menyebut perkataan
-       Menghadapi kesukaran dalam menggunakan ayat yang panjang
-       Lewat dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul
-       Kurang gunakan imbuhan terakhir dan bertindak dengan menggugurkannya.
      Contoh : minuman jadi minum


c)    Sintaksis
-       Sukar mengenalpasti ayat yang berbentuk pasif
-       Gemar menggunakan deretan ayat yang tidak panjang namun salah berdasarkan gramatikal (tatabahasa)
-       Kerap memberikan jawapan yang salah  dari jawapan yang sepatutnya.

d)   Semantik
-       Sukar memahami makna perkataan
-       Kekurangan perbendaharaan kata
-       Kurangnya variasi bahasa

e)    Pragmatik
-       Suka mengaplikasikan bahasa dalam kehidupan seharian
-       Mengambil masa yang lama untuk menganalisa apa yang cuba disampaikan kepada mereka
-       Tidak dapat membuat generalisasi, iaitu hadapi masalah dalam mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
-       Mempunyai masalah dalam menentukan giliran dalam perbualan mereka
-       Istilah  dan contoh-contoh masalah :
*      Agnosia
*      Aphasia
*      Alexia (Dyslexia)
*      Dysphasia
*      Benolalia


Cadangan-cadangan untuk Mengatasi
v  Tempatkan murid hampir dengan sumber pengajaran
v  Tarik perhatian murid  sebelum memulakan pengajaran
v  Bercakap dengan murid dengan terang dan jelas
v  Bagi murid yang sukar memahami arahan :
-        Ulang arahan-arahan yang diberikan
-       Berikan arahan bertulis
v  Bagi murid yang bermasalah untuk melahirkan fikiran :
-        Lebihkan aspek kefahaman
-       Kukuhkan bahasa dan perbendaharaan kata

Punca
v  Kelewatan bahasa – menguasai bahasa lambat atau memerlukan intervensi awal
v  Aphasia – ketidakupayaan membentuk, memperoleh semula, memberi makna kepada symbol arbitrary bahasa.
v  Akibat kerosakan otak
v  Gangguan proses auditori pusat ( CAPD)- tidak pekak tetapi otak tidak dapat menterjemah maklumat yang diterima dengan baik.


  1. Masalah Artikulasi
*      Pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, percakapan menjadi tidak tepat atau tidak sesuai.
*      Melibatkan penggantian, pengguguran, pengubahsuaian, penambahan dan kerencatan artikulasi.

a)    Ommissions @ pengguguran
œ Kecenderungan kanak-kanak meninggalkan bunyi awalan , pertengahan, akhiran atau ketiga-tiga kedudukan sesuatu perkataan semasa bercakap atau ketika membaca menyebabkan pertuturan kanak-kanak menjadi tidak lancar.
œ Contoh : “ car” disebut “ ca
               “rumah” disebut “ mah”
   
b)   Substitutions @ penggantian
œ Kecenderungan kanak-kanak menggantikan bunyi huruf sesetengah perkataan
œ Contoh : “rabbit” disebut “wabbit

c)    Distortions @ pengubahsuaian
œ Pertuturan seperti mengikut Kneedler (1992) kadang kala dikenali sebagai percakapan bayi (baby talk) atau pelat (lipsing)
œ Contoh : “ saya disebut “ syaya”
œ Disebabkan 3 faktor biologikal iaitu :
i.      Dysatria – tidak dapat mengawal otot-otot disebabkan kerosakan neurologikal seperti kanak-kanak pengidap              “ Celebral Palsy
ii.    Ketidaknormalan pada struktur muka yang membolehkan sesuatu pertuturan berlaku seperti sumbing bibir
iii.   Kepekaan yang teruk.

d)   Penambahan
œ Menambahkan bunyi dalam perkataan
œ Contoh : “bawa” menjadi “ bawah” atau “bawuah”

e)    Kerencatan artikulasi
œ Melibatkan pengeluaran ekspresi  lisan yang tidak normal yang bercirikan kecelaan kadar dan ritma berserta tingkah laku terganggu ( Harring & Mc Cormick, 1990). Selalunya dihadapi oleh kanak-kanak Sindrom Down.

Cadangan-cadangan untuk Mengatasi
ü  Tempatkan murid berhampiran dengan sumber pengajaran
ü  Tunjukcara model pertuturan yang baik :
-       Terang dan jelas, perlahan sedikit, tidak keterlaluan
ü  Ulangan atau pengajaran semula
ü  Tekanan fonik
ü  Jangan “ ditegur” tetapi menggalakkan percubaan-percubaan yang dibuat
ü  Utamakan perkara yang hendak diujarkan lebih daripada cara ia bertutur.


  1. Masalah Kefasihan dan Rentak
Masalah Kefasihan
! Melibatkan  aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang.
! Gagap adalah berbentuk gangguan kefasihan pertuturan yang paling biasa
! Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan  berulang-ulang, tersekat-sekat dan diikuti ketegangan otot tekak.
! Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.
! Ciri-ciri gagap
1)    Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut perkataan dan memanjangkan bunyi perkataan.
2)    Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama
3)    Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi
4)    Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan, memejamkan mata, mengulang suku kata, perkataan atau frasa dan menggerakkan tangan semasa bertutur.


! Punca msalah gagap
1)    Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur
2)    Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan
3)    Persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan
4)    Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan dan mempunyai masalah kesihatan
5)    Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang dan mengalami pengalaman yang menakutkan
6)    Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan  diturunkan kepada anak- anak.
7)    Seseorang y ang mahir tangan kiri, boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sesuatu kerja

! Cara mengatasi gagap
1)    Menyesuaikan diri dengan gagap
§  Mengakui diri mereka yang bermasalah gagap dan menerima hakikat ini secara positif tanpa rasa takut dan beremosi
2)    Terapi mengurangkan ketegangan (relaxation theraphy)
§  Dapat mengurangkan ketegangan fizikal dan mental
3)    Latihan-latihan yang membantu ke arah mengawal petunjuk-petunjuk gagap
§  Latihan yang boleh dilakukan hendaklah boleh menyjmbang ke arah pengalaman pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal kegagapan sekiranya ia terjadi.
4)    Perbincangan, cadangan dan tugasan
§  Setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan
§  Masalah yang ebrkaitan dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas dan pelbagai masalah lagi
§  Cadangan diberi bagaimana individu itu mengatasi masalah yang dihadapinya dan menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk melaksanakn cadangan yang diberi.
5)    Terapi kumpulan
§  Individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara berkumpulan
§  Mereka akan bertemu dengan orang lain yang menghadapai masalah yang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.


Masalah Rentak
q  Melibatkan kualiti bunyi ( akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak
q  Ciri-ciri :
Q  Suara sangat perlahan
Q  Bercakap seperti berlagu
Q  Bercakap senada ( monotone voice)
Q  Pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah
Q  Corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa.

No comments:

Post a Comment

^_^