Thursday 8 September 2011

KEMAHIRAN LISAN(PKB 3104 SEM 2)

KEMAHIRAN LISAN
DEFINISI

Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan
hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang
itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah
bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak
dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.

Kemahiran lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Mereka  akan cuba meniru serta menuturkan perkara yang didengar secara  berulang-ulang.
Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada
proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk
bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan
hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh
bertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).
Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan,
kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih
dahulu. Kanak-kanak yang mahir dAlam bahasa lisan akan dapat melahirkan
perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi
dengan orang lain dalam apa jua situasi.

KEPENTINGAN

            Kemahiran lisan adalah asas dan tunjang kepada peningkatan penguasaan semua pembelajaran atau kecekapan berbahasa :
Pelajar yang telah mencapai tahap kemahiran yang memuaskan harus boleh menyusun fikiran dan idea-idea dengan baik dan dapat melahirkannya dalam bentuk ujaran yang baik juga.
Penguasaan kemahiran lisan juga biasanya akan menghasilkan satu tabiat berbahasa yang baik dan kebiasaan berbahasa dengan baik itu pula membolehkanseseorang itu berkomunikasi dengan sempurna dan berkesan.
Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut secara semulajadinya menunjukkan kanak-kanak mula-mula mendengar, kemudian mengajuk dan selepas itu bercakap.
Penguasaan bahasa lisan yang baik memudahkan kanak-kanak menginterpretasikan lambang- lambang yang tertulis dengan berkesan.
Perkembangan personaliti, bagi mengelak rasa rendah diri dan bersifat pasif. Masalah sahsiah akan timbul sekiranya murid tidak dapat menguasai kemahiran bertutur dengan baik.
Perkembangan sosial, kanak-kanak yang mahir dalam kemahiran lisan berani untuk berkawan dan bergaul dengan kanak-kanak lain. Ini kerana mereka mudah meluahkan perasaan, memberi pendapat dan pandangan.
Secara tidak langsung membantu kanak-kanak menonjolkan diri mereka.
Perkembanganmental,kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik dipercayai tidak berfikir dengan jelas.
Ini akan menghalangnya untuk menerapkan fikiran- fikiran tadi dalam bentuk tulisan


KELEMAHAN
Kekeliruan dalam membezakan bunyi

Kemahiran dalam menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar
Tidak dapat membezakan bunyi yang didengar
Tidak memahami makna sebenar apa yang terkandung dalam perkataan atau ayat

Kelemahan dalam memahami apa yang didengar
Setiap pertuturan seharusnya menggunakan dan ayat yang sesuai
Pendengar yang cekap berjaya mengaitkanapa yang didengar semasa dan selepas pertuturan
Pendengar yang cepat memahami akan cepat bertindak balas terhadap pertuturan tersebut

Kelajuan dalam pertuturan

Pertuturan yang laju boleh menimbulkan masalah kepada pendengar

Tidak dapat membezakan perkataan dan bunyi bahasa

Sukar memahami apa yang diperkatakan



INTERVENSI

Guru perlu mempergiatkan gerak kerja berkenaan aktiviti lisan untuk murid. Guru bertanggungjawab untuk menyediakan latihan dan aktiviti berkaitan kemahira lisan mengikut tahap kesesuaian murid bagi memastikan murid benar- benar mampu menguasai kemahiran ini.
Berdasarkan kajian dan pelaksanaan, penggunaan bahan bantu mengajar dan belajar yang bersesuaian dan menarik minat murid mampu mempercepat proses pemahaman dan pembelajaran murid agar kemahiran dapat dikuasai dengan lebih cekap.
Guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan menarik minat murid. Ini bermaksud guru perlu menitikberatkan kemahiran lain semasa mengajar kemahiran lisan kepada murid. Dengan cara ini, input yang diberi akan lebih mudah difahami.


KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar ditakrifkan sebagai kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi. Kemahiran ini adalah  bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran murid kepada setakat mana kadar pendengaran dan pengamatan pendengarannya. Seseorang itu akan dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika dia boleh mendiskriminasikan bunyi- bunyi bukan bahasa, memahami perkataan, konsep, dan kemahiran mendengar perkataan, mampu mengikut arahan, dan memahami urutan sesuatu perkara.
Menurut Jalongo(1992), kemahiran mendengar melibatkan tiga elemen penting iaitu pendengaran (hearing), mendengar (listening) dan auding. Pendengaran ialah  proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan.
 Mendengar pula merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran. Manakala auding pula bermaksud tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang didengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.
Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu berlaku apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. selain itu, mendengar juga merupakan asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis.
Mendengar adalah kemahiran bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia. Lundsteen (1979) telah membuat persamaan untuk menegaskan kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun. Walaupun begitu, segelintir guru kurang menitikberatkan kepentingan kemahiran ini di dalam kelas dan lebih menumpukan kepada kemahiran membaca dan menulis.
Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan rakan dan sebagainya. Proses mendengar secara tidak formal ini walaubagaimanapun mempengaruhi pemikiran kanak- kanak kerana mereka perlu memahami situasi dan percakapan tersebut dan memastikan kemahira mendengar mereka dalam keadaan yang baik. Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi.
Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan kita mendengar, iaitu mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat, mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton televisyen, atau filem, dan mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam kelas, mendengar ceramah dan sebagainya.
              Peringkat-peringkat kemahiran mendengar dibahagikan kepada tiga iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju. Pada  peringkat awal, kemahirannya ialah mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Kemahiran seterusnya ialah mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat. Selain itu, melaksanakan sesuatu yang disuruh, menjalankan perintah dan permintaan, bertindak terhadap soalan-soalan mudah dan mengingat serta memadankan perkataan dengan ayat-ayat mudah.
              Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan pada peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

a) Mendengar deretan bunyi bahasa
Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

b) Memahami bunyi tersebut
Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.


c) Menguasai makna deretan bunyi
Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyi
Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat  tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

Jenis kemahiran mendengar ada dua iaitu:

a) Mendengar secara intensif

Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan.


Latihan berpusatkan kepada kefahaman makna

Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagai-bagai cara. Antaranya ialah:

i) Mendengar arahan

Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan sebagainya.

ii) Menjawab soalan kefahaman

Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya.




iii) Mendengar untuk mendapatkan maklumat

Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang tetentu dalam seminggu dan sebagainya.

iv) Membuat ringkasan

Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasna tentang apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.

v) Menyelesaikan masalah

Murid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanua diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami meksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu bolehbertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif.
b) Mendengar Secara Ekstensif

             Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi.
Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis. Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan murid-murid boelh memberi komen daripada apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada sebuahtafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu menyediakan murid-murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran bertutur pula adalah dalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan iaitu artikulator. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks.
Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Kerana itu, orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan. Jika contoh yang diberikan adalah negatif, maka kanak- kanak juga akan mempelajari pertuturan negatif tersebut.
Antara aspek- aspek yang terkandung dalam kemahiran pertuturan ialah sebutan, intonasi, kelancaran dan kefasihan. Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf, perkataan, atau ayat dengan tepat dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada orang yang mendengar pertuturannya.
a)    Sebutan
- murid2 telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.
- Semua ini bertujuan untuk melatih murid2 supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna. 


b) Tekanan
- Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat2 tertentu.
- Biasanya dilakukan pada suku kata.
- Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
- Lambangnya ialah /?/.
- Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
- Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
- Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

d) Kefasihan
- boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
- kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
- melatih pelajar menggunakan bahasa mengikut larasnya.
- Bertujuan untuk berkomunikasi.

Fungsi komunikasi:

o Bahasa meminta izin
o Bahasa meminta maaf
o Bahasa untuk menyatakan perasaan
o Bahasa untuk mengemukan pendapat atau pandangan
o Bahasa untuk bertanya atau menyoal utk mendapatkan maklumat
o Bahasa untuk menidakkan dan sebagainya.
o Bahasa yang sesuai mengikut keadaan seperti dengan guru, ibu bapa, rakan2, di kedai, di majlis rasmi.

Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami. Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu. Kelancaran pula bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah kelancaran bertutur yang serius. Kefasihan pula membawa maksud kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek bahasa asing.
Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kecekapan berbahasa bagi kemahiran bertutur adalah seperti berikut:
a. Menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul.
b. Bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial.
c. Berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga, dan masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul.
d. Menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas dan sopan.
e. Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan terhadapnya.
Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan pelajar ialah:
a. Mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti.
b. Perbualan secara terpimpin, dialog, dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan segan, takut, dan bosan.
c. Mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh pelajar sendiri.
d. Mengadakan pertandingan bercerita, perbahasan, forum, temu ramah, ceramah, syarahan, dan sebagainya.
f. Membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.
Antara tujuan kemahiran bertutur ini dilaksanakan ialah:
GURU
-Dapat memperbaiki kelemahan yang dimiliki oleh pelajar.
-Dapat menjadi pencetus dan mampu memberikan intrepretasi yang betul.
- Mengesan dan mengasuh pelajar supaya mahir dalam sebutan, boleh menggunakan nada (tone) dan intonasi yang betul dan lancer serta fasih dalam berbahasa.
MURID
- Murid dapat membezakan di antara sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.
- Dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan perkataan atau frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.














No comments:

Post a Comment

^_^