Wednesday 25 April 2012

REFLEKSI TERAPI AIR


Refleksi  terapi  AIR



            Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan amali bagi terapi air. Sebelum memulakan aktiviti, beliau menerangkan dahulu apa yang dikatakan dengan terapi air.
Terapi air merupakan salah satu rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan.
Terapi air menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik. Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangkan fizikal pergerakan motor kasar dan halus serta mental. Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dalam air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit.
Untuk melaksanakan aktiviti terapi air ini, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan aktiviti air yang berbeza-beza. Untuk kumpulan saya, kami dikehendaki untuk merancang 1 aktiviti air dengan penggunaan alatan. Pada mulanya, kami tidak tahu bagaimana untuk merancang aktiviti air. Tetapi, setelah diajar oleh pensyarah, kami dapat juga melaksanakannya.
Encik Azman telah memberi komen tentang aktiviti air yang kami laksanakan. Beliau menyatakan bahawa,jika murid-murid yang masih takut dengan air, pertama sekali yang perlu dilakukan adalah membuat “ water confident ” kepada murid-murid. Setelah itu barulah kita teruskan dengan aktiviti yang lain daripada yang senang kepada yang sukar sedikit mengikut tahap keupayaan murid tersebut.
Langkah keselamatan adalah aspek yang amat dititikberatkan sepanjang melaksanakan aktiviti terapi air ini. Ini adalah kerana, kemalangan mudah berlaku jika kita tidak mengawasi murid-murid kita. Dalam aktiviti ini, keselamatan murid adalah dibawah tanggungajawab seorang guru. Oleh sebab itu, guru haruslah sentiasa memberi perhatian kepada murid sepanjang melaksanakan terapi air.
Secara keseluruhannya, aktiviti terapi air ini juga sesuai dilaksanakan bersama murid-murid pendidikan khas. Skop aktiviti yang dirancang haruslah sesuai dengan tahap kemampuan diri mereka melakukan aktiviti tersebut. Sebagai seorang bakal guru, kita harus sentiasa berfikiran kreatif dalam merancang aktiviti yang menarik dan sesuai dengan murid-murid yang kita ajar. Ini adalah disebabkan aktiviti yang sesuai dengan murid menjadikan aktiviti terapi yang dirancang berkesan kepada murid tersebut.




No comments:

Post a Comment

^_^