Wednesday 25 April 2012

REFLEKSI TERAPI SENI


     Refleksi  terapi seni
         
        Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan amali bagi terapi seni. Penerangan mengenai aktiviti seni yang akan dijalankan telah diberikan oleh pensyarah pembimbing yang terlibat. Semua bahan yang hendak digunakan juga telah disediakan bagi memudahkan melaksanakan aktiviti terapi seni
   Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Terapi seni menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk .  Walaupun  terdapat pelbagai kekangan dari segi masa dan pemerolehan maklumat, namun saya berjaya mengatasinya dengan baik 
       Dalam melaksanakan terapi seni ini, kami telah membuat 5 aktiviti seni dalam masa yang singkat. Kami umpama murid-murid sekolah semasa melaksanakan aktiviti ini. Di sini, kita boleh lihat bagaimana guru pelatih menggunakan kekreatifan mereka dalam membuat seni. Selain dapat meluahkan perasaan melalui lukisan, aktiviti ini juga mengajar guru untuk lebih kreatif dalam memilih dan membina aktiviti seni yang sesuai dengan tahap kemampuan diri murid mereka.
      Melalui aktiviti terapi seni ini,  pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilaksanakan kepada murid-murid pendidikan khas. Sepertimana yang telah kita ketahui, terapi seni adalah suatu rawatan yang memfokuskan kepada membantu seseorang murid pendidikan khas untuk menenangkan diri dan emosi serta mendapatkan keyakinan mereka semula.
      Terapi seni adalah antara yang mudah untuk dilakukan kerana ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa tanpa menggunakan bajet atau kos yang tinggi. Ini bermakna, guru boleh melakukan terapi seni ini ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa menimbulkan gangguan. Selain itu, terapi seni juga dapat menimbulkan suasana yang harmonis  dalam kalangan murid-murid pendidikan khas dalam melahirkan idea dan imaginasi mereka.
   Secara keseluruhannya, aktiviti terapi seni ini sangat menarik dan menyeronokkan. Terpulang kepada diri guru itu sendiri  untuk mengajar bagaimana melaksanakan aktiviti terapi seni ini kepada murid-murid mereka. Sebagai  bakal seorang guru, berfikiran kreatif dan kritis itulah penting kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan tahap kemampuan  murid-murid dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang.



No comments:

Post a Comment

^_^