Wednesday 25 April 2012

REFLEKSI TERAPI CARAKERJA-OT


Refleksi  terapi  CARAKERJA - OT



            Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan amali bagi terapi carakerja. Terapi carakerja merupakan salah satu cara untuk melatih murid-murid memperkembangkan kemahiran motor halus mereka iaitu kemahiran menggunakan jari-jemari.
Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedik, medikal, pediatrik, geriatrik dan psikiatrik. Ahli terapi carakarja perlu kreatif dan inovatif dalam mengadaptasikan setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam kehidupan.
Melalui perkongsian ilmu daripada penceramah yang telah dijemput khas bagi menerangkan mengenai terapi carakerja , setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan, kecacatan,halangan atau rintangan  tertentu yang mengganggu mereka menjalani kehidupan seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai. Jika seseorang individu menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor),individu tersebut boleh didedahkan dengan terapi fisio atau carakerja.
Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu bapa dan guru seperti terapi muzik,terapi seni,terapi pertuturan dan terapi pergerakan. Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan atau rujukan pada pakar.
Secara keseluruhannya, Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian (activities of daily living), produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti riadah (leisure).

No comments:

Post a Comment

^_^