Wednesday 25 April 2012

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (KERJA KUMPULAN)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (KERJA KUMPULAN)

DEFINISI KERJA KUMPULAN

  1. Gibb (1969)
“beberapa orang individu yang mempunyai tujuan yang sama, saling berhubungan dan bertukartukar pendapat serta fikiran dan bergantung antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk mencapai objektif mereka.”
  1.   L.M.Smith (1969)
– “unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu yang berinteraksi antara satu sama lain, mempunyai nilai yang sama dan saling bergantung antara mereka

KONSEP KERJA BERKUMPULAN
Menurut Effandi Zakaria (1998), kerja berkumpulan adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu antara satu sama lain dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama.
Dalam kerja berkumpulan, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar.  Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti. Selain itu, mereka hendaklah bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.
Kerja berkumpulan melibatkan pelajar berkerjasama dalam tugas yang telah ditetapkan guru samada dalam atau luar bilik darjah.  Saiz kumpulan boleh berbeza-beza daripada berpasangan, kumpulan kecil 3-6 orang atau kumpulan besar pelajar

MATLAMAT KERJA BERKUMPULAN
*      Perkembangan intelek dan kebolehan
*      Meningkatkan komunikasi
*      Meningkatkan kerjasama
*      Meningkatkan jati diri (keyakinan, bertanggungjawab, amanah)
*      Amalan reflektif (mengkaji dan mencerminkan,merancang untuk masa depan).

KEBAIKAN KERJA BERKUMPULAN
*      Pembahagian tugas kepada setiap ahli kumpulan
*      Meningkatkan produktiviti
*      Perkongsian idea
*      Menggalakan komunikasi dan bekerjasama

KELEMAHAN KERJA BERKUMPULAN
*      Timbul perasaan rendah / tinggi diri pada diri murid
*      Guru yang tidak cekap akan tidak cukup masa untuk membimbing kesemua kumpulan.






   




   


No comments:

Post a Comment

^_^