Wednesday 25 April 2012

REFLEKSI TERAPI MUZIK


Refleksi  terapi muzik


            Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan amali bagi terapi seni.  Penerangan mengenai aktiviti muzik yang akan dijalankan telah diberikan oleh pensyarah pembimbing yang terlibat iaitu Encik Johan. 
Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal. Selain itu, muzik juga memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. Ia boleh mendorong dan menstruktur sesuatu aktiviti dan pencetusan idea. Muzik merupakan sumber kepada keseronokkan, memperkembangkan penghargaan diri dan menggalakkan interaksi yang positif.
Dalam aktiviti muzik ini , kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut unit kelas masing-masing. Setiap kumpulan diberikan beberapa alat muzik yang berlainan jenis. Dalam aktiviti ini kami dikehendaki untuk mencari 1 lagu kanak-kanak. Dengan menggunakan alatan muzik yang dibekalkan tersebut, kami dikehendaki membuat pergerakan , memainkan alat muzik mengikut iringan lagu yang telah dipilih.
Di sini, kita boleh lihat bagaimana seorang atau sekumpulan individu berbincang untuk memberi pendapat atau idea dalam kumpulan tentang cara hendak melakukan aktiviti tersebut. Di samping itu, kita boleh lihat bagaimana seorang guru memilih lagu yang sesuai dengan tahap keupayaan murid serta bagaimana guru menjadikan lagu tersebut dapat menarik minat murid .
 Melalui aktiviti terapi muzik yang dijalankan ini, kami sebagai guru pelatih menjadi kreatif dalam merancang aktiviti muzik untuk murid-murid. Selain dapat menyanyikan lagu, kami boleh menyelitkan permainan alat muzik  dalam lagu tersebut. Aktiviti ini merancang pemikiran guru pelatih untuk berfikir mengenai  bahagian mana alat muzik tersebut perlu digunakan dalam nyanyian tersebut.
Secara keseluruhannya, aktiviti terapi muzik ini sangat sesuai dijalankan kepada murid-murid terutamanya yang beraliran pendidikan khas. Ini adalah kerana, muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan. Sesuailah dengan murid-murid pendidikan khas yang mempunyai tahap kelainan keupayaan berbanding dengan murid-murid normal yang lain.







No comments:

Post a Comment

^_^