Wednesday 25 April 2012

REFLEKSI TERAPI PERGERAKAN KREATIF


Refleksi  terapi  pergerakan  kreatif


            Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan amali bagi terapi pergerakan kreatif.  Seorang guru dari sekolah rendah telah dijemput bagi menerangkan bagaimana terapi pergerakan kreatif ini dilaksanakan. Guru yang dijemput ini memang banyak pengalaman dalam menjalankan  terapi pergerakan kreatif.
Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi dan samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang menjalankan terapi pergerakan kreatif ini . untuk menjalankan terapi ini, kami telah  dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut unit kelas masing-masing.
            Aktiviti pergerakan bertemakan haiwan. Untuk kumpulan saya, kami telah mendapat  tema haiwan itik. Kami dikehendaki untuk melakukan pergerakan itik mengikut iringan muzik lagu ”Chicken Dance”. Dalam aktiviti ini, kita boleh lihat bagaimana setiap ahli dalam kumpulan membina pelbagai pergerakan yang berkaitan dengan haiwan itik. Dan pergerakan tersebut diselaraskan dengan iringan muzik yang telah ditetapkan iaitu lagu ”Chicken Dance”.
            Melalui aktiviti ini, ianya dapat mencungkil bakat-bakat yang ada pada diri guru pelatih dan memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk tidak malu melakukan pergerakan tersebut. Ini adalah disebabkan , sebagai seorang bakal guru, kita haruslah ada keyakinan diri yang tinggi untuk mengajar dan berhadapan dengan anak murid kita.
            Secara keseluruhannya, selain dapat membina keyakinan diri individu, aktiviti ini juga memberikan kelebihan kepada aspek psikomotor.  Dalam melakukan aktiviti pergerakan kreatif ini, anggota badan kita dapat digerakkan dan ini juga merupakan satu terapi  pergerakan untuk tubuh badan kepada kita. Aktiviti ini sesuai bagi murid-murid pendidikan khas yang kurang bergerak dan mempunyai tekanan. Mereka boleh meluahkan tekanan dan emosi yang tidak stabil semasa melakukan aktiviti  terapi ini. Sebagai seorang bakal guru. Kita haruslah kreatif dalam membina sesautu aktiviti dan pergerakan dan sesuai dengan tahap kemampuan diri murid yang kita ajar.



No comments:

Post a Comment

^_^