Wednesday 25 April 2012

REFLEKSI TERAPI FISIO


Refleksi  terapi  FISIO

            Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan amali bagi terapi fisio.Seorang pakar dalam terapi fisio telah dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada kami guru pelatih mengenai terapi ini.
Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola. Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya.
Selain menyampaikan maklumat mengenai fisio terapi ini, penceramah juga telah membuat demonstrasi tentang bagaimana melaksanakan fisio terapi ini terhadap murid-murid. Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada setiap individu.
Dalam aktiviti terapi fisio ini, penceramah telah membuat demonstrasi tentang bagaimana menjalankan terapi fisio ini. Seorang guru pelatih telah menawarkan diri untuk membantu penceramah tersebut. Kami telah dapat melihat dengan jelas tentang cara untuk melaksanakan terapi fisio ini terhadap murid-murid kelak. Terapi fisio ini boleh dilaksanakan kepada sesiapa sahaja termasuklah kita sendiri jika mempunyai masalah dari segi motor kasar.
Secara keseluruhannya,  aktiviti terapi fisio ini membantu guru pelatih untuk belajar tentang bagaimana cara melaksanakan terapi ini terhadap murid-murid mereka yang bermasalah keupayaan fizikal kelak. Sebagai seorang guru, kita harus didedahkan dahulu dengan sesuatu terapi sebelum melaksanakannya keatas murid-murid. Ini adalah bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku.



No comments:

Post a Comment

^_^