Wednesday 25 April 2012

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (MERENTAS KURIKULUMI)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (MERENTAS KURIKULUMI)

DEFINISI AKTIVITI MERENTAS KURIKULUM
      Aktiviti-aktiviti merentas kurikulum merupakan suatu usaha untuk mengukuh dan memperkayakan  lagi mata pelajaran-mata pelajaran dalam pelajaran sains supaya sains dapat dipelajari dengan lebih bermakna oleh murid-murid.
      Disamping itu aktiviti-aktiviti merentas kurikulum berupaya mengiat lagi proses pembelajaran bagi mata pelajaran lain.

Antara aktiviti-aktiviti merentas kurikulum yang terdapat dalam pelajaran sains adalah:
      Nilai merentas kurikulum
      Bahasa merentas kurikulum
      Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum
      Sains dan teknologi merentas kurikulum

      Oleh itu, dapatlah kita rumuskan bahawa aktiviti merentas kurikulum dalam sains ialah satu atau lebih subjek lain yang diajarkan ketika guru mengajarkan subjek sains tersebut. Ia diterapkan kepada murid semasa guru mengajar subjek sains.

Nilai merentas kurikulum

  • Nilai murni ditekankan dalam subjek-subjek sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kurikulum. Penanaman dan pemupukan nilai-nilai seeloknya dilaksanakan dalam semua peristiwa pembelajaran yang dihadapi dan dialami oleh murid. Contohnya :

      Bekerjasama ketika melakukan eksperimen bersama rakan-rakan
      Rajin melakukan setiap tugasan yang diarahkan oleh guru tanpa banyak alasan
      Menjaga kebersihan setiap kali melaksanakan sesuatu eksperimen di dalam makmal.
      Kasih sayang terhadap orang lain serta haiwan-haiwan.

Bahasa merentas kurikulum

      Setiap murid seharusnya mencapai taraf penguasaan yang baik bagi aspek-aspek seperti butiran, struktur ayat, tatabahasa istilah,dan laras bahasa memandangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa penghantar utama di sekolah rendah.
      Oleh itu, guru bukan sahaja mesti memberi tumpuan kepada ilmu yang khusus pada mata pelajaran Sains, malah bertanggungjawab untuk menyumbang dan mengukuhkan pengukuhan bahasa Melayu murid-murid.

Pendidikan alam sekitar merentas kurikulum

      Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah.
      Pendidikan Alam Sekitar tidak boleh dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang berasingan kerana dengan wujudnya satu mata pelajaran baru, akan menyesakkan kurikulum yang telahpun begitu padat. Pendidikan alam sekitar boleh dilaksanakan sama ada melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
      Kurikulum : Contohnya di dalam kelas guru mengajar tentang kesan-kesan pembuangan sampah sarap ke dalam sungai, pembebasan asap kilang, dsb.
      Kokurikulum : Mengadakan lawatan bagi kelab Sains sekolah ke taman negara. Ketika lawatan, guru mengingatkan murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
      Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar secara formal dalam sistem pendidikan kebangsaan bermaksud pendidikan ‘dalam sekolah’ (‘in school’ education) yang merangkumi kedua-dua aktiviti kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
      Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna sekiranya murid mendapat pengalaman menerusi penglibatan diri secara langsung (first-hand experience) dengan alam sekitar.
      Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar yang menarik dan menyeronokkan seperti kerja lapangan, perkhemahan, merentas desa, kerja amali, kajian dan eksperimen, perbincangan, sumbangsaran, demonstrasi, pemerhatian, bercerita, projek, permainan dan simulasi, lawatan, kempen alam sekitar, trekking, dan sebagainya adalah disyorkan sewaktu menjalankan aktiviti kokurikulum.
      Dalam  bidang kokurikulum, badan beruniformlah merupakan bidang yang paling banyak usaha penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dilaksanakan manakala sukan/permainan adalah bidang yang kurang usaha melaksanakan penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar.
      Fenomena ini terjadi mungkin disebabkan oleh faktor ‘sifat’ yang ada pada sukan/permainan.  Seperti yang telah sedia maklum, pelaksanaan sukan/permainan memfokuskan kepada kemahiran, teknik dan taktik yang berkaitan dengan jenis aktiviti yang dijalankan

Sains dan teknologi merentas kurikulum (TMK)
      PelaksanaanTMK dalamKSSR
Tahap I
            -TMK dilaksanakan secara integrasi merentas kurikulum dan sebagai elemen dalam TerasTema: Dunia Sains dan Teknologi.
Tahap II
            -TMK dilaksanakan secara integrasi merentas kurikulum dan TMK dilaksanakan sebagai matapelajaran.


Objektif
*   MenggunakanTMK secara bertanggungjawab dan beretika.
*   Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.
*   MenggunakanTMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat.
*   MenggunakanTMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
*   MenggunakanTMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
*   MenggunakanTMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran.
*   Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

Strategi TMK dalam Dunia Sains Dan Teknologi
1.Belajar Dengan dan Melalui TMK   integrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains  &  RBT
2.Belajar Mengenai TMK

Strategi 1: Belajar Dengan dan Melalui TMK (dalam Dunia Sains & Teknologi)
      Pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang hendak diajar oleh guru seperti menggunakan perisian aplikasi, CD-ROM atau bahan muat turun daripada Internet.
      Murid boleh mengguna dan memanipulasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan atau tugasan mereka seperti hasilkan buku skrap, laporan bergambar dan poster digital
      Murid boleh mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan.

Strategi 2 : Belajar Mengenai TMK (dalam Dunia Sains & Teknologi)

      Belajar menggunakan perisian aplikasi seperti perisian pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data, grafik dan pengaturcaraan.

Contoh Kreativiti dan Inovatif dalam TMK
      Kreativiti dan inovatif murid  dapat dikukuhkan melalui:
            –Manipulasi kemahiran menggunakan fiturfitur perisian
            –Menghasilkan produk atau  bahan menggunakan pelbagai fitur perisian
            –Menjana idea  baru dengan  menggunakan TMK

Soalan Lazim

      Jika sekolah tidak mempunyai Makmal Komputer:
            *guru  boleh menggunakan komputer  riba,  perisian kursus dan projektor  
           LCD  didalam bilik darjah.
*Murid  datang kehadapan untuk  mencuba aktiviti yang  disediakan didalam komputer  riba guru.   
*Guru  juga boleh memuat turun laman web  lebih awal dan menggunakan laman tersebut semasa pengajaran.
*Beri tugasan  kepada  murid  untuk  menggunakan kemudahan TMK  di Pusat  akses selepas waktu persekolahan atau  waktu rehat atau  dirumah.


No comments:

Post a Comment

^_^