Wednesday 25 April 2012

REFLEKSI TERAPI MAIN


Refleksi  terapi MAIN



            Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan amali bagi terapi main. Kami telah menjalankan aktiviti terapi main di Pantai Puteri, Melaka. Aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada bermain kerana terapi yang hendak dijalankan adalah terapi main. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti menyanyi. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut unit kelas masing-masing. Lagu-lagu yang dipilih adalah lagu kanak-kanak. Pergerakan adalah digalakkan dalam aktiviti nyanyian tersebut. Ini adalah disebabkan murid boleh menggerakkan motor halus dan motor kasar mereka sambil mereka menyanyi.
            Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.
           Selain daripada menyanyi, kami juga telah dibekalkan dengan belon. Kami dikehendaki untuk mereka satu aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan belon tersebut. Melalui aktiviti ini, ianya memberi peluang kepada kami guru pelatih untuk menyelami diri murid ketika kami bermain dan terlibat sama dalam aktiviti tersebut. Permainan yang direka adalah mengikut kekreatifan kumpulan masing-masing. Di samping dapat menyelami diri murid, guru pelatih juga dapat bertukar-tukar pendapat dan idea tentang aktiviti permainan yang hendak dijalankan.
            Aktiviti yang dijalankan dapat membuka minda guru pelatih untuk memikirkan sesuatu yang kreatif dan menarik yang boleh dijalankan kepada murid-murid sebagai satu terapi main. Aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk bertukar-tukar pendapat atau mengeluarkan idea-idea yang bernas dan kreatif berkaitan aktiviti yang hendak dirancangkan.
Secara kesimpulannya. Aktiviti terapi main adalah terapi yang sangat digemari dan menyeronokkan bagi murid-murid mahupun sesiapa sahaja yang terlibat sama. Terpulang kepada diri individu itu sendiri untuk menjadikan sesuatu aktiviti main menjadi lebih seronok. Sebagai seorang guru, kekreatifan dalam mereka aktiviti main adalah satu kelebihan kerana dengan itu ia dapat  menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti yang kita laksanakan.

No comments:

Post a Comment

^_^