Wednesday 25 April 2012

REFLEKSI TERAPI ALTERNATIF


Refleksi  terapi  ALTERNATIF-MULTISENSORI (SNOOZELEEN)



            Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan amali bagi terapi alternatif. Untuk terapi alternatif ini, pensyarah pembimbing telah menerangkan terlebih dahulu apa itu terapi alternatif.
Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat dalam Pendidikan Khas bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti masalah autism,epilepsy,masalah pembelajaran,sindrom down,hiperaktif dan ‘global delay’. Terapi ini juga digunakan secara meluas dalam bidang pediatrik, maternity, psikiatri, strok dan traumatic brain injury, penyakit kronik, dan penjagaan dementia. Kaedah terapi ini menggunakan antara kaedah berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak bekeperluan khas menerusi lima ransangan asas iaitu penglihatan , pendengaran,sentuhan,bau dan rasa serta ransangan sendi.
            Selain itu, pensyarah pembimbing telah menerangkan tentang cara penggunaan alatan-alatan yang ada di bilik tersebut dan kaitannya dengan terapi alternatif. Untuk aktiviti ini, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki memilih satu alatan dan dikehendaki menggunakan alatan tersebut untuk terapi alternatif.
            Aspek keselamatan merupakan aspek yang paling penting yang perlu dititikberatkan oleh seorang guru apabila menyuruh murid masuk ke dalam bilik multisensori ini dan menggunakan alatan dalam bilik tersebut. Kebanyakkan alatan yang ada dalam bilik tersebut adalah bersifat lembut dan tidak keras. Ini adalah kerana, bagi murid yang selalu mencederakan dirinya dengan menghentak kepalanya ke dinding, alatan ini adalah selamat digunakan kerana lembut. Dinding-dinding dalam bilik ini juga semuanya terdapat alatan-alatan memenuhi dinding.
Melalui aktiviti ini, ianya menuntut kami guru pelatih untuk menggunakan alatan tersebut dengan semaksimum mungkin. Dengan alatan yang dipilih, kami dikehendaki untuk merancang satu aktiviti  yang sesuai dengan menggunakan alatan tersebut. Dan yang paling penting, bagaimana kami menggunakan alatan tersebut mengikut pemikiran kreatif masing-masing. Unsur kerjasama dalam kumpulan boleh kita lihat dalam aktiviti ini.
Secara keseluruhannya, aktiviti terapi alternatif ini juga sangat sesuai dilaksanakan kepada murid-murid pendidikan khas yang bermasalah dalam tingkah laku. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah memastikan masalah pesakit terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi terapi. Ia bertujuan untuk membolehkan ahli terapi untuk memilih jenis terapi multisensori yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi murid  seterusnya terapi yang dijalankan akan memberikan kesan yang maksimum. Ini adalah kerana tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan terapi multisensori. 

No comments:

Post a Comment

^_^