Wednesday 25 April 2012

REFLEKSI TERAPI PERTUTURAN


Refleksi  terapi  PERTUTURAN


Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak terhingga akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan amali bagi terapi pertuturan. Seorang penceramah yang memang pakar dalam bidang ini telah dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada kami. Beliau telah menerangkan kepada kami tentang apa itu terapi pertuturan.
Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
 Dalam aktiviti  terapi pertuturan yang dijalankan, kami telah diajar bagaimana merancang aktiviti yang sesuai bagi murid yang mengalami masalah pertuturan ini. Di samping itu, beliau juga menunjukkan kepada tentang alat yang digunakan untuk masalah pendengaran. Sepertimana yang kita ketahui, masalah pertuturan ini berkait rapat dengan masalah pendengaran.
Menurut Encyclopedia Britannica terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia mungkin berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan suara, alat artikulasi, perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa. Jika murid mengalami masalah pendengaran, agak sukar bagi murid tersebut untuk menuturkan sesuatu kerana dia tidak dapat mendengar bunyi yang dituturkan.
 Terapi pertuturan juga  merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan  melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu.
 Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat membantu murid.  Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.
Secara keseluruhannya, aktiviti terapi pertuturan in sangat sesuai dilaksanakan kepada murid-murid yang bermasalah pertuturan. Terapi pertuturan ini dapat meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu. Sebagai seorang bakal guru, kita harus bijak dalam memilih aktiviti dan strategi yang sesuai bagi melaksanakan terapi pertuturan kepada murid-murid.

No comments:

Post a Comment

^_^