TAJUK:
STRATEGI MENGAJAR SAINS (HANDS ON)
DEFINISI











CARA
PELAKSANAAN AKTIVITI HANDS ON









CONTOH
PELAKSANAAN AKTIVITI HANDS ON
Ø Contohnya,
dalam topik kumpulan makanan, murid dikehendaki mengenalpasti kumpulan makanan.
Ø Jika
diterangkan di dalam kelas dan memberikan contoh, besar kemungkinan murid tidak
dapat memahami sepenuhnya dan sukar untuk mereka ingat kumpulan makanan
tersebut.
Ø Jadi,
guru akan membawa pelajar berjalan-jalan di kantin sekolah dan setiap murid
dikehendaki mengenal pasti kumpulan-kumpulan makana yang telah disediakan di
kantin sekolah.
Ø Peringkat
ini, murid akan membuat prediction dan observation ( kedua-dua ini adalah
dikenali sebagai kemahiran proses sains , (KPS).
Ø Setelah
mereka mengenalpasti kumpulan makanan tersebut, tugas guru adalah memantau
tingkah laku mereka semasa membuat
pemerhatian pengenalpastian kumpulan makanan.
Ø Guru
hendaklah memastikan pelajar berada di kantin sekolah bukannya merayau di
kawasan lain.( aspek keselamatan adalah priority nombor 1 seorang guru sains ).
Ø Cara
terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah
dengan cara ‘hands-on experiences’ iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau
apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru.
Ø Selain
itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak untuk
memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka
melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar.
Ø Untuk
menjadikan pengajaran sains lebih bermakna, Rochel Gelman mencadangkan supaya
memilih 1 atau 2 konsep yang berhubung kait.
Ø Contohnya
konsep “didalam" dan "diluar” atau konsep “ perubahan biologi"
dan "kitaran hidup”.
Ø Adalah
amat penting untuk anda sebagai guru untuk kekal mengajar konsep yang sama
selama sebulan atau lebih (Gelman dan Brenneman 2004).
Ø Mengajar
sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan ruang
lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar
boleh dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains yang pelbagai.
Ø Sebagai
contoh, jika anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan
kitaran hidup, anda boleh mengembangkan lagi topik ini . Contohnya :
a) Biji
benih dan tumbuh-tumbuhan (contoh:mengira biji benih dalam buah epal;)
b) menanam
biji benih; membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar.
c) Belajar
mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama dan
sebagainya.
d) Mengukur
pertumbuhan/perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan.
e) Belajar
tentang kesihatan dan penyakit.
KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON
v Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada
murid kelainan upaya.
v Antaranya ialah dapat meningkatkan minat murid untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
v Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar
dan melibatkan diri dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk
melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar.
v Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan
murid tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya
dalam tempoh yang lebih lama.
v Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami
apa yang dipelajari dengan lebih mudah.
v Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan
terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
v Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan
pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian.
v Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman
melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.
v Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat
ditingkatkan dengan menggunakan strategi aktiviti hands on.
v Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat
meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid
v Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran
proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi
data.
No comments:
Post a Comment
^_^