TAJUK:
STRATEGI MENGAJAR SAINS (PROJEK SAINS)
DEFINISI
PROJEK
v Projek
adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)
v Ia
merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik
darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.
v Kerja
projek menggalakkan pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran pengurusan masa, dan pembelajaran bebas.
v Dilakukan
oleh seorang sahaja atau kumpulan kecil(2/3 orang) dengan bimbingan minimum
guru.
v Tugasan
yang menuju ke suatu tujuan tertentu
v Dijalankan
mengikut keperluan tajuk yang diajar
v Diadakan
mengikut minat murid
v Penyiasatan
yang teratur
PROJEK SAINS
Ø Projek
sains adalah satu pembelajaran berdikari yang memberi penemuan baharu mengenai
benda, peristiwa, proses atau fenomena.
Ø Untuk membuat projek sains, pelajar akan melakukan
percubaan, mengambil nota, membuat perbandingan, membuat penyelidikan dan
membuat kesimpulan mengenai apa yang mereka pelajari.
Ø Apabila projek yang dilaksanakan selesai, laporan
dibuat dan dikongsi bersama rakan-rakan lain.
TUJUAN PROJEK SAINS
ü Menyediakan
penyelesaian masalah.
ü Dapat
memberi jawapan kepada perasaan ingin tahu murid.
ü Memberi
peluang kepada murid untuk menunjukkan kreativiti dalam melaksanakan aktiviti.
ü Menggalakkan
semangat kumpulan dan kolaborasi sesama ahli.
ü Meningkatkan
komunikasi murid secara lisan atau tulisan.
ü Membantu
murid mengembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir.
PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN
SEMASA MELAKUKAN PROJEK SAINS
- UMUR MURID


- TAHAP KEBOLEHAN MURID


- KERJA SECARA INDIVIDU
ATAU BERKUMPULAN

- SAIZ KUMPULAN




- KEMUDAHAN


- TEMPOH MASA

- BENTUK LAPORAN

PROSES PROJEK SAINS

- Sebelum
memulakan projek sains, guru perlu mengajar mereka beberapa kemahiran tertentu
termasuklah:-
a) Kemahiran
memfokus
b) Kemahiran
mengumpul maklumat
c) Kemahiran
analisis
d) Kemahiran
menilai

- Guru
perlu membimbing murid menjana sebanyak mungkin idea untuk memilih tajuk.
- Tajuk
yang dipilih perlulah :-
a) Idea yang menarik perhatian ahli kumpulan
b) Boleh disiapkan dalam jangka masa yang
ditetapkan.
a) Dapat
mencabar minda tetapi tidak terlalu susah.

- Murid
perlu membuat kajian meluas terhadap idea yang dipilih.
- Membuat
kajian dan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber (buku, jurnal,
ensiklopedia dan internet)
- Membuat
nota dan mengumpul gambar dan gambarajah.

- Tentukan
objektif pembelajaran
- Rancang
dan menyusun projek, menentukan data yang dikumpul dan alatan yang ingin
digunakan
- Menjalankan
projek
- Mengumpul
data yang relevan untuk mencapai objektif projek

- Setelah
projek selesai dan data telah dikumpul, murid perlu:-
a) Menjadualkan
keputusan
b) Interpretasi
hasil keputusan untuk menjawab soalan
c) Menyemak
secara rawak / kesalahan sistematik
d) Menyemak
balik hasil yang mungkin tidak sah
e) Membuat
kesimpulan dan cadangan lain.

- Laporan
rojek perlu mempunyai item-item berikut:-
a) Tajuk
b) Objektif
projek
c) Sumber
d) Penerangan
tentang kaedah yang digunakan
e) Hasil
keputusan projek
f) Perbincangan
hasil keputusan
g) Kesimpulan
dan cadangan
h) Rujukan
dan bibliografi
i) Lampiran
j) Penghargaan

- Jika
pembentangan lisan diperlukan, guru boleh menetapkan masa dan tempat untuk
murid membuat pembentangan.
- Setiap
kumpulan diberi beberapa minit untuk mempersembahkan projek mereka menggunakan
pendekatan meltimedia.
TUGAS GURU
v Menyediakan
pilihan projek yang realistik
v Mencadangkan
bentuk persembahan
v Memberi
garis panduan
v Memantau
kemajuan pelaksanaan dari semasa ke semasa
CONTOH PROJEK
- Projek
Reka Bentuk Model Struktur Yang Kuat & Stabil
-
menghasilkan satu model struktur yang kuat dan stabil dengan menggunakan
penyedut minuman dan pita selofan.
No comments:
Post a Comment
^_^