Wednesday 25 April 2012

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (EKSPERIMEN)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (EKSPERIMEN)

DEFINISI
v  Eksperimen adalah kaedah yang mengkaji hubungan di antara pembolehubah,atau untuk menguji hipotesis.
v  Eksperimen boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah yang praktikal dan menyokong atau menolak andaian sesuatu teori.
v  Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu.
v  Eksperimen menggunakan kaedah  saintifik. Proses ini juga melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.

Merancang dan melaksanakan eksperimen
1.PERANCANGAN
·         Perancangan sesuatu eksperimen bermula dengan mengenal pasti apakah tujuan atau objektif eksperimen.
·         Setelah menentukan tujuan atau objektif eksperimen, langkah-langkah perancangan berikutnya ialah:
(a)pemilihan aktiviti-aktiviti yang sesuai
Ø  Lazimnya aktiviti eksperimen di sekolah telahpun dikenal pasti dan terkandung di dalam buku teks dan bertujuan meneguhkan konsep atau prinsip tertentu yang dipelajari di dalam bilik darjah.  
(b)persediaan awal bahan/alat/radas
Ø  Bahan, radas dan alat mestilah dipastikan mencukupi untuk sesuatu kelas.
Ø  Pertimbangan penting ialah berapa set bahan/alat yang diperlukan, iaitu bergantung pada strategi pengajaran, sama ada eksperimen berkenaan dilakukan secara berseorangan atau dalam kumpulan kecil.
Ø  Dalam Biologi, terutamanya, perancangan awal sangat mustahak kerana sering kali bahan-bahan yang diperlukan terpaksa disediakan beberapa hari atau beberapa minggu lebih awal, misalnya mendapatkan anak benih jagung, lipas dan tumbuh-tumbuhan yang khusus

2.PERSEDIAAN
(a)Peranan Pembantu Makmal
Ø  Pembantu Makmal tidak dipertanggungjawab secara langsung terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal.
Ø  Pembantu Makmal hanya membantu guru dalam persediaan bahan atau radas yang diperlukan dan pembersihan, termasuk  pembersihan peralatan dan makmal.
Ø  Untuk mengelak sebarang salah sangka, arahan dan pesanan kepada Pembantu Makmal mestilah dilakukan secara bertulis menggunakan borang pesanan yang khusus.
(b)Guru mencuba dahulu eksperimen
Ø  Sebelum sesuatu eksperimen dijalankan oleh pelajar, guru mestilah terlebih dahulu mencuba sendiri eksperimen berkenaan.
Ø  Langkah ini penting kerana guru akan mendapat banyak maklumat yang dapat membantunya mengendalikan eksperimen secara berkesan. 
Ø  Melalui percubaan ini, guru dapat mengenal pasti:
                      i.        Kelemahan eksperimen
                    ii.        Masa yang dihadkan
                   iii.        Bahaya yang mungkin berlaku
                   iv.        Kesesuaian eksperimen, bahan serta radas. 
                    v.        Guru dapat mengubahsuaikan eksperimen, jika perlu
                   vi.        Aspek keselamatan
                  vii.        Ketepatan hasil
Ø  Sebelum mencuba eksperimen berkenaan, guru perlulah membuat anggaran tentang:
                      i.        Masa yang diperlukan untuk menyelesaikan eksperimen
                    ii.        Masa sebenar yang guru ambil untuk menyelesaikan amali
                   iii.        Masa yang diperlukan oleh pelajar 
Ø  Semasa guru melakukan eksperimen itu, tentukan :
                      i.        Bagaimana guru akan memperkenalkan eksperimen
                    ii.        Idea, konsep atau kemahiran utama yang akan dipelajari oleh pelajar 
                   iii.        Mengapa eksperimen itu dilakukan, iaitu objektif-objektif penting yang akan dicapai
                   iv.        Strategi pengajaran supaya pelajar memahami tujuan eksperimen dan bermotivasi melakukan eksperimen
                    v.        Perkara-perkara yang mungkin menjadi kesukaran kepada pelajar 
                   vi.        Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pelajar, misalnya teknik-teknik khas dan aspek-aspek keselamatan
                  vii.        Bagaimana keputusan eksperimen dikumpul dan dibincangkan

3. KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN
(a)Pengenalan kepada eksperimen
Ø  Ini merupakan peringkat permulaan eksperimen, iaitu anda memperkenalkan konsep atau prinsip yang terlibat. Di peringkat ini juga guru memberi penerangan dan arahan yang berkaitan dengan eksperimen yang akan dilakukan oleh pelajar. 
Ø  Tujuan memperkenalkan eksperimen ialah
¢  Meletakkan pemikiran pelajar dalam konteks, iaitu memberi maklumat latar belakang dan rasional eksperimen, hubungkait eksperimen dengan kehidupan harian serta membangkitkan minat pelajar terhadap eksperimen.
¢  Memberi arahan tentang pelaksanaan eksperimen seperti prosedur, pemasangan radas, teknik-teknik khas, aspek keselamatan, had masa, cara merekod data, pembahagian kumpulan, penyediaan laporan dan pembersihan.
(b) Pengesanan amali
Ø  Semasa pelajar menjalankan eksperimen,guru perlu memantau dan mengesan perjalanan eksperimen supaya dikendalikan dengan cara yang baik dan selamat.
Ø  Peranan guru semasa ini termasuklah melayani soalan pelajar, merangsang pemikiran pelajar tentang aktiviti yang dijalankan, memastikan pelajar patuh kepada arahan keselamatan dan berwaspada tentang masalah yang mungkin timbul.
Ø  Jangan tinggalkan makmal semasa eksperimen
Ø  Jika benar- benar perlu meninggalkan makmal, pastikan ada guru lain ataupun pembantu makmal mengambil alih tugas guru untuk sementara waktu

(c)Penterjemahan data atau pemerhatian dan perbincangan
Ø  Setelah pelajar selesai melakukan eksperimen, data atau pemerhatian eksperimen dianalisis dan dibincangkan.
Ø  Jangan tangguhkan perbincangan ke waktu atau hari yang lain.
Ø  Perbincangan haruslah berdasarkan data yang diperolehi dan mestilah mengambil kira data daripada semua kumpulan.
Ø  Selain data kajian, perbincangan juga meliputi ketepatan data, punca-punca kesalahan, serta cara data disusun dan diolah.
Ø  Seterusnya, guru perlu membimbing pelajar membuat generalisasi atau kesimpulan amali berkenaan.
Ø  Lazimnya pada peringkat ini pelajar-pelajar dikemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan eksperimen atau konsep yang dikaji.
(d)Aktiviti lanjutan
Ø  Setelah mendapatkan generalisasi atau kesimpulan eksperimen, pelajar bolehlah diberikan kerja rumah atau latihan yang bersesuaian yang boleh diselesaikan di dalam makmal, misalnya menulis laporan eksperimen.
Ø  Para pelajar boleh juga diminta memikir ataumengaitkan hasil eksperimen dengan kehidupan seharian mereka

4. PEMBERSIHAN
·         Guru mestilah memperuntukkan masa supaya pelajar dapat membersihkan meja serta peralatan yang mereka gunakan.
·         Pastikan pembantu makmal dan pelajar tahu tanggungjawab masing-masing.
·         Bahan yang berbahaya atau bekas yang mengandungi bahan yang berbahaya seperti bakteria atau kulat hendaklah dibersihkan oleh pembantu makmal.
·         Pelajar perlu bertanggungjawab mengemas meja dan membersih peralatan yang mereka gunakan serta mengembalikan bahan, radas atau spesimen ke tempat asalnya.
·         Kerjasama ini sangat penting bagi menjamin kelicinan pengajaran di dalam makmal kerana kelas-kelas lain pula akan menggunakan makmal berkenaan.

5. PERTIMBANGAN KHAS
·         Selain pengetahuan tentang pengurusan dan pengendalian makmal sains,guru juga perlu mempunyai pengetahuan tentang:
o   (a)Pertolongan cemas
o   (b)Rancangan untuk keadaan kecemasan di dalam  makmal.
·         Kedua-dua aspek ini sangatlah penting bagi mengelak berlakunya sebarang kecelakaan di dalam makmal.
·         Pengetahuan tentang pertolongan cemas dapat membantu guru mengambil langkah awal memberi rawatan kecemasan sebelum mendapatkan khidmat pakar


PROSES MENJALANKAN EKSPERIMEN
  1. MENGENAL PASTI MASALAH
·         Sesuatu fenomenon atau kejadian yang mencetuskan kehairanan sudah tentulah menimbulkan persoalan seperti apa, mengapa dan bagaimana. Jika kita ingin mencari jawapan kepada sesuatu persoalan, langkah pertama adalah mengenal pasti persoalan atau masalah yang hendak dikaji. Lazimnya, masalah yang hendak dikaji dinyatakan dalam bentuk soalan yang dikenali sebagai pernyataan masalah
  1.  MEMBUAT ANDAIAN (HIPOTESIS)
·         Langkah kedua adalah mengemukakan beberapa andaian atau jawapan-jawapan awal yang munasabah bagi menjawab soalan yang berkaitan. Andaian-andaian ini dinamakan hipotesis. Membuat hipotesis merupakan salah satu komponen kemahiran berfikir secara kritis

  1. MERANCANG EKSPERIMEN:
·         mengawal pemboleh ubah.
·         menentukan peralatan dan bahan yang   diperlukan
·         menentukan langkah menjalankan eksperimen
·         kaedah mengumpulkan data dan menganalisis  data

  1. MELAKUKAN EKSPERIMEN
·         Setelah  dikenal pasti hipotesis, langkah selanjutnya adalah menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumat dan data untuk menyokong atau menolak hipotesis yang dibuat itu.

  1. MENGUMPUL DATA
·         Tujuan mengumpul data adalah bagi menyokong atau menolak sesuatu hipotesis yang dibuat.
·         Terdapat pelbagai cara dan alat yang digunakan untuk mengumpul data, bergantung pada bidang kajian dan bentuk hipotesis. Di sekolah, lazimnya kaedah pemerhatian melalui eksperimen digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data yang diingini.

  1.  MEREKOD DATA
·         Data yang diperolehi melalui pemerhatian atau eksperimen perlulah direkod dalam bentuk tertentu supaya mudah difahami dan diolah.
·         Lazimnya, data daripada eksperimen direkodkan dalam bentuk jadual.

  1. MENGANALISIS DAN MENTAFSIR DATA
·         Data yang diperolehi perlulah diolah supaya mudah ditafsir. Sering kali kaedah statistik digunakan dalam pengolahan data. 
·         Contohnya, dalam bentuk purata, peratus dan graf.
·         Analisis dan pengolahan data di peringkat yang lebih tinggi menggunakan kaedah statistik yang lebih kompleks

  1. MEMBUAT KESIMPULAN
·         Berdasarkan perbincangan, kesimpulan dibuat sama ada menerima atau menolak andaian (hipotesis) yang dibuat sebelum eksperimen atau kajian dijalankan.

KEBAIKAN EKSPERIMEN
·         Membolehkan penyelidik mengesan kesan dan musabab
·         Penyelidik boleh mengawal persekitaran, pemboleh ubah, dan subjek.
·         Kos yang digunakan kemungkinan lebih rendah kecuali dalam lapangan yang luas.
·         Subjek boleh diuji lagi dalam kajian susulan atau kajian yang serupa

KEKURANGAN EKSPERIMEN
·         Kemungkinan kajian yang dilakukan tidak tulen.
·         Boleh berlaku ralat atau tidak jujur di pihak murid.



No comments:

Post a Comment

^_^