TAJUK:
STRATEGI MENGAJAR SAINS (INKUIRI)
INKUIRI
Pendekatan Inkuiri pula merangkumi segala proses
soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau
daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal
pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian,
manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan
membuat rumusan.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri
terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid menjalankan
segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat
sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, murid atau pelajar tidak
diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid atau
pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian
yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat
berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang
khususnya bidang pendidikan.
Sains sebagai inkuiri
mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian,
membuat inferens dan mengeksperimen.
Guru sains perlu melibatkan murid dalam inkuiri dengan memberi peluang
kepada mereka untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada
dan berkomunikasi apa yang dipelajari.
Oleh itu inkuiri merupakan
salah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang
ditujukan kepada pelajar akan menjadi cabaran kepada mereka untuk menyelidik
dan meneliti secara lebih mendalam.
Matlamat
pendekatan ini adalah untuk membantu murid mengembangkan kemahiran dan intelek
bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu. Terdapat lima fasa seperti rajah berikut:
Rajah 1: Fasa Model Inkuiri
Fasa Satu :
Dalam Fasa Satu, guru perlu
mengemukakan situasi masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya
memberikan penerangan susun atur bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang
digunakan.
Fasa Dua :
Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan
proses mengumpul data. Pegumpulan data dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan
pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru hendaklah cuba membantu murid dengan
mengembangkan jenis maklumat yang didapati.
Fasa Tiga :
Dalam Fasa Tiga, murid-murid perlu
mengasingkan pembolehubah yang releven iaitu untuk membentuk hipotesis dan
membuat perkaitan tentang sebab dan akibat masalah berlaku.
Fasa Empat :
Dalam Fasa Empat , guru meminta
pelajar menyusun semua data-data yang telah mereka perolehi bagi membentuk satu
keterangan mengenai kajian mereka.
Fasa Lima
Dalam fasa yang terakhir ini, pelajar
diminta untuk menganalisis corak inkuiriyang telah mereka hasilkan . Pada fasa
ini pelajar boleh memberikan pelaporan mengenai kajian yang telah mereka
lakukan dalam bentuk penulisan, gambarajah atau sebagainya.
Model ini adalah merupakan satu
pengajaran yang menarik serta merangsangkan murid-murid kerana mereka memerlukan
kreativiti, pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah
dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.
Prinsip-Prinsip
Model Inkuiri
Terdapat beberapa prinsip yang perlu
diketahui oleh guru sebelum melaksanakan model inkuiri di dalam pengajaran .
Ini sangat penting untuk memastikan kaedah yang digunakan. Ini benar-benar
mampu menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Prinsip
pertama yang perlu
diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu memilih topik kajian yang terdapat
dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran. Ini penting agar proses
pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap kemampuan mereka . Objektif pengajaran
guru akan mempunyai matlamat yang perlu dicapai oleh murid.
Prinsip
kedua ialah penyediaan
alatan. Guru perlu menyediakan alatan yang sesuai dan mencukupi sebelum
memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak sesuai serta tidak berfungsi akan
menggangu kelancaran proses pembelajaran murid. Oleh yang demikian para guru
perlu memastikan alatan sentiasa dalam keadaan baik, berfungsi, sesuai dan
mencukupi.
Prinsip
ketiga ialah peranan
yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang dengan murid mengenai tujuan
kajian dibuat. ini akan dapat memberikan pengetahuan awal kapada murid apa yang
perlu mereka lakukan. Guru perlu juga memastikan murid-murid memahami
langkah-langkah untuk menjalankan kajian.
Prinsip
yang keempat ialah
guru perlu mengelak daripada memberi jawapan atau memberitahu murid jawapan dan
kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini, guru perlu memberi kebebasan
kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulanyang mereka berikan.
Guru juga perlu memastikan agar
aktiviti dibuat oleh murid sendiri. Kegagalan guru memastikan kajian dibuat
oleh pelajar akan memberikan impak yang besar kepada proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Guru juga perlu mengawal pelajar agar mereka tidak
menyeleweng dari kaedah kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan
kesilapan yang dilakukan oleh murid serta membuat peneguran kepada murid. Ini penting
supaya murid tidak terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.
Sebaik sahaja kajian selesai
dijalankan, guru perlu mengadakan perbincangan dengan murid. Dalam perbincangan
ini, guru boleh mendengar keputusan dan kajian murid di samping bertukar-tukar
pendapat, pandangan dan pengalaman. Setiap pandangan daripada murid hendaklah
diterima dan diberi perhatian . Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan.
Kebaikan
Terdapat beberapa kebaikan bagi model
ini yang boleh dimanfaatkan oleh
murid-muird. Di antaranya ialah :-
1. Model
ini berasaskan strategi pemusatan pelajar. Pelajar melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya
2. Menghasilkan pemahaman yang lebih
mendalam terhadap rumusan atau generalisasi yang dibuat.
3. Menimbulkan minat pelajar serta naluri
ingin tahu pelajar terhadap aktiviti pembelajaran yang dilakukan.
4. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran secara bebas.
5. Pengalaman
dan pengetahuan yang diperolehi leh murid-murid akan kekal lama.
6. Menggalakkan
pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.
Kelemahan
1. Model
ini hanya sesuai kepada pelajar tahap dua di sekolah rendah.
2. Model
ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.
3. Pelajar yang kurang pengalaman akan
menghadapi kesulitan untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat